RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, June 30, 2007

CEMANA NI?

Eh, cemana nak guna RSS Feed application ni dengan berkesan ek?

Lagi satu..Google Toolbar ngan Yahoo Toolbar tu mende yang sama ke? Tapi lain dengan tabbing firefox kan? Bagaimana pula dengan si Google Reader?

Hahaha..jahilnye diriku ini!
Dah macam kaunter pertanyaan le plak..ade orang nak tolong jawab ke tak ni?

Afterthought: Adeh,semangat inkuri ku semakin menyala-nyala cam mentol nyawa ultraman..ihiks..blink..blink

Friday, June 29, 2007

INI BUKAN IKLAN KASUT

The new sport shoes that will replace my old one.
Ceh..nak ajar P.J ja pon! hahaha...dah siap beli wisel tau semalam :)

( ce teka kasut saya saiz baper? kalau betul dapat adiah moto,ngehngehngeh)

Afterthought: A new shoes, a new inspiration...best jugak kalau jadi tagline ni,ihiks

Thursday, June 28, 2007

BIZI..BIZI...BIZI


Owhh..lihatlah duniaaa! Betapa pack nye masa saya dengan jadual baru ni!
Tak nampak??
Sila enlarge kan pic tu...takkan tu pun saya nak ajar, hohoho!
Sapa kata kaunselor rileks ja saya penyekkan dia ngan bulldozer! huh!

Disclaimer: Timetable ni saya yang arrange sendiri. Tu yang kene buat-buat bizi compare ngan cikgu lain...hehehe.

Afterthought: Bukan buat-buat bizi...memang bizi..mem bizi kan diri

Wednesday, June 27, 2007

.......

Best juga sekali-sekala kene tipu kan..rasa nyamannn je...

Aha..I'm changing my archieves to the shout box. Tak perlu kot publish all the history zaman batu tu. Also the new tagline *wink*.

Afterthought: Miss Cibil- I'm not gonna stop blogging neither close nor change ;) thanx for ur words last nite!

Monday, June 25, 2007

ALLAH'S PLAN

Some things are beyond planning.
And life doesn't always turn out as planned.

You don't plan for a broken heart.
You don't plan for an autistic child.
You don't plan for spinsterhood.
You don't plan for a failure in your business.

You plan to be young forever.
You plan to climb the corporate ladder.
You plan to be rich and powerful.
You plan to be acclaimed and successful.
You plan to conquer the universe.
You plan to fall in love - and be loved forever.

You don't plan to be sad.
You don't plan to be hurt.
You don't plan to be broke.
You don't plan to be betrayed.
You don't plan to be alone in this world
You don't plan to be shattered.You plan to be happy.

Sometimes if you work hard enough, you can get what you want.
But MOST of the times, what you want and what you get are two different things.

We, mortals plan. But so does Allah in the heaven.

Sometimes, it is difficult to understand Allah's plans especially when His plans are not in consonance with ours.

Often, when He sends us crisis, we turn to Him in anger. True, we cannot choose what Allah wishes us to carry, but we can carry it with courage knowing that He will never neither abandon us nor send something we cannot cope with.

Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul.
Sometimes, He breaks our heart to make us whole.
Sometimes, He allows pain so we can be stronger.
Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble.
Sometimes, He allows illness so we can take better care of ourselves.
And sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything He gave us.

Do make plans...but understand that we live by Allah's grace.

As for my last entry...THANK YOU.Nothing else than thank you for the MOST 'valuable' experiences you'd gave me previously and recently. You taught me that planning without actions is just a dream as words without action is nothing. Yea..experiences can be a great teachers, rite?

(I'm wrapping up the never ending story. Big girl don't cry, remember ? May Allah always be with me)

Afterthought:
Sometimes in my darkest thoughts, I wish I'd never learned what it is to be in love and have that love returned.

Sunday, June 24, 2007

FOKUS JANGAN TAK FOKUS

Baru balik dari nonton citer ni kat 1 Utama...hehe..cam jauh ja ek. Saja tukar 'angin' sebab lately asik naik angin,ahaha.
Erm..release la sekejap angin-angin monsun timur laut ngan barat daya yang bertiup kencang dalam diri saya after nonton citer ni...gelak sana..gelak sini...tak control dah! hehehe..saya suka watak Chicken Joe dalam citer ni...poyos giler! ihiks. Tema dia : Friend is everything.Tema si Cody penguin tu pulak: Don't give up. Be a winner. Winner always find a way.
Opss..okla that's enuf...this is not a movie review though..hehe.

