RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 31, 2007

DIALOG HARI INI

" Ada apa kat website tu? Emi nak sambung blaja ke?"

Angguk.

" Rajinnye!!!"

" Tak la...saja je buang-buang masa"

" Kenapa nak sambung blaja? Nak jadi apa plak pasni?"

" Nak jadik otromen"

Wahahahaha....

" Hisyh..budak ni.. main-main plak dia"

" Kat mana?"

" Penang kot"

Senyum :)

" Hoh, jauhnye!"


Jauh???? isk...

Afterthought: Kalau saya pegi UK ada orang nangis tak? hehehe...

Tuesday, October 30, 2007

SUNYI?

Murid A : " Cikgu, Filzah suruh saya duduk kat sebelah dia"
Cikgu : " Kenapa pulak?"
Murid A : " Dia suruh saya teman dia, sebab dia kata sunyi duduk sorang-sorang"

Cikgu tersenyum bila dengar wording 'sunyi' keluar dari mulut comel murid Tahun 1. Tak sampai hati kalau tak izinkan...biar lah...janji diorang tak bersembang dan keje Seni mesti siap :)

Murid B : "Cikgu, Syamimie duduk sebelah Filzah"
Cikgu : " Biar lah dia...kenapa?"
Murid B : "Saya pun sunyi kalau Syamimie dah duduk sana. Nak pindah tempat boleh,cikgu?"
Cikgu : "Hmm..macam-macam la kamu ni..duduk aje kat tempat kamu. Sorang-sorang lagi best melukis tau"

Haihh...hari ni Hari Sunyi Sedunia ke???

Afterthought: Kadangkala sepi itu indah..betul kan?

Monday, October 29, 2007

STORIES TO TELL

Story 1:
Jumaat lepas,ada jamuan raya untuk guru sesi petang version pot luck. Masing-masing menunjukkan kehebatan memasak juadah raya untuk dihidangkan kecuali saya dan Yanie. Kami upah bibik kat Alam Sentral untuk masak serunding,haha. Tak kuasa la nak memasak time-time bizi gini.

Story 2:
Sabtu- sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah. Penat ketawa tengok persembahan bebudak neh..ehehe. Macam-macam adaaa! Hepi giler diorang bile dapat McD free dan dapat tengok persembahan surprise daripada 2 ekor maskot McD. Bukan bebudak je, cecikgu pun excited sama! hehehe.

Story 3:
Ahad hari membuang masa dan tenaga dengan jayanye.
Memandangkan takde sapa yang sudi jemput saya untuk open house, maka saya dan Yanie telah menjelajah ke 3 shopping complex untuk membuang masa, tenaga dan juga wang ringgit, hehehe. Penjelajahan pertama ke Bukit Raja menonton Hati Malaya 1957.Eceh, semangat patriotik seh pepagi! Tiket early bird lagik,ahaks. Balik umah kejap, then menjelajah ke Sogo pulak. Teman Yanie carik handbag idaman. Dah puas jamu mata, sambung plak ke Mid Valley. Sebelum sampai Mid Valley, tersesat di Garden kat sebelah Mid Valley. Garden ni shopping complex baru ala-ala tempat orang kayo, hehe...bukan la nak kata kami kaya sebab pi sana...kami tersesat ja gara-gara salah masuk parking! ihiks...maka, jumlah duit parking di ketiga-tiga tempat itu ialah -RM12.50! hebatkan??
Pengakhiran jelajah, saya hanya berjaya membeli berus gigi, ubat gigi dan juga aiskrim Viennetta..hehehe.....berbaloikah dengan rege parking??? *sigh*

Story 4:
At last, it comes to the end..
Seperti yang dijangka...minggu ini berakhir tanpa awak. Maaf atas entri lepas yang agak emosi. Tidak berniat menyinggung mana-mana pihak. Cuma luahan rasa yang dah lama terpendam. Lupakan apa yang telah saya tulis, seperti mana awak cuba lupakan apa yang pernah awak katakan pada saya.
No matter what, just one thing you should know - whatever I've confessed towards you, it's really comes from my heart...sincerely and it's remains till now.

Story 5:
Hmm...I really need a rest...sangat-sangat penat dengan karenah manusia.
Tak sabar menunggu 15 Disember ini....Jakarta, I'm coming!!!! yahuuuu...

