RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, April 28, 2006

tamatlah sebuah penantian

Akhirnya, berakhir jua sebuah penantian dan tamat sudahlah satu penyeksaan...Congrats to myself! 4 bulan saya menunggu, akhirnya hari ini saya sudah 'bebas'...

Sekolah saya telah dapat menjalankan Sukan Tahunan ke 47 dengan jayanya. Alhamdulillah...syukur semuanya berjalan dengan lancar.Nampaknya segala persediaan rapi dan kerja keras kami selama 4 bulan ini (AJK ko-korikulum) berbaloi.Walaupun ianya bukanlah sukan berprestij macam sukan komanwel atau sukan sea, tapi menguruskan sesuatu peristiwa penting untuk sekolah memang MEMENATKAN badan dan minda! Rasanya serik untuk saya pegang jawatan ini buat kali kedua...

Apapun, saya hargai segala pengalaman dan perih jerih menguruskan sukan ini.Mungkin nampak remeh bagi mereka yang tidak mengalami dan memahaminya, tapi bagi saya cukupla saya tak tido malam memikirkan apa yang bakal terjadi pada hari ini. Saya juga 'bersiaran langsung' bermula daripada raptai sukan (Rabu) hinggalah hari ini menguruskan sukan untuk murid-murid tahap 1.Penatnya tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata.Tapi itulah tanggungjawab...saya redha :)

Apapun, semoga perjalanan saya ke Kelantan pada malam ini dapat mengubat hati,minda dan badan yang tak bermaya ni.Bolehlah saya cover tidur dalam train nanti,hehe..erm,gambar-gambar untuk kejadian hari ini ada di fotopages. Sile la..

**Penat badan boleh diubat dengan tidur, tapi kalau penat minda dan hati nak ubat dengan apa ye?**

Monday, April 24, 2006

you and me

Y.O.U and M.E :: By Lifehouse ::

What day is it? And in what month?
This clock never seemed so alive
I can't keep up and I can't back down
I've been losing so much time

Cause it's you and me and all of the people with nothing to do
Nothing to lose
And it's you and me and all of the people
And I don't know why, I can't keep my eyes off of you

All of the things that I want to say just aren't coming out right
I'm tripping on words
You've got my head spinning
I don't know where to go from here

There's something about you now
I can't quite figure out
Everything she does is beautiful
Everything she does is right

Cause it's you and me and all of the people with nothing to do
Nothing to lose
And it's you and me and all of the people
And I don't know why, I can't keep my eyes off of you
and me and all of the people with nothing to do
Nothing to prove
And it's you and me and all of the people
And I don't know why, I can't keep my eyes off of you


Saya buat entry lagi selepas selang 2 jam daripada entry semalam..hehe.Usaha cari lagu ni lepas dengar dalam Smallville tadi. Syahdunye....

** I'm dedicate dis song for YOU, ME and US **

Sunday, April 23, 2006

kerana sekeping tiket

Hari Ahad saya telah diganggu ketenangannya gara-gara hati yang tidak tenteram.Bermula dari malam tadi, hati rasa tak sedap dan tak senang duduk dibuatnya bila tak dapat beli tiket untuk ke Kelantan 28 haribulan ni.Tak sangka pulak semua tiket sold out! Agaknya, orang-orang Kelate ni penyayang orangnya.Asal ada cuti je, mesti balik kampung jenguk family sampaikan semua tiket bas dan keretapi sold out, huhuhu..

Saya dan councilor members hampir berputus asa bila semua alternatif yang ada tidak menampakkan peluang yang cerah untuk ke Kelantan.Tapi, saya tetap nekad mahu ke sana untuk menghadiri majlis perkahwinan Cik Sue (one of the councilor member gak).Setelah penat dan mengalami peristiwa sakit hati di Hentian Putra, kami gagahi pula ke Sentral Kl bagi mencari tiket keretapi tambahan (bersemangat gile saya!).Dah la naik komuter sebab malas nak tempuh jammed.

