RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, September 30, 2007

17&18 RAMADHAN

The most tiring weekend for me! Hadeh..

Sabtu petang pegi PKNS...servey harga baju sambil menyesakkan diri bersama orang ramai..haha. Takde yang berkenan di hati...kalau ada pun harganye mahal.
Then, berbuka reramai kat Kelana Seafood ngan yanie, wan (yanie's cousin), kak Aya dan sorang anak sedaranya yang lagi tinggi dari saya, ihiks. The food was superb! Tak sempat nak hit the food piccas. Syok giler makan sampai tak ingat! :) The total for 6 pax of us was RM344.31...haiyo! fenin masa nak bayar,ahaha.

Nak makan ketam ni kene queue almost 20 minutes..huh!

Today pegi pulak Jalan Masjid India. Nekad kena beli jugak baju melayu dan tudung Angah. Tak kira la ramai ke..sesak ke..apa ke..mesti redah gak beli,hehehe. Lepas belek-belek, at last dapat la jugak belikan baju melayu abah kaler purple. Siap mintak jasa baik sorang pakcik kat kedai tu ukur baju kat badan dia. Kekunun saiz badan dia ala-ala ayah saya,wahahaha! Segan seh ngan masa nak mintak tolong pakcik tu tadi...hihihi.

After abes tour kat Jalan Masjid India, kitaorang gerak ke Sogo. Wah...wah..orang kat Sogo shopping macam esok Sogo nak tutup! Hadeh la, pening tengok orang ramai sangat. Terus ilang mood nak shopping.Kitaorang terus gerak balik.

On da way balik, singgah Subang. Carik tempat berbuka. Duit dah abes shopping neh..tatau la leh lepas berbuka ka dak,ahaha. Pusing punya pusing, last-last mai idea bernas dari saya nak pi Sri Ayutthiya..ehehe. Merealisasikan hasrat terpendam sejak sekian lama, ihiks. Memang best giler la food kat sini. Waiter n waitress dia pun friendly tak hengat! Thumbs up for their services dan tomyam :) Dalam takde duit tu leh plak blasah makan kat sini...apalagi, bayar guna duit plastik la jawabnye, hehehe. Yani ngan K.Sely siap stunned tamau turun dari keta. Tak caya yang saya nak makan kat sini tetiba. Tak masuk lam plan langsung, ahaks. Itu la cikgu Emi..expect the unexpected! hahaha..poyo!

Orang kat IPPD Dang Wangi kata kami adik beradik...isk...sama ke? Bukan saya cute lagik ke? wahahahaa......


Afterthought: I dunno but I believe...there's sumthing are meant to be...

Thursday, September 27, 2007

:-(

Pagi semalam hati saya rasa tak best...otometik mata terus tengok tangan kanan. Hmm..macam ada yang tak kena..macam ada yang tak ada..
Huwaaa!! My bracelet was gone!
Isk..isk.. kelam kabut carik dalam bilik. Tak jumpa :(
Yanie cakap, dari hari Isnin lagi dia perasan tangan kanan saya kosong masa tengah drive,uhuks. Awat la tak habaq awai-awai! Dah 3 ari saya baru pasan gelang tu dah takde.

Sedih plus terkilan. Kali ni memang bukan rezeki saya agaknya. Hilang tanpa saya sedari. Sedih sangat-sangat sebab tu adiah besday dari mak ngan abah. Bracelet tu siap ada engraved nama tau! uhuks.Hampir 4 tahun dia duk kat tangan kanan saya.Tak penah tanggal :( sayanggg sangat!
Apa agaknya reaksi mak kalau dia tau?? Ya ampunnn, mak!:(

Afterthought: Orang kata patah tumbuh hilang berganti...huhu. Ganti??? gelang emas tuuu!

Tuesday, September 25, 2007

NAK?

Semalam...jalan-jalan kat Jalan Masjid India&TAR...sesaja survey harga. Carik baju melayu..isk,boleh tahan mahal! Tunggu ujung minggu ni la kot baru beli.

Saya tercari-carik sumthing kat sana semalam. Ingat-ingat nak beli kalau ada yang menarik.Carik punya carik tak jumpa lak.Rasanye tahun lepas cam ade. Tau apa dia?
Kad Raya!!!

