RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, March 31, 2007

AKU DAN DIA

Saya dilanda kebuhsanan tahap dewa bila takde keje nak buat malam ni. Bukak inbox emel , terjumpa la emel lama yang penah di sent pada si Bae masa saya kat Sabah..hahaha:

"Ptg smlm aku gie tamu beli food untuk berbuka...then, time nak balik tu terserempak ngan lecturer aku (pompuan dia ni).....al-kisahnya dulu dia penah nak match making kan aku ngan sapa2 yang aku suke dalam kelas aku tuh...saja dia risik2 aku...waktu tu aku gelak2 ja la...aku bgtau dia yang cikgu ni mepek ja laa...wat malu saya jaa...masa tu dia tanya ngan sapa aku berkenan? aku cakap aku anggap sumer kawan lam kelas tuh...tapi member2 aku yang len (pompuan la) tau aku cam minat ngan amir nih...masa tu depa pon duk ligat gossip aku...masa tu aku takde la rase excited sgt coz masih dalam dilema ngan si bakh..depa pon habaq ngan lecturer aku tuh, suh match kan aku ngan amir...dia cakap boleh...tapi kene tunggu persetujuan aku..aku gelak ja la...lagipun cara dia cakap takde la series mana..saja ngusik aku kot..
so, citer tu berenti cam tu jaa la..takde ending...
then, after abeh prac baru2 ni, dia start balik nyakat2 aku ngan si amir nih...aku cakap..
cikgu cakap la 44 kali...kang saya betul2 dapat diaaa nanti...
dia sengih2 aje lah...
dia cakap...
ok la tuh..
so, ptg smlm dia numpangkan aku ngan member balik sampai hostel..kebetulan on da way tu ternampak amir ngan klasmate aku lg sorang..
cikgu aku pun kata..
" tu boyfren emi"
aku cakap kat dia..
"cikgu nih,kata2 la saya ngan dia..44 kali cikgu cakap camtu jadi betul2 nanti"
"hah..baguslah.."
aku gelak2...
" ok ape...cikgu cakap ngan dia nanti"
"uisyh..cikgu ni...mepek jaa" (padahal lam ati suke gilerr!) hehehe
" alaa..kalau cikgu cakap pun, emi tak nak tak jadi juga"
" ye ke..alaa cikgu, kalau saya nak pun dia tak nak tak guna jugaa" hehehe
" oo..jadi kamu suka la dia?"
aiseh...terkantoi daaaa!!
cover linee..
" uisyh..cikgu nih.. kawan laaa. cikgu nak jadi match maker ye?"
" kamu belum tahu lg saya jadi match maker nanti...biar saya bagitau dia...bercinta di saat2 akhir ni syok tau!"
ahahahahaha.....(aminnnn! dalam ati aku)
" cikgu jgn aaa....malu ler saya...takde la cikgu"
"takpe..biar cikgu cakap"
pastu dia panggil amir ngan klasmate aku tu bila sampai ja diorang kat parking tuh...
aku ingatkan cikgu tu memain...
terus aku jerit kat cikgu tu
"cikgu, bulan pose ni tak baik aaaa!!"
"eh ape pulak! bulan pose aaa bagus!"
"cikgu jahat aa! tak nak kawan ngan cikgu!"
masa tu kaki aku dah melangkah jauh sampai tangga hostel...aku malu giler nak pandang belakang..
yang aku dengar diorang ketawa2..
merah padam dah muka aku time tu! walaupun aku tak dengar apa cikgu tu bagitau amir
pastu, tetiba aku rasa nak paling belakang...
bila aku paling jaaa...aku nampak amir tgh pandang aku senyum2....
malu giler aku time tuh! (lam ati suke gak)
tapi, taku tak tau apa makna senyuman dia tuh....yang aku tau aku malu giler! rasa nak campak muke lam longkang...
balik ja ostel, kawan aku yang sama2 lam keta tu cakap..
"emi, tak sangka cikgu dayang habaq betui2"
"ye ke kak?"
"aah..tersengih2 si amiree...."
adehhhhhh...malu nyer akuu!
perkataan yang aku sempat dgr dr mulut cikgu tu
" camner nak jadi...sorang malu sorang segan"
adusss!!! tajamnyer..
so, itu ler drama swasta ptg kelmarin sampaikan aku nak tidur malam pun aku leh tersengih2...ahahaha
pastu, kebetulan time nak pegi terawikh semalam, terserempak ngan dia..
tapi dr jauh jaa..
dia tak pandang blakang pon...
aku nyuruk2 blakang member aku...malu sehh!"