Alhamdulillah, kali ini nasib baik menyebelahi kami. Akhirnya, dapat juga kami membeli tiket keretapi ke sana (walaupun perjalanan akan memakan masa selama 12 jam namun saya tetap mahu pergi!)Nampaknya, relai la tulang-tulang kami bila sampai di Kelantan nanti, hehehehe...



** Tadi masa tengah tensen-tensen cari tiket, saya terfikir adakah orang kelantan diwajibkan balik sempena cuti Hari Pekerja ni sampaikan tiket semua abis, hehe...**

Friday, April 21, 2006

sambutan maulidur rasul

Hari ini sekolah saya mengadakan majlis sambutan maulidur rasul dan nilai-nilai murni. Macam-macam aktiviti telah disusun untuk murid-murid sesi pagi dan petang. Antaranya ialah melukis bendera, pentomin, fashion show, nyanyian dan lain-lain (ini aktiviti untuk murid Cina dan India (yang amik Moral)Untuk murid-murid Islam, diorang ada perarakan, nasyid dan macam-macam la aktiviti memenuhkan masa lapang, hehe.

Ingatkan dapat la rileks sket bila tak mengajar, rupanya lagi penat dan meletihkan. Terkejar sana sini nak pastikan majlis dan aktiviti berjalan dengan lancar dan sempurna.Susah betul nak kontrol budak-budak nih bila dah berada dalam dewan. Terutamanya masa fashion show....bersorak-sorak macam tengok American Top Model plak, hehehe...

Dalam sibuk-sibuk tu, terlupa pulak nak ambil gambar banyak-banyak. Dapatla snap satu ja buat kenang-kenangan.




** cute ja bebudak neh bila bersolek :)**

Wednesday, April 19, 2006

dealova



aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada


Saya memang suka dengan lirik lagu ini.Rasa sayu pulak kalau diputarkan berkali-kali.Kata orang, biasanya kita akan suka sesuatu yang ada kaitan dengan diri kita.

Hmm..entah la lagu ini ada kaitan atau tidak dengan diri saya,hehe.Mungkin pernah ada...mungkin juga tak pernah ada...atau mungkin juga bakal ada (secara tepatnya, untuk dia yang tidak pernah tahu atau mungkin sengaja buat-buat tak tahu)
Apapun,suara once memang best! hehehehe.....

** 'Darling' saya dah sihat :)) alhamdulillah...walaupun lukanya dah sembuh,tapi parutnya saya yang terasa. Terima kasih sangat-sangat pada kalian yang sudi menghulurkan pertolongan ketika saya benar-benar memerlukannya.Maaf terpaksa menyusahkan...**

Monday, April 17, 2006

siannye 'darling' saya!

Tanggal: 17hb April 2006 (3 hari selepas anniversary 'darling' saya)
Masa : 7.30 pagi
Lokasi : Simpang berhadapan blok 26.

'Darling' saya telah dilanggar dengan kejam oleh seorang pemandu (tak tau ada lesen ke tak)yang membawa Wira kaler biru cair.Tergamam saya seketika kerana tak sangka ada pulak orang yang langgar 'darling' saya tuh.Saya memegang steereng sambil wusha budak yang langgar 'darling' saya. Muka dia dah pucat. Budak pompuan (isyh, kenapa la bukan lelaki. Kalau tak boleh kenalan, hahaha)>:)

Budak pompuan tu mintak maaf dan kalut-kalut keluarkan handphone daunnya. tiba-tiba dia memandang saya....
" kak, ada kredit tak? saya nak pinjam handphone"
Huhuhu...lawak antarabangsa di pagi Isnin. Dah ler langgar keta orang, bleh plak mintak kredit handphone orang! Nasib baik saya tak bawak handphone masa tu.Rupa-rupanya kereta tu bukan kepunyaan dia (pakwe dia punye).

After berbincang lebih kurang 20 minit, saya mengambil keputusan untuk selesaikan di luar balai.Malas nak buat report dan menjalani prosedur-prosedur yang menyusahkan.Abah menasihatkan saya untuk bawa 'darling' saya ke bengkel hari ini juga. Dia risau budak pompuan tu 'auta' saya. Saya mengikut budak pompuan tu ke bengkel di Taman Sri Muda.Dia bawa pakwe dia. Saya??? lone ranger. Takde 'pakwe' nak teman, hehehe.

