RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, May 01, 2006

a trip to kelantan



Memang best saya dapat ke Kelantan dengan councillor members hujung minggu lepas.Walaupun penat dalam perjalanan, namun kami masih mampu bergambar sakan di majlis perkahwinan che su dan bershopping dalam kepanasan di Kota Bharu, hehe.Pengalaman menaiki train selama 13 jam tak mungkin saya akan lupakan,huhuhu.

Majlis perkahwinan che su dan Irwan berjalan dengan lancar.Berkuranglah seorang councilor members saya nampaknya. Moga mereka berbahagia ke akhir hayat.

Tak puas rasanya menghabiskan masa cuma 2 hari di Kelantan.Tak sempat nak ke mana pun. Cuma berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu saja. Itu pun tak pusing abis sebab tak sempat. Kami berkejar balik ke hotel untuk megemaskan barang sebab hendak bertolak balik ke Shah Alam malam itu.Thanx a lot pada tourist guide tak rasmi kami- k.Wani dan kak Ina (jangan serik nak bawak saya jalan-jalan lagi) hehe..

30 April lepas adalah Hari Lahir saya yang ke 26...bertambah lagi setahun usia saya,huhu. Semoga ianya seiring dengan kematangan:)
Thanx pada kawan-kawan yang ingat dan wish through sms.Ingat juga korang ye!terharu...sob..sob..
Saya belum terfikir nak celebrate di mana sebab dah pun sambut secara tak rasmi masa di Kelantan ari tu.

Apapun, cuti minggu ni memang best! It will be the sweetest memories for me!Terlalu banyak peristiwa yang hendak diceritakan sampai saya sendiri tak tahu hendak mula dari mana, hehe..

**Walaupun tiada ucapan besday yang istimewa, tapi saya gembira kerana ada orang lain yang lebih menghargai erti sebuah persahabatan dalam hidup saya**

2 comments:

Anonymous said...

Happy 26th besday! May all ur dreams comes true..

Jeketbiru said...

thanx mr rite..