Susahnye nak jumpa kad raya skang neh...kalau ada pon zaman tok non nye kad. Yang pattern ngan wording tak best langsung.Tiba-tiba mai mood nak beli dan kirim kad raya. Lama giler tak buat keje ni. Asik-asik virtual card ngan sms aje. Ni terjangkit ngan encik13may kot,ihiks.

I've already got my first card last week :) Ni nak tunggu kad yang kedua,ketiga, keempat dan seterusnya. Ewahhh! Cam confident je ada,hahaha...

Psstt...- ada sesapa nak kad raya dari saya?? *wink*
Cepat! Cepat! Sementara mood masih ada...hehehe

Afterthought: Kad raya berbentuk kalendar dari sumone yang masih di simpan...buat kenangan di hari tua...hahaha ;)

Saturday, September 22, 2007

9 RAMADHAN..


Just come back from KLIA...
Owh,nasib baik drama airmata tidak berlaku dek kerana cik Cibil begitu bizi melayan panggilan telefon dan juge sms,hehe.
Selama 2 jam 15 minit kitaorang telah bertapa bersama kat sana untuk kali terakhir tahun ini,uhuks. Kak Sely dan jeketkulit sampai lapar tahap naga lalu telah 'membelasah' McD dengan jayanya,haha.

Sayonara Ms Nora Azima...we pray for ur success there! :) Jangan nakal-nakal kat tempat orang. Remember - sumone is waiting for u here...hihihi :P

Seorang mamat cuba mengorat saya dengan memberikan choc shake McD,hahaha

Afterthought: Akan menyusul juga satu hari nanti, Insyaallah...:))

Thursday, September 20, 2007

8 RAMADHAN...

Petang tadi kat bilik guru...kecoh pasal kes adik Nurin Jazlin. Akhirnya, terjawab semua persoalan.Takziah untuk family arwah.
Memang emo sket suasana dalam staff room tadi. Ada yang nak sula si pembunuh, nak ganyang-ganyang, nak sula dengan durian, nak seksa sampai mati dan macam-macam lagik la. Tengok mak-mak budak mengeluarkan pendapat...masing-masing cam dah naik risau ngan keselamatan anak masing-masing. Saya tumpang bimbang jugak la...ngan anak-anak murid,eceh!

Nowadays, memang susah nak percaya kat orang. Jangankan orang luar, orang yang dekat dengan kita pun belum tentu boleh percaya. Kadang-kadang yang paling dekat tu la yang paling jahat! Ntah macam mana la plak situasi masa saya ada anak nanti. Makin tak selamat agaknya. Maunya saya monitor anak 24 jam....eh, cam lari topik je ni,wahahaha..
Hopefully, pembunuh arwah Nurin dapat diketahui dengan segera dan menerima hukuman yang setimpal!

Esok lepas berbuka nak pegi KLIA. Antar cik Cibil yang akan terbang ke Newcastle ,uhuks.Siap sedia bawak sekotak tisu untuk drama airmata...huhuhuhu

Afterthought: Al-fatihah untuk adik Nurin Jazlin....

Tuesday, September 18, 2007

WENG!

Terbaca ramalan horoscope saya kat Friendster ari ni:

" If something isn't for you, is isn't for you. Stop apologizing about opinions"

Pergh! Terasa diri diperli ke tahap maksimum, ahaks.

Tadi kat skulah...satu peristiwa lawak tahap naga telah berlaku masa tengah berlakon nak marah budak-budak Tahun 1 beratur sebelum balik.

" Haaa...semua masuk! Cikgu tak suruh keluar berbaris lagi. Semua berdiri kat moto masing-masing. Cikgu nak check ada sampah ke tak"

Bebudak ni tercengang-cengang. Haa..??

" Cikgu!!......moto????"

Erk!

" Eh...moto plak...meja!"


Wahahahaha....malu giler kat bebudak! Apesal leh terkeluar wording moto lak nehh...nak sebut meja leh jadik moto,hihihi...malu seploh tahun!isk..isk..terus cancel nak marah.