Natijahnya..saya tak gie skulah ari ni.Esok belum tahu lagi. Skulah memang kene pegi, tapi camner ye???? "darling' saya akan keluar 'hospital' pada hari Rabu...uwaaaa!!!

**kadang-kadang kita tak langgar orang, tapi orang akan langgar kita..isk..isk. Kena tulah ke saya?**

A long journey!





Hmm..teruja betul saya bila dapat tengok National Cat Competition di Times Square hari ini. Comel dan cute2 belaka kucing tu (of course la..kalau tak, takkan masuk competiton, hehe)Saya, Bae dan Kak Sely berebut-rebut nak amik gambar semua kucing-kucing yang ada kat situ. Sampaikan tak tau nak pilih mana satu, hehe..

After lebih kurang sejam setengah leka memerhatikan dan mengusik kucing-kucing tu, kami bergerak ke Lowyat. Cadangnya nak ambil thumb drive K.sely yang dibaiki. Tapi, ntah angin apa yang merasuk saya tiba-tiba, saya terpandangkan sesuatu yang sememangnya telah lama menarik perhatian saya.Hampir setengah jam saya membelek-belek, akhirnya saya membuat keputusan drastik untuk membeli Olympus FE-115.Bae dan K.Sely kata saya 'demam' coz tetiba sambar kamera digital (takde dalam perancangan langsung sebenarnya!)Takpe la, hadiah besday untuk diri sendiri ;)

Begitulah saya kalau dah berkenan dengan sesuatu. Saya sendiri tak percaya yang saya boleh buat begitu, hehe. K.Sely kata, saya beli digital camera tu macam beli Mcdonalds. Bila rasa lapar, terus beli, hehehe.Entah la...mungkin dah terlalu lama 'memendam rasa' kot :)

Lama betul saya berjalan2 hari ini. Nasib baik tak terlanjur ke Planet Hollywood untuk menyaksikan performance Dewa 19,hehehehe...(tu pun dah ada yang dok 'mencucuk' suruh pegi) Belum tergerak hati lagi,ahaks

** Gambar-gambar yang lain boleh di 'skodeng' di my fotopages**

Friday, April 14, 2006

epi anniversary darling!

Hepi Anniversary to u, my 'darling'!

Hari ini genap setahun usia perkenalan saya dengan 'my darling'.Alhamdulillah, sepanjang setahun ini semuanya berjalan dengan baik dan 'dia' pun tak pernah buat hal.

Saya masih ingat masa mula-mula saya kenal dia.Mak dan abah agak terkejut bila saya pilih 'dia'.Mak cakap, 'dia' tak cukup syarat, hehe. Abah cakap, terpulang la...adik-adik saya kata,'dia' tak padan dengan saya.

Tak kira apa jua komen mereka, saya tetap berkeras mahukan 'dia'.Nak buat macam mana kalau hati saya memang sudah terpaut pada 'dia' saat pertama kami jumpa lagi. Walaupun 'dia' bukanlah idaman hati saya, tapi bagi saya 'dia' boleh melengkapkan hidup saya.

Saya sangat menyayangi 'dia'.Walaupun saya banyak melukakan 'dia', namun 'dia' tetap sabar dan tak pernah sekali pun mengecewakan saya.Bila saya kenalkan 'dia' pada kawan-kawan, komen yang sama juga saya dapat daripada mereka, hehe.

Sekarang barulah saya tahu kenapa:
Mak kata 'dia' tak cukup syarat----> sebab si 'dia' hanya mempunyai 2 pintu.
Abah kata terpulang laa -----> sebab abah tau saya frust tak dapat beli Kelisa Special edition (mak tak bagi)
Adik-adik kata kami tak sepadan ----> sebab si 'dia' berwarna kuning dan bergaya sporty.Lebih sesuai untuk lelaki.