Afterthought:Ada orang kata-cinta itu tidak perlu dicari...biarlah dia datang sendiri.

Wednesday, October 24, 2007

TODAY

1. Mood sedih datang bertandang tiba-tiba. Tak jemput pun mai jugak..isk!

2. Berjaya menjahanamkan ink catridge printer sebentar tadi. Itu la akibat tak pandai baca manual..tak pasal-pasal esok kena beli catridge baru..haih!

3. Jumaat ni ada jamuan raya. Mulut yang takde insuran ni tiba-tiba volunteer nak bawak serunding...isk, tang mana nak pi carik serunding neh..takkan nak masak kot?? hmm

4. Ada yang tak dapat nak tengok piccas kat entry lepas. Jangan navigate guna MSIE (Internet Explorer), guna firefox Insyaallah takde problem.

5. Minggu ini penentu..peluang terakhir untuk awak dan awak tahu apa yang saya maksudkan. Buktikan kata-kata awak! Don't let the same thing happen while I was in Penang last 2 months.

Afterthought: Don't make things become more complicated...

Monday, October 22, 2007

NO MORE RAYA


Felda Bukit Besar, Kulai Johor -1 Syawal 1428H-

Still ada yang mabuk ketupat ke? hehe..
Penat pulak rasanya nak abeskan cuti raya for 10 days!
After balik dari Johor tatau nak buat apa...makan, tido, tengok tv, main ngan kucing...semua aktiviti yang mengumpul lemak bermula seperti biasa, hahaha!

My raya celebration was fine...naik kematu telinga dengar soklan-soklan cepu rimas from all my aunties and uncles..tapi,semua gossip-gossip yang tidak berasas itu telah berjaya hamba tepis dengan memberikan senyuman paling manis sebagai jawapan, ahaks...bior diorang tafsir sendirik maknanya,hahaha...padan muka diorang dapat jawapan tergantung!>:)

Now, life begin as usual...a month to go before a long long holidays, yehuuu!!!
Oh, encik mood...datang laaa!! No mood for school :(

Afterthought: Bajet lari bila kene 'pow' ngan sepupu-sepupu kenit kat kampung! huhuhu

Wednesday, October 10, 2007

SALAM AIDILFITRI 1428H


2 days in advance - "Selamat Hari Raya Aidilfitri" for all the readers.

Maafkan saya andai ada hati yang terguris atau terluka kerana kata-kata mahu pun perbuatan saya secara tak sengaja selama ini. Begitu juga jika ada hati yang tercalar kerana janji yang tak dapat saya tunaikan. Tak pernah terlintas untuk mengabaikan apalagi melupakan. Semua itu sungguh-sungguh di luar kemampuan saya sebagai manusia biasa.

Tahun ini saya akan beraya di Kulai, Johor (after 3 years tak balik) A bit excited sebab dah lama tak jumpa dengan kumpulan besar famili Hajah Habsah dan famili Hajah Zabedah ( both are my granny)
Kemudian, akan bersambung plak di Ipoh. Jemputan terbuka untuk semua kalau ada yang nak datang beraya di Ipoh, but please inform me earlier. Kalau tak, korang dapat jumpa pokok bunga mak saya aje la..hehe. Mentally ready untuk menjawab soklan-soklan cepu rimas daripada 'orang-orang kampung', hahaha...siap ade script jawapan neh :)

Untuk yang balik beraya, please be careful...berhati-hati la either di jalanraya atau semasa beraya kat kampung masing-masing. Doakan saya juga!

Untuk yang beraya di perantauan ( attn: Ms Cibil) jangan sedih-sedih...enjoy your hari raya kat tempat orang. The most valuable experiences tau! Nanti bleh tadah la airmata syawal tu buat kenangan, hehehehe....

Last but not least, nak jugak bagitau...baju raya saya tahun ni kaler purple...ada yang sedondon? ahaks.

Notes to d.a:
Do enjoy your vacation at Japan. I'll always pray for both of you :)

Afterthought: Mendekat bila disayangi...menjauh bila dibenci...apapun, kamu tetap di hati...memang takde kaitan dengan entri :)

Tuesday, October 09, 2007

27 RAMADHAN


Nothin' personal when I decided to publish this edited picture here. I've done this picture editing last year ( I think!) For me, once sumone be my friend it is forever...no matter what. Although I'm not always be seen, but I'll always be there for my best!