Hadeh la...lawak la plak!hahahahaha...sungguh sengal saye ketika itu,ihiks. Lama dah saya tak dengar citer si Amir ni. Dia skang ngaja kat Taman Sri Muda. Apa kabar la dia ek? :)

Afterthought: The next entry I'll put my nicest piccas with Amir...tungguuuu! (Nak pi Lowyat beli printer 3 in 1 dulu,ahaks)

Thursday, March 29, 2007

ADA BEZA KE?

Aku dan saya?
Ada beza ke?
Aku- seperti sudah tiada jurang. Bebas menjadi diri sendiri.
Saya- seperti masih di awal pertemuan. Masih ada yang tersimpan dalam hati.

Pening juga memikirkan laras bahasa yang sesuai digunakan dalam entri blog saya ni. Dulu saya pernah menggunakan 'aku' ,kemudian bertukar kepada 'saya', sekejap sahaja bertahan dengan 'daku', kemudian beralih semula kepada 'aku', dan sekarang kembali kepada 'saya'.
Saya faham, blog ni kepunyaan public, boleh dibaca oleh sesiapa saja walaupun pembaca itu takde kaitan dengan hidup saya.Jadi kalau boleh, biarlah bahasa yang digunakan tu tidak menyinggung hati sesiapa walaupun ini blog saya :)

Dulu, saya pernah menukar url blog.Dan sejak akhir-akhir ni, terlintas di hati untuk saya menukarnya sekali lagi. Sebabnya??...Biarlah rahsiaaa :P

Dulu,saya pernah juga hibernate kan diri beberapa kali.Tidak menulis sebarang entri, malah kadang-kadang ada antara entri yang saya delete setelah di publish kan atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan (eceh!)

Ada yang meyelami apa yang saya tulis. Memberi nasihat dalam komen yang panjang berjela.Ada yang sekadar menghiburkan hati. Mengisi masa lapang dengan membaca kisah saya yang tak pernah habis.Ada juga yang hanya diam membisu. Cuba-cuba untuk tidak faham walaupun kadang-kadang cerita itu ada kaitan dengan hidupnya. Dan ada juga yang teruja nak tau mengenai kehidupan saya, sampaikan setiap hari tanya "bila nak apdet?" :) haihh..macam-macam kan ragam manusia.

Tapi, samada saya menggunakan aku atau saya, menukar url blog atau tidak, delete previous entries atau tidak, update atau tidak....ada beza ke? nobody cares rite? Saya tetap juga dengan kehidupan saya dan anda tetap dengan kehidupan anda...tiada beza.

Afterthought: Baca dengan hati, mungkin ada antara kamu yang mengerti

Wednesday, March 28, 2007

SAYA KAN PENYAYANG..AHAHA

Dah 2 hari saya duk dengar bunyi kucing rumah sebelah mengiau. Carik punye carik rupanya dia dah kene kurung daa ngan tuan dia. Padan la tak nampak muka sayu dia menempek depan umah. Kalau tak,tiap-tiap hari bertandang kat umah saya,hehehe. Makcik sebelah ni balik kampung agaknye. Dah 4 hari tak nampak.

Tadi, masa nak kuar makan, kucing tu mengiau dengan level suara yang sangat menyentap hati. Sayu je bunyi..meow..meow..meow...isk..kesian la plak. Terusik naluri keibuan saya,ahahaha (poyos!) Bila naluri keibuan dah terusik, ni yang payah ni. Mula la saya nak wat Rescue 911, ahaks.So, after makan kat area umah lama, saya singgah kedai beli pocket whiskas.

Sampai je kat umah, saya duk terpikir, camner la nak kasik kucing tu makan. Pagar umah makcik tu bermangga. Kucing tu pulak dah macam tak tentu arah dah bila dengar suara saya nak rescue dia,ehehe.Sian diaaa....pikir punyer pikir, at last saya amik keputusan untuk panjat pagar,ahaha. Maka, dengan tahap keberanian 40% (lagik 60% tahap takut org ingat saya perompak plak) saya panjat pagar dan kasik makanan kat kucing tu. Masa nak bukak sangkar kucing tu, peluh-peluh jantan dah menitik dah..cuak le jugak panjat masuk umah org,ihiks. Bukan saya je yang berpeluh-peluh, si Yanie yang tunggu kat luar pagar pun sama.Asal ade keta lalu je, mula la dia yang panik,ahaks. Padahal, kalau kene tangkap dek security bukannya dia, saya! hehehe....dah la saya tengah panik, sangkar tu susah nak bukak plak! Hadeh la...jenuh saya try nak bukak. Kucing tu mengiau makin kuat lak, isk menaikkan level of adrenalin je la.