Walau apapun, hanya 'dia' yang menjadi kesayangan saya tika ini:)
Hari ini kebetulan saya cuti. Memang tradisi sekolah saya mengambil cuti untuk Good Friday.Alhamdulillah urusan road tax dan insuran si 'dia' telah pun selesai 2 minggu yang lepas. Boleh la saya raikan anniversary dengan si 'dia', hehehe

**Bila dah banyak hari cuti ni, rasa beku pulak duduk kat rumah, hehe**

Wednesday, April 12, 2006

new born


Lepas maghrib tadi, saya dapat panggilan daripada umah....

" Along, kucing hang dah beranak!", jerit Angah kat dalam phone.Teruja betul dia!

" Hah, ye ke? Cepat nyer!"
Pelik pulak saya bila fikirkan yang kucing saya tu dah selamat melahirkan anaknya (eceh, cam manusia plak)Rasanya macam baru ja lagi dia pregnant...eh bunting.

" Weh, dia bukan manusia lah nak kena tunggu 9 bulan".
Hehehe..saya tergelak. Terkena dengan Angah!
Betul jugak tu...baru saya terfikir yang kucing tu bukannya macam manusia kene tunggu 9 bulan 9 hari baru deliver baby, ahaks.

Bertambah lagi ahli keluarga saya nampaknye.Sekarang dah ada 8 orang. Angah la kene take care semua 'ahli baru' tu,hehe (boleh ye, ngah?)

" Long, hang kena balik ujung minggu ni. Jenguk anak-anak baru hang. Pastu buat kenduri doa selamat!"
Hahahahaha....Angah! Angah!

** Tapi memang rasa macam nak balik Ipoh ja weken ni. Nak leraikan kekusutan yang melanda jiwa**

Monday, April 10, 2006

Dugaan!

Kesabaran saya benar-benar teruji hari ini!
Masa pertama mengajar tadi, ada budak tiba-tiba muntah di atas meja.Adeh, keadaan kelas kalut buat seketika! Masa tu saya tengah adakan kuiz untuk menguji ingatan budak-budak ni mengenai tajuk yang saya ajar. Saya minta semua murid berdiri untuk disoal. Saya nampak dia duduk, tapi tak sangka pulak bila saya suruh dia berdiri, dia terus termuntah!Rasa bersalah menyerang hati. Kalau lah saya tahu dia tidak sihat...tentunya saya tak paksa dia untuk berdiri. Tapi, apakan daya...saya tak tahu :(

Kejadian kedua,anak murid saya di Tahun 1 mengamuk sebelum balik tadi.Adedeh, serba tak kena saya dibuatnya bila dia berebutkan pengasah pensel yang bukan miliknya! Sebenarnya, anak murid saya tu memang ada sedikit masalah (sepatutnya tak masuk sekolah biasa). Dia memang suka mengamuk dan buat hal sendiri-sendiri. Dia menangis menjerit-jerit macam kena dera dengan saya bila tak jumpa pengasah pensel yang dia rebutkan tu. Alhamdulillah, empunya barang tidak kisah. Saya pujuk dia untuk belikan yang baru. Saya minta bantuan penyelia petang sebab buntu dan tak tau nak uruskan macam mana (kali pertama berhadapan dengan budak macam ni!)

Disebabkan dua perkara ini, saya rasa penat dan hilang mood untuk mengajar tuisyen.Baik juga esok cuti. Dapatlah saya rehat dan selesaikan kerja-kerja yang tertangguh. Selamat bercuti kepada yang bercuti dan Salam Maulidur rasul buat semua. Semoga kita dapat menjadikan keperibadian mulia rasulullah SAW sebagai panduan hidup.