Currently addicted to Ketulusan Hati song by Anuar Zain :) ( jiwang lagik!! hahaha)

Afterthought: I'm sorry...I'm not a perfect person maybe. But, I've try my best last nite..Sometimes, we have to expect the unexpected.. it's beyond our control.

Monday, October 08, 2007

26 RAMADHAN

Isk...hati berdebar-debar neh...tangan dah seram sejuk...
Today kene observe ngan my GPK.
Lama dah tak kena observe since practical kat maktab dulu was the last time.
GB baru ni memang skema sket ( bukan saya kata...my GPK sendirik kata..hahaha)
Kalau ikutkan dia malas nak observe, tapi wat syarat la untuk penilaian prestasi,uhuks.
ABM tak buat lagik neh. Tau apa ABM? Alat Bantuan Melawa...wahahaha...acah je. Alat Bantuan Mengajar.
Nak tau my GPK nak observe subjek apa?
Muzik Tahun 1! hahahaha...
Abes la tunggang terbalik ni kang...
Isk...pray for me!

Afterthought: Tak suka mengajar bila ada orang tengok, hehehe....tak secure!

Friday, October 05, 2007

23 RAMADHAN

3 hari tanpa berita...kamu menghilang lagi...
Awak dah berjanji takkan buat saya menangis lagi kan?
Saya pegang kata-kata awak...
Tapi...nampaknya awak dah lupa..
Sebagaimana awak cuba untuk lupakan saya sekarang.

Notes to d.a: Thanx for hurting me for the second time...sometimes, I wonder what is the meaning of love to you..

Afterthought: I can feel the tears dropping again...how should I stop this..

Tuesday, October 02, 2007

5IVE

5 Things In My Handbag:
1) My car key
2) Nokia 6288
3) Purse
4) Counseling room's key
5) Lip gloss

5 Things In My Purse:
1) Cards (ATMs, IC,License,Jcard, Bonuslink,Enrich) isk..banyak la plak.
2) Old tickets masa pegi Penang (Butterfly farm, Penang Hill Railway, Fort Cornwalis) kenangan seh!hehe..
3) Money! yang tak berapa nak ada tu..
4) Canon warranty card pun ade. Sesat! hehe
5) RM10 yang telah di origami jadi bentuk hati oleh Ms Bae.

5 Favorite Things In My Bedroom:
1) Mr Aspire 5580
2) Wardrobe yang sesak with baju kurung
3) Katil with nice comforter :)
4) My mini TV
5) Books

5 Things I Wish To Do:
1) Pursuing my Master, Insyaallah!
2) Owned a Honda Jazz @ Mitsubishi Lancer GT 2.0;)
3) Around the world
4) Buy a house
5) Get married

5 Things I Am Doing Right Now:
1) Listening to my BearShare
2) Chatting
3) Downloading
4) Thinking about this 5!
5) Waiting for a call (perhaps) hehehe..

5 Peoples I Like To Tag:
1) Ms Saly
2) Ms Cibil
3) Ms Bae
4) YOU
5) Sesapa aje la yang terasa nak buat,hehe..

Afterthought: Hmmm...I'm drowning!

20 RAMADHAN

Cinta Zulaikha -Mawi-

Pejam mata bayangkan cinta
Satu cahaya terindah
Dari jiwa
Terang Jiwa
Kekasihku kau ku puja

Menjelma di langit musim berduka lara
Terpinggir sepi hampir putus asa
Melayar hari kelam yang tak bermaya
Dan makna

Hendakku luahkan
Takut makan diri
Hendak kusimpan
Meracuni hati

Hendak ku jeritkan
Takut malu sendiri
Hendak ku diamkan
Kau takkan mengerti

Biar susah bagai cinta zulaikha
Cinta dalam mimpi jadilah nyata
Biar pahit manis juga terasa
Hari ini hampa esok gembira

I'm not a Mawi fan, but I really like this song :)

Apa? Saya jiwang??Hahaha...ikut korang laaaa....:P

Afterthought: Dedicated this song for YOU ...