Akhirnya, lepas 5 minit, berjaya jugak saya membuka sangkar itu..yeayy!!! Sian kucing tu..makan macam dah 10 hari tak jumpa makanan:( terharu!Maklumla,orang penyayang cam saya memang mudah tersentuh,ahaks. Mission success!!! :))

Nanti kalau makcik tu dah balik, saya kene pi jumpa dan kasitau. Kang dia wat report polis ade orang ceroboh sangkar kucing dia susah lak,ihiks. Mesti dia terkejut bila dengar cikgu sebelah umah ni panjat pagar umah dia, ahahahaha. Ya ampunn makcik!!!

Afterthought: Aku dah bertukar jadik saya? hehehe...kenapa ye? :P

Monday, March 26, 2007

MISSION IN ACTION

Federal Highway : Sunday 25 th Mac 2007

Mission completed :
  • KL downtown, Cheras.
  • Kampung Baru, Kuala Lumpur
  • Pakapau PJ.
Next mission :
  • Uptown, Danau Kota.
  • UPM, Serdang :)
Mission failed :
Taking a great and nice shoot for pics above :(
(bleh tak parking keta kat tepi dan duk kat tengah-tengah highway tu amik pics? hehehe)

Afterthought: I have one most important mission to be complete tomorrow ;)

Saturday, March 24, 2007

RELA DIPUJUK..IHIKS

Sebelum cuti sekolah last 2 weeks, penyelia petang panggil aku attend meeting with all the Mathematics teachers. Hm..cam pelik juga la, kenapa aku masih nak dilibatkan dalam meeting sebab dah tak mengajar. Jenuh gak pikir, tapi malas nak banyak soal, aku attend je la kan..

Rupa-rupanyer dia nak pujuk aku minta tolong train all those teachers in abacus,hehehe! Alasannyer sebab aku baru je pegi course tu last year dan I'm still young to absorb all the skills,ahaks. Rasa macam nak gelak guling-guling je masa dengar ayat tu,ihiks. Ayat sket punyer power tu pujuk aku.Siap cakap aku baik hati la sumer. Mintak pendapat aku macam mana nak organize kan training tu lagi..isk!
Dah nazir nak datang spot-check baru gelabah nak mintak tolong.Cakap baik-baik sumer. Sebelum ni, tak penah pulak lembut dan baik begitu,ehehe.Dan muka dia cam amat lega giler bila aku cakap "Ok, no problem".

Ekceli, kalau ikut hati cam malas je nak train cikgu-cikgu ni, sebab ada di antara diorang yang lebih veteran dan penah gak attend abacus course tu dulu.Tapi, aku macam cair plak bila telah dipujuk oleh orang yang penah ada rasa tidak puas hati a.k.a jeles ngan aku..ahahaha..(I likeeeeee!) :P But, I'm not doing dat for the sake of pujian atau pujukan yang telah diberi.Ikhlas, Insyaallahhhhh....:)

Moral of the story, jangan perlekehkan dan pandang rendah kemampuan orang. One day, mungkin kita betul-betul akan perlukan pertolongan dia untuk selesaikan masalah kita. Haa..kan sapa yang malu nanti...mereka dan keluarga mereka jugakk;)

Afterthought: Tak suka orang yang suka ambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

Tuesday, March 20, 2007

KENE SAMPUK


Mende yang tak dapat memang selalu teringat-ingat kan? hehehe..
Hari ni aje, dekat sepuluh honda jazz lalu depan aku. Mata ni asik menangkap je la pulak. Sebelum ni takde pun. Kalau dulu,catching keta lain, siap mata otometik nak tengok nombor plet(once upon a time la) ahahaha.
Tadi,aku siap tutup mata bila nampak dia ni.Pastu jerit lam keta " arghhh..tidakkk!!" hahaha.Yanie tgk aku pun pelik ja.Isk..rasa cam mencucuk jiwa je la. Kalau kat traffic light, dia ade kat depan atau kat sebelah,mula la rase tak tentu arah. Macam nak terus pegi kedai honda pastu,ngehngehngeh....isk,kene sampuk agaknye aku ni?hadeh la...