** Bila kesabaran teruji macam ni, rasa macam nak resign daripada mengajar murid Tahap 1**

ice age 2


Petang semalam saya dan K.sely menonton Ice Age 2 di Bukit Raja..Comment---> memang best giler! bukan setakat ketawa je, tapi ada hidden messange yang dapat kita fahami daripada jalan cerita tersebut. Pengorbanan demi sebuah persahabatan :)

Malam tadi, saya bertemu dengan 'seseorang'.Ntah macam mana saya nak klasifikasikan 'seseorang' ini dalam hidup saya sekarang. Mungkin anjakan paradigma yang baru kot, hehehe.Saya tak dapat nak meramalkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang selepas terjadinya pertemuan pertama ini.Dia seperti berharap saya menjadi 'seseorang' dalam hidupnya. Tapi, buat masa ini, saya lebih selesa menganggapnya sebagai seorang sahabat.Biarlah masa dan keadaan yang menentukan arah hala perhubungan yang baru tercipta ini.

** saya suka wording dalam ice age2 -----> Lupakan masa lalu, jika kita ingin melihat masa depan. Mungkinkah sudah tiba masanya saya lupakan masa lalu saya??**

Friday, April 07, 2006

Mood jiwangku kembali


Menunggumu :: Peterpan feat.Chrisye::

Di dalam sebuah cinta
Terdapat bahasa
Yang mengalun indah
Mengisi jiwa
Merindukan kisah
Kita berdua
Yang tak pernah bisa
Akan terlupa

Bila rindu ini masih milikmu
Kuhadirkan sebuah tanya untukmu
Harus berapa lama aku menunggumu
Aku menunggumu

Di dalam masa indah
Saat bersamamu
Yang tak pernah bisa
Akan terlupa

Pandangan matanya
Menghancurkan jiwa
Dengan segenap cinta
Aku bertanya
Aku menunggumu

Dalam hati ku menunggu
Dalam lelah ku menunggu
Dalam letih ku menunggu
Aku...Masih menunggu


** Mood jiwang saya sudah kembali,huhuhu**

Thursday, April 06, 2006

eden udah ade stimix

Alhamdulillah, program yang dirancang hari ini berjalan dengan baik sekali. Walaupun bukan 100% telah selesai,tapi saya rasa puas hati dan sangat lega!

Mungkin daya pujuk saya amat tinggi sehingga penyelia petang bersetuju untuk saya meneruskan acara saringan walaupun keadaan cuaca petang tadi agak kritikal (hehehe)Cikgu-cikgu yang selalu 'treat me as an idiot' pun tertanya-tanya jampi apa yang saya pakai sehingga penyelia petang yang dikenali dengan ketegasan itu bersetuju dengan permintaan saya., hehehe....saya cuma tersenyum tanpa berkata apa-apa. Biar mereka tahu yang saya juga pandai menjalankan tanggungjawab. Bukan nak riak atau terer,tapi bab-bab pujuk ni memang saya ade skill, ahaks.

Esok saya perlu menyelesaikan 10% lagi acara saringan tersebut. Kemudian, hari Sabtu pula saya terlibat sebagai fasilitator untuk program motivasi kepimpinan. Pening kepala juga nak fikir modul apa yang sesuai walaupun dah ada pengalaman tahun lepas. Saya berkira-kira untuk buat sedikit kelainan.Biar murid-murid yang terlibat dapat 'sesuatu' yang boleh terkesan di hati dan minda mereka.

Hmm...saya dah berjaya configure streamyx di rumah malam tadi :) dengan bantuan seorang sahabat, saya berjaya configure sendiri. Dan akhirnya pagi ini saya telah meng'online' kan diri dengan streamyx, ehehe (pandai jugak saya main cucuk-cucuk ja wayar kabel tu ye)Apapun, terima kasih daun keladi pada sahabat saya tu. Rasanya, kalau dia tak jadik sifu malam tadi, mungkin saya terpaksa guna khidmat kontraktor tmnet pulak.

**kalutnya saya minggu ni tak boleh nak cakap, sampaikan 3 hari saya skip lunch@dinner**

Wednesday, April 05, 2006

alhamdulillah..

Everything run smoothly yesterday..Alhamdulillah! Quarter of my job settled.Now, I need to face the other quarter on this Thursday. Recently, I've arrange all the stuffs and the committee members for that day.Hopefully everything will going on nicely just like yesterday.