Tiga hari lepas, dapat sms dari kawan sekelas masa kat maktab dulu. Baru-baru ni,masa kursus kat Goldcourse, terjumpa balik dia. Dia wakil dari Melaka.Sempat la tukar-tukar no fon balik. Amik pic tak sempat walaupon dia request. Al-maklumler, makcik bz time tu.

Sms nye berbunyi begini:

" Aku tak boleh fokus pada kerja. Nak kata rindu bukan. Tapi aku tak boleh lupakan ko la. Asyik teringat je. Ajar aku macam mana nak buat?"

" Ko telan semut banyak-banyak"
" Tak boleh. Bahaya untuk kesihatan. Takde cara lain ke? orang kata mandi bunga boleh"
"Ko terjun laut"
" Pun bahaya. Tak boleh. Adik aku ade dua bot nelayan. Aku dah try. "
"Ko mandi bawah jambatan, hahaha"
" Boleh..dengan syarat ko yang mandikan aku. Boleh?"

Hahahaha...dah sengal agaknya kawan saya ni! Dulu masa kat maktab takmo masuk 'line',ngehngehngeh.. Hadeh laa......masalah lain pulak yang datang!

Moral of the sms : Marilah kita fokus pada kerja ye tuan-tuan dan puan-puan supaya tak kene mandi bawah jambatan,hehehe.

Afterthought:
Teringat dengan rindu tu tak sama ek? hohoho.. Owhh..saya tak bersalah, oke!

Monday, June 18, 2007

SAYA PENAT

La..apesal ni,Mi? Muka tensen je. Seminggu tak masuk skulah, ari ni muka tak ceria langsung.

Saya penat la, kak!


Isk..sungguh alert akak sorang ni. Muka tensen, muka sedeh, muka ceria, muka cam nak telan orang sumer dia nampak. Maklum la,saya ni kan umat yang paling failed nak sorokkan emosi. Mesti nampak kat muka,uhuks.

Ye, saya memang penat! Sangat-sangat penat...fizikal, mental dan emosi.

Keje bersambung-sambung. Penat uruskan kursus belum abes lagi, skang ni dah terkejar-kejar siapkan folio kerjaya untuk pertandingan peringkat daerah Rabu ni. Tak cukup tangan rasanya bila buat keje last minute neh..(sapa suh buat last minute, padan muka!) huhuhu..lepas ni ntah apa lagi mende ad hoc yang datang. Nak buat camner kan...nama pun keje...keje kan tanggungjawab..bila dah tanggungjawab, suka tak suka kene la buat...bila nak buat, kena la redha...bila redha,baru la hati tenang ye dak?

" Awak beli coke..then, letak garam.Minum bagi kasik dia mengalir je dalam tekak"
" Kenapa coke? 100 plus tak leh ke?"
"Minuman lain tak power karbonat dia"
"Owh...ok. Tengokla kalau saya ingat karang"
"Hmm..awak tu memang tak penah nak ingat apa saya cakap"

Uhuks, tak pasal-pasal dapat consultation free maghrib tadi...suhu badan dah mula tak stabil.

Dan skang saya benar-benar rasa nak demam! :(

Afterthought: Bila dah tua, macam ni laa...keje lebih sket dah demam..

Saturday, June 16, 2007

M.A.L.A.S

Malas nak siapkan folio...
Malas nak siapkan working paper...
Malas nak siapkan report...
Malas nak kemas bilik...
Malas nak basuh baju...
Malas nak keluar...
Malas nak tepon mak...
Malas nak drive pi mana-mana...

Owh..sungguh pemalas rupanya diriku ini,hahaha!

Dapat jadual baru. Minggu depan kene mengajar 10 waktu.Ada ke suruh ngaja Muzik, Seni ngan PJ. Isk...malas! Lantak korang...takmo pi skulah minggu depan...

Afterthought: Merajuk? saya malas nak pujuk..hahaha. Sila pujuk diri sendiri.Sapa suh merajuk:p

Thursday, June 14, 2007

ENTHUSIASM

I'm home!!
Tak sangka plak panggilan kursus tu rupanya as a committee..bukan participant. Serprise jek bila check in hotel Ahad tu, diorang kata saya jadi urusetia program..hahaha..dengan tatau satu habuk pun pi ja..apesai la tak habaq awai-awai!Terkejut makcik!hehe.