Afterthought: I MUST have it...kan cam orang kata la..kalau dah jodoh tak kemana nye,ihiks (ade kaitan ke?)

Monday, March 19, 2007

HERE BY ME

Tadaaa....yeay! Dah ade apdet! *wink*

Kembali menghirup udara Shah Alam, ihiks. Lama-lama duk kat Perth pon tak best gak kan..asik makan koala gureng ja..hahaha

Update 1:
Just having an ordinary vacation. Tak ke mana...someone asking me about Perth! ehehe..takmo cakap la kat sini...biarlah rahsia:P

Update 2:
Currently, mom and dad keep on raising that ‘allergic’ topic. Indirectly, they wanna me to put myself into a new commitment. For the time being, even my nicest smile doesn’t seems enough to answer their questions :) hmm....

Update 3:
Almost having a new darling! Kalau mak cakap "Yes" aje semalam, mesti tadi dah drive balik wif my honda jazz ;) Unfortunately, mak cakap " Tak payah la Long. Nanti dulu"....isk!

Update 4:
Can someone tell me how to smile even when the heart feel to cry? Tangki mata asik bocor je lately,hahaha. Nak kene pi kedai hardware, carik gam ke pateri ke..

Afterthought: Sometimes, something that we really wanna know is something that we should not to know.

Saturday, March 10, 2007

T.AT.A

-Credit to Miss Cibilz for the cute frame on my koala-

Engrossment on my sweetest dreamz :)

-Tata-

Afterthought: I understand.I believe. I admit it.'Thanx' for the silent divulgement.Now, I discerned...

Thursday, March 08, 2007

:(

sometimes, something as beautiful as love can threaten to end something else that’s just as beautiful as friendship.

I can f.e.e.l it but I h.a.t.e it.
Really h.a.t.e dis feeling...
Why I'm still feel the p.a.i.n though by only knowing his t.h.o.u.g.h.t??

Afterthougt:
Dun leave any comment if u feel 'meluat' with this entry..

Tuesday, March 06, 2007

MY WORKING TABLE

-hahaha..meja sapa la ni-

This is my working table...ihiks.Sungguh kelam-kabut (macam tuan nyer jugak,hehehe)
Kak Sely tu sewa meja time weken ;) Sib bek tak buh baju, kasut segala kat atas tu..kalau muat, nak gak parking keta aku kat situ,hahaha

For the time being, malas nak kemas sebab working table ni akan beroperasi setiap hari as long as my queue jobs tak settle. Now, getting headache untuk program Anti dadah and Career Week, hadeh! After dat, motivasi utk UPSR, lawatan,perkembangan staf etc.Isk, lemau eden!Bila dah banyak keje camni kan, sesapa yang banyak songeh memang kena 'laser' ja ngan aku,ahahha. Pedulik kan..I'm learning to be 'kerek' after dis....>:-)

Afterthought: Kerek tapi baik hati :) hehehehe

Monday, March 05, 2007

SOCIAL VISIT

Tema runggeng pada minggu ini adalah- Lawatan sosial ke rumah baby baru ;)

Sabtu pegi One Utama ngan K.sely carik present untuk baby si Izah (my best buddy masa stadi kat uia dulu). Kebetulan plak ade sale..sampai naik pening nak pilih rekabentuk baju sebab semua cute2..cute2 pun mahal giler! hadeh la...kalah harga baju aku. Then, bawa K.Sely pegi Subang Court, umah member dia yg baru je deliver baby.Asalnye aku yang nak wat lawatan sosial, alih-alih K.sely plak yang buat lawatan sosial dulu,ihiks.

So,esoknya (Ahad) baru la kami ke rumah Izah. Siap request spageti ngan minah ni..dah abes pantang brani la aku nak demand2..hehehe. Punyer la ajaib baby si Izah ni. Start kami datang, sampai la kami balik, dia asik tidooooo aje...isyh..isyh. Kami usik dia pun wat selamba je. Paling-paling mengeliat, pastu wat muka tensen kene kacau tido, pastu pejam mata balik,hehe. Jenuh la aku nak kasik dia bangun..geletek kaki la, cium pipi dia la, dukung dia la, tanggalkan dia nyer sarung kaki ngan tangan la..unfortunately sumer tak berhasil..isk..isk. Punyer la budak ni kuat tido..haihhh!