All the teachers give full support and such a good cooperation :)As an apprentice for this job, I really need guidance and help from all the experts.Alhamdulillah they're willing to give that (although some of them still treat me as an idiot!)Hmm..

I've got a call from the streamyx dealer this evening. They ask me to take the modem at Carrefour Subang within this week. My Account will start activate by next week (boleh ke saya configure sendiri pasang modem dan IP address tu??)wah..wah..cam expert ja kan nak pasang sendiri,hehe. I'll try my best!

**In certain things we have to be selfish with other peoples. Then only they will respect us, huh!**

Tuesday, April 04, 2006

when u..

When you are together with that special someone,
you pretend to ignore that person.
But when that special someone is not around,
you might look around to find them.
At that moment, you are in love.

Although there is someone else who always makes you laugh,
your eyes and attention might go only to that special someone.
Then, you are in love.

Although that special someone was supposed to have called you long
back,to let you know of their safe arrival,
your phone is quiet.
You are desperately waiting for the call!
At that moment, you are in love.

If you are much more excited for one short e-mail from
that special someone than other many long e-mails,
you are in love.

When you find yourself as one who cannot erase all the
emails or SMS messages in your phone because of one message
from that special someone, you are in love.

When you get a couple of free movie tickets, you would
not hesitate to think of that special someone.
Then, you are in love.

You keep telling yourself, "that special someone is just a friend",but
you realize that you can not avoid that person's special attraction.
At that moment, you are in love.

While you are reading this, if someone
appears in your mind,
then u are in love with that person...;))

**Dunno how far the TRUTH is...but sumone has just pop-up in my mind while i'm reading this:) **

Sunday, April 02, 2006

Book Fair 2006

Akhirnya berjaya juga saya dan my councilor members mengunjungi Book Fair di pwtc Sabtu yang lalu (hasrat yang terpendam sejak minggu lepas).Dalam lautan manusia,dapat juga kami menyelit sambil menghabiskan duit (hehehe).Tak tau kenapa Book fair kali ini agak kelam-kabut. Pengurusan tempat yang tidak sesuai dan sistematik(pada pandangan saya).Sesiapa yang pegi mesti tau betapa teruknya keadaan terutama pada hujung minggu. Sampai ada yang pitam disebabkan berebut nak masuk ke pameran tersebut.Kami yang muda dan bertenaga ni pun rasa 'hangin' ja bila disuruh masuk melalui pintu dewan TR di Jalan Ipoh, sedangkan tempat pameran yang diiklankan terang-terang tulis PWTC! Apatah lagi yang bawak anak-anak dan keluarga bersama.
Hopefully pihak pengurusan yang akan datang lebih peka dan sensitif dengan keadaan ini. Biasanya tak pernah jadik macam ni. Ntah 'angin' ape plak tahun ni jadik camtu..

Apa yang saya beli??
hmm..dapat juga saya capai 3 buah novel,2 buah buku latihan dan satu rujukan English Grammar. Tak tahu la bila nak abis baca novel-novel tu sebab tebal-tebal belaka.Buat masa sekarang ni, masa mcam tak mengizinkan aja untuk saya mengkhatamkan novel-novel tersebut. Terlalu banyak kerja yang perlu diuruskan. Nak mark paper budak, nak uruskan pasal sukan sekolah dan macam-macam lagi kerja-kerja tambahan yang boleh buat saya rasa tak nak datang sekolah untuk seminggu!

erm..Jumaat lalu, saya berjumpa secara 4 mata dengan seorang sahabat baru (pertemuan yang tidak dirancang sebenarnya) Sebelum ni, hanya berbicara melalui emel dan sms aje. Hmm..satu pertemuan yang menarik saya kira. Asyik tergelak ja sepanjang satu jam tu, hehe (banyak betul stok lawak awak ye!).Apapun, it nice to meet u!

Bila kenangkan esok ari Isnin,MALAS nye saya rasa...Monday Blues...hmmmmmmmm...

**frust nyer rasa bila tak dapat jumpa dengan Ahmad Fadzli Yusof Sabtu lepas. Ni semua gara-gara tersekat di pintu masuk Book fair la nih**