Penat memang tak bleh nak kata..4 hari tak cukup tido, walaupon tempat tidonya sangat selesa,hehe.It was a superb experiences! Dapat berjumpa, kenal dan bekerja dengan otai-otai kaunselor seluruh Malaysia.Tak sangka sungguh!:)

Rasa macam semangat kene tiup-tiup ja masuk dalam diri bila dengar experiences dan tengok cara diorang handle konflik. Saat-saat saya rasa macam nak quit daripada jadi kaunselor, dapat plak join kursus ni. Nampaknya, masalah yang saya hadapi just serpihan je kalau nak compare dengan participants lain. Masalah diorang lagik la besau-besau. Kesiann...saya patut bersyukur sebab exposed dengan dunia kaunseling dalam usia yang masih muda (muda?? hahaha) muda la..compare ngan cikgu-cikgu yang join kursus ni,hehe...diorang sumer kata umur saya 21, 22,24,23...terkejut bila bagitau saya 27!:) Most of the participants sumer dah 30 an ke atas. Dah berpuluh tahun mengajar dan jadi kaunselor. Bekerja bagai nak mati, tapi takde orang appreciate...sedih kan! Bila motivation dah low, mula la rasa nak quit.Isk!

I'm getting back to the right track...
Skang ni, dah takde rasa nak quit...saya nak buktikan kemampuan saya. Biarlah orang nak kata apa. Macam kata otai-otai kaunselor, kenapa kita nak care sangat apa orang kata. We cannot changed their thinking, but we can tuning their perception. But we must prove it first! Pergh...bestnyer jadi hati kering cam diorang,ehehe...dah kebal! This is my choice and I will not turning back..insyaallah :))

Using REBT technique-kekuatan minda mampu mengatasi segalanya

With all the fasilitator,commitees and participants all over Malaysia.

Commitee team member with YDP Majlis Kaunseling Kebangsaan and Pen. Pengarah from KPM

More piccas at my fotopages! Siap pi naik sky bridge ari tu..ehehe.Eh, chup! Saya dah gumuk ek? hahaha...kene exercise neh..isk..isk!

Afterthought:Semakin berkobar-kobar nak sambung belaja.Ada yang nak join da club?

Thursday, June 07, 2007

WAL ASR...

Dingg! Time's up! No more holidays, babeh...now work,work and work..

Feelin' a bit fresh after a quite long holidays..
Most of the things were recharged to the fullest..mentally, spiritually and physically of coz!( saya telah berjaya mengumpul beberapa kilo lemak tepu selama 9 hari berada di rumah,hahaha...)

There are too many unfinished business playing around me now. I have to make it clean and clear as soon as possible. The sooner the better.It just a matter of time (maybe).

June already coming though...hmmm...too fast is it? Pheww..I'm hoping something better for another half of a year in my career tasks.. I've to work smarter, filling with more enthuasiasm, become nicer to my clients (*grin*), try to put aside all the sensitive part and no more tears! (hahaha...I hope so) nak buat cemana kan..dah tua-tua ni, hati jadik makin sensitip gitu..:)

Eh chup..chup..ni story pasal azam mid year ke? ahahahaha...hadeh la..blasah la labuu...dah lama tak apdet..gini leee...;)

Owh..I'll starting my pleasant new semester by attending a seminar course for 4 days! uhuks...dah mula la ni musim kursus sana sini..masa kite tengah banyak program ngan task, time ni la nak suh pegi kursus. Pastu kang bukannye kursus hape pun, balik-balik raising issues yang sama..pastu terjumpa plak ngan cikgu sengal yang tak abes-abes nak masuk line...hahaha! erk..jauhnye imaginasi.Dah..dah merepek! out of topic neh,ihiks.

Cuti baru-baru ni saya melancarkan mogok kenduri kawen.ngehngehngeh! Semua kenduri kawen kengkawan saya tak pegi. Yang dekat sejengkal pon tak pegi, yang jauh seberang laut china selatan tu lagik laa...MALAS! satu dah saya tak pegi..biarlah lagi 3 pun sama..baru adil kan? hehehe..so,pesanan dari pihak penaja - pasni sesapa nak kawen,tak yah susah-susah antar kad...buang karan jek jemput makcik ni..hahaha!

Isk..cam lama je nak siapkan entry ni..dari kol 8 lebeh tadik tak abes-abes...otak dah tepu..idea pon cam lambat je nak ngalir..kene tunggu dia melting down dulu,ahaks. Kol 11.30 br setel! haih...otak ngan hati dah sama-sama freezing...hehehe..gotchaaa!!! :P

Afterthought: Demi masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Time is always there if you are willing to...it is more than enuf)