-Nurdina Safiyyah.Rasa macam nak bawak balik pipi dia,hehe-

After balik dari umah Izah,called Mr Izman. Ajak dia makan kat Gombak. Ekceli dah lama terpendam hasrat nak makan kat tempat lama ni. Jus buah dia besh giler! Order makanan cam tak hengat la,hehe. Suprisingly, harganya sangat la murah. Cam x caya je kami berempat makan just sorang RM10.Hmm.pasni leh la wat besday celebration kat situ:)

Afterthought:Ada orang tanya "Bila nak timang baby sendiri plak ni?" hahaha...soalan yang masih belum ada jawapan la :P

Friday, March 02, 2007

CONFUSE!

Perkara 1:
Memang susah kan nak puaskan hati semua orang. Kadang-kadang kita dah cuba buat yang terbaik, tapi orang lain masih nak cari salah kita. Penat nak layan orang macam ni. Sakit hati, sakit telinga, sakit kepala sumer ada.
My first program completed,alhamdulillah! Bebudak nampak enjoy dan puas hati. Tapi,still ade komen-komen yang tak membina dari pihak atasan.
-Fasi dia muda sangat. Kenapa tak cari yang tua sikit?
-Saya tak suka la cara closing diorang tadi. Nampak macam tak profesional.
-Lain kali cuba panggil orang yang sesuai dengan tahap bebudak kita. Yang pandai speaking..bla..bla..supaya bebudak kita tak perlekehkan diorang.
-Diorang tukar-tukar no telefon dengan budak-budak kita -----> komen yang ni paling tak logik akal sekali! Hadeh la...beratus sekolah dah motivators tu pegi, takkan la diorang ade hati nak ngorat budak hingusan sekolah!Kalau ngorat cikgu nya lain la cerita! ahahaha

Yang tukang komen ni sebenarnya hanya menghadirkan diri pada 4.00pm, iaitu setengah jam sebelum program abes. Sedangkan aku dan another counselor duk terpacak kat dewan starting 7.30am tak komen ape pun...haihh!!Kami ikuti 90% slot diorang, memang OK! Takde la plak tak profesional.Isk..really get confuse la ngan pihak atasan skulah aku ni. Apa yang diorang tak puas hati sangat sebenarnya dengan kami yang bergelar kaunselor ni???
(sila la jenguk pics motivation course yang penuh dgn kontroversi itu di fotopages:))

Perkara 2:

Getting confuse nak sambung master for dis July intake or November intake. Banyak mende yang tak settle lagi, especially money (of coz!) hehehe...banyak sangat aliran keluar lately. Haihh!!! Bila plak nak ade aliran masuk ni??

Perkara 3:
Agak-agak kan ade ke orang bleh hidup tanpa meng 'on' kan henponnya selama 3 hari??? arghh..giler confuse!

Afterthought: Confuse-confuse ni tak elok untuk kesihatan kan? isk..!

Thursday, March 01, 2007

HANGIN SATU BADAN

Apa perasaan anda-anda semua bila ada orang rosakkan barang yang palinggg penting dalam hidup anda-anda semua?
Dah la penting, benda tu mahal la plak..
Dah la mahal, pastu susah nak dapat..
Dah la susah nak dapat, susah pulak nak baiki bila rosak..
Mesti HANGIN kan???

Iskk..geram betul aku bila laminate machine aku orang rosakkan! Dah la mahal, beli guna duit kaunseling, pastu susah plak nak dapat. Bertahun request, baru je bulan lepas dapat...dah la aku kasik guna FOC, pastu tak reti nak responsible bila guna. Abeh sumer mende nak laminate. Dah nama pon mesin laminate,mesti la bleh laminate kertas yang nipis, sebab function plastik laminate tu kan untuk cover kertas yang nipis. Yang bijak binasa pegi laminate kad tebal buat ape. Nak buat ape laminate kad yang dah memang tebal. Haihhh...lain kali baik pegi laminate keta ke, katil ke, almari ke,umah ke....baru puas ati! g*j7%$68kj3

Yang paling BEST skali, orang yang rosakkan mesin tu housemate sendirik!isk... memang dah tau dah tangan dia kalau pegang mende je mesti 'panas'...iron board aku ngan mesin basuh dulu rosakkan pun atas dia gak..men blasah je guna. Jangankan nak ganti, minta maaf pun tak....mencik tul la!

Afterthought: Ikutkan ati, nak aje aku gantung mesin laminate yang rosak tu depan bilik dia!