Adeh, perut laporr....takde apa dah nak makan,uhuks. Teringat sumone penah bagitau saya,

"Kalau lapar tiba-tiba..try la makan coklat"


Coklat pun takde ni..huhuhu...

Afterthought: Rindu kat orang yang bagitau tu bole tak?-----> dak Emi weng! hahaha

Friday, September 14, 2007

BILA?

Ada orang tu nak fly ke UK minggu depan..sambung master.
Wahuuuu....bestnye!

Ada orang tanya bila lagi giliran saya?
Owh....susah nak jawab tu.
Kena carik sugar daddy dulu la kot,wahahahaha!

Hmmm...zaman skang ni sumer kena guna duit.
No money no talk...tak gitu?

2 tahun lagi baru bleh apply biasiswa KPM.
Haihh...berakar nak tunggu dua tahun. Semangat ni bukan boleh di pause-pause.
Sampai limit, dia burn! hehehe

Eh, kat mana ade jual sugar daddy? Nak pi beli satu la.....hahahaha!

Afterthought: Jangan layan dak Emi ni...dia mabuk buka pose kat Ipoh *wink*

Wednesday, September 12, 2007

AHLAN WA SAHLAN

Ramadhan has coming...
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...

Salam Ramadhan untuk kamu yang membaca! :)


Afterthought:
Mekasih banyak2 jaketkulit...power sungguh gulai lemak tempoyakmu hingga bisa membuatku teringat2 untuk 4 tahun akan datang, hahaha!

Tuesday, September 11, 2007

LIFE GOES ON


LIFE is too SHORT.
GRUDGES are waste of perfect HAPPINESS.
LAUGH when you can.
APOLOGIZE when you should.
and LET GO of what you can't CHANGE.
LOVE deeply and FORGIVE quickly.
take CHANCES. give EVERYTHING.
and have NO regrets.

LIFE is too short to be UNHAPPY.
you have to take the GOOD with the BAD.
SMILE when you are SAD.
LOVE what you GOT.
and always remember what you HAD.
always forgive but NEVER forget.
LEARN from your mistakes.
but never REGRET.

people CHANGE, and things go WRONG.
but ALWAYS remember,
LIFE GOES ON!


Sunday, September 09, 2007

EPISODE 2 : ZOO NEGARA

Yeahh..that's it...akhirnya sampai juge kami kat Zoo Negara! Walaupon cuaca macam tak berapa nak ok, tapi kami nekad nak masuk gak. Dalam hati duk berdoa supaya tak hujan lagi. Kang maunye kami hang dalam zoo tu till malam, ihiks.

Last saya pegi zoo 5 years ago masa stadi kat UIA. Masa tu tiket just RM9... now is RM15! uyoooo...naik cam rege minyak lak. Pastu, kene pakai handwrist..eh, amende ntah namanye yang tag kat tangan tu untuk masuk. Cam pi genting lak. Dah la tadi kat Matta Fair pun kene...isyh!

Penat kat Matta Fair ilang bila dapat tengok zirafah at the first stage...eh,mata zirafah cantikkan??hahaha. Bulu mata dia lentik tau! Pakai mascara Maybelline kot,ahaks


We all decided nak jalan aje. Malas nak naik ketapi pendek tu..cam tak adventure jek,hehe.
So, jalan punyer jalan sesambil amik pic ngan 'anak-anak',hahaha...ala-ala rombongan ilmiah gitu...:)

Yanie cuba meniru aksi I di KL Tower..tapi tak jadik sebab I lagik cute bila amik pic begitu..wahahaha >:) Bukan I kata...ada orang yang kataaa...:P
Penat plak nak list out menatang apa yang kami tengok kat zoo tu..ehehe...kalau korang nak tau pi la sendiri...tempat yang sesuwaiii untuk berdeting jugak sebab ramai giler kapel kat sana tadi, huh!

Hmm..ada orang tanya either saya frust ke sebab tiba-tiba mai mood vacation macam orang giler! uhuks.....frust???? bila masa saya berchenta? konpius...>:)

Afterthought: Know I know where Kg Kemensah is,uhuks...

EPISODE 1 : NOW EVERYONE CAN FLY!

Adeh..penat banget sih jalan-jalan di Matta Fair PWTC. Rasa macam nak pingsan carik pakej yang sesuai!
Abes tiga-tiga hall kami pusing. Bila dah jumpa pakej yang ok ngan MAS, flight pulak tak kena timing. Saya ni memang berkira kalau pasal 'burn' dengan sengaja, ehehe (trillion sowie to Sis Sely and Yanie coz terpaksa carik pakej yang lain) Walaupun tak tau either pakej yang telah kitaorang booking ni bagus atau tak, at least biarlah berbaloi ngan expenses. Hopefully! Insyaallah....:)

Owh...lupa lak nak kasitau pakej ke mana...hehe...we have booking the flight to Jakarta! Yehuuuu! So, amik travel package ke Jakarta-Puncak-Bandung for 5 days 4 nights...ihiks! The price is quite OK because it's included hotel and full board meals. Cuma tiket je yang kene carik sendiri. Nak naik MAS ala-ala tak mampu pulak, ehehe. So, amik flight kaler merah putih aje la..Now Everyone Can Fly! hehehehe.....

After almost 31/2 hours kat situ, terus kami gerak ke Chicken Hut kat The Mall....met sumone that will fly to Newcastle in the middle of this month...uhuks. Sedey nyeee!

Then, all of us muka dah letih giler....ingat nak cancel aje next plan..tapi tak baik la pulak coz diorang dah menurut perintah je ikut saya pi PWTC, hehe...owh, diorang yang dimaksudkan adalah my colleagues (betui ka eja tu) Kak Aya and Teh. Excited dari semalam nak pi Zoo Negara....hahaha! K.sely terus balik KL, Nora and her friend balik Damansara..and the rest of us heading to Hulu Klang to meet our 'anak-anak' ,hikhkhik...

dengan orang yang nak fly ke UK,uhuks

Stuffs that we get at Matta Fair...macam nak juling mata tengok brochure yang giler banyak!

Afterthought: Kene start kumpul duit sebab Pak Lah kata takde bonus tahun ni, huwaaaaa!!!

Friday, September 07, 2007

UNTITLED

-Gurney Drive 20 August 2007-


My heart was going through so many changes. I don't know which way to turn. Just when I thought I had all of the answers, finally I found that is not the answer I'm looking for. I still had so much to learn...



Afterthought:
Yes..I'm still learning....no doubt!

Tuesday, September 04, 2007

MARI BERPOYA-POYA!

A bit cloudy

KL Tower..yaribbaaa!!!

Hahaha...cam tak caya je ari ni saya telah berjaya menjejakkan kaki ke Paris...eh silap...ke Menara Kuala Lumpur je pun, ahaks. Itu pun selepas 10 tahun bermastautin kat Lembah Klang ni *wink*

Ntah angin apa yang merasuk saya ngan Kak Sely..tetiba nak pi Menara KL,ihiks. Lawak betui la! Kalau anak murid saya dengar ni sure malu 40 tahun...hahaha! syyhhhh...jangan habaq kat depa noo cikgu dia tak penah sampai Menara KL :))

Dengan berkobar-kobarnya, K.Sely siap mintak map kat pondok Tourist Guide depan KL Sentral, gara-gara tatau camner nak terjah menara ni.Nampak cam dekat jek...tapi tak jumpa plak jalan. Kang pepandai sendiri sampai plak ke Aussie...ahahaha....tak ke naya? Semangat visit Malaysia 2007 tul kami neh! :) Sampai sana siap malu-malu meow sebab kami 2 orang je pelancong tempatan daa...yang len sumer foreigner! Isk..terdetik gak kat hati nak tipu yang kami tourist dari Aussie masa akak guide kat menara tu tanya,hehe....tapi cam tak layak le plak...hahahaha..

Ha...gelak...gelak...oooo...bukan main lagik ek! Ntah-ntah orang yang baca ni penah sampai ke Menara KL??? Haaaaa....jawab-jawab! :P

Huahuahua...makcik yang tak pernah tak poyo kalau amik pics :P

For more hit my fotopages...check it out!

Afterthought : Jakarta in progress.....weewittt!