RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, February 26, 2006

ntah ape ape

aku ingat nak pegi Facon fair kat pwtc ari ni ngan councillor members aku..dah siap gather kat Shah Alam dari semalam lagi...bae turun dr kajang after dia abeh keje smlm..n k.sely dengan berkobarnya datang pada malam Sabtu. Kebetulan nak jumpa K.wanie kat sana. Windu giler ngan dia after bih kurang 2 years tak jumpa, huhu.

Tapi betul la orang kata...kita hanya merancang, tapi Allah jua yang menentukan. Jalan nak gie KL semua tutup gara2 banjir....uhuks. Sebenarnya aku pun tak pasan bila masa ujan yang lebat giler itu turun membasahi bumi. Tau2 pagi tadi tengok Selamat Pagi Malaysia kata banjir kat area Shah Alam especially batu 3. Ingatkan tak teruk sangat, tu yang siap2 nak gie gak. Besides, semangat nak jumpa one of the councillor member tu (tapi x dapat gak, isk..isk)

Selepas berputus asa carik jalan kuar nak ke KL tak berjaya, kitaorg pun decided nak mengabiskan masa dan duit kat Bukit Raja aje. Sebelum tu aku bawak diorang gie makan kat Seksyen 2... satu insiden best kat sana...
Masa tu kitorg ngah order air minum. Pakcik gerai tu tanya sensorang. Sampai kat K. sely, dia pun order teh ais. tau apa pakcik tu cakap...

" pakai cantik-cantik minum teh ais ja.."
ekeke...kitaorg gelak tak hengat! (sabaq ja la pakcik ni)
Muka K.sely dah macam udang kene bakar, ahaks (dah la duduk sebelah orang bakar ikan)

Tak lama pastu, pakcik ni datang kat aku..
" kat situ ade sinki. pi la basuh tangan. ke nak pakcik bawak tangan tu pi basuh"
Aku siap terpinga2 lagi..nasib baik dia tak pegang tangan aku.
"takpe pakcik. saya dah basuh tangan.kalau pakcik nak bawak,sat gie saya kene kerat plak tangan ni kasik kat pakcik"
ehehehhe.....member2 aku sumer dah gelak2
(loyar buruk pakcik nih!)

Tak tahan nak duk makan kat situ lelama coz byk asap. Kitaorg makan dengan kelajuan yang maksima lalu terus berangkat ke Bukit Raja mengabiskan duit gaji dengan jayanya, huhuhu.

** comey nyer kasut baru aku, hehehe**

Friday, February 24, 2006

Airmata

Aku rasa 2-3 minggu ni aku di 'hantui' oleh mood lagu-lagu Indon especially Dewa...sebenarnya lagu2 diorang dah lama cuma aku ja yg baru configure, huhuhu (after dengar promo republik cinta)

:: Airmata by Dewa::
Air mata yang telah jatuh
Membasahi bumi ... takkan sanggup
Menghapus penyesalan
Penyesalan yang kini ada ...
jadi tak berarti
Karna waktu yang bengis ...
terus pergi

Menangislah
bila harus menangis
Karena kita semua manusia
Manusia bisa terluka
manusia pasti menangis
Dan manusia pun bisa
mengambil Hikmah

Dibalik segala duka
Tersimpan Hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran
Dibalik segala suka
Tersimpan Hikmah
Yang mungkin bisa jadi cobaan ...

** I really love the lyrics**

Wednesday, February 22, 2006

pompuan lawa vs tak lawa

Aku buka inbox emel aku yang lama2..tetiba terjumpa satu emel ni yang di 'forward' kan oleh bae...

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: wow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman nih...kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah Dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: mesti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak?!

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring

p/s : tak tau la betul ke dak...hehe...rasa -rasa ade yang terkene kat korang tak? ;)
to the guys out there - tak payah la 'hangin' kalau anda rasa benda ni takde kene mengene dengan diri anda, ahaks
**Think rationally not emotionally**
Time aku tgh mengajar Mathematics di kelas 1 Pluto tadi, aku telah didatangi oleh seorang anak muridku yang cute (siap tocang dua), hehe..anak murid aku ni berbangsa India.

Student : Teacher....
(Aku wat derk ja coz ngah syok ngaja topic addition)

Student : teacherrrrr....(sambil tarik lengan baju aku)
Adeh, budak ni! wat aku hangin ja..

Me : yes, Tharshinie...what's ur problem? I'm teaching now!

Dengan nada sangkut-sangkut dia jawab...

Student : Todayy aaa is my father's birthday, teacher....
(huhuhu, naper besday ayah dia pun nak kasitau aku)

Me : Ok..ok...now u please sitdown.

Aku suruh dia balik tempat dia semula coz nak sambung ngaja. Sabaq ja la!
Budak tu wat tatau ja. Dia renung muka aku lama.
(Temperature aku mula la nak naik angin bila ade budak camni. Dah la skang cuaca pun panas )

Me : What else now?
Aku nampak dia pegang something. Pelan2 dia kuarkan dan hulurkan kat aku.

Student : I buy this one special for u becoz of my father's birthday, teacher...
Aku tenung lama benda tu...
Laaa....rupanya sebijik gula2 cloud nine perisa anggur, ekekekeke..
huhuhu, terharunya aku! Nak tergelak pun ade. Tapi control ja depan kelas. nanti bebudak ni ingat ape pulak.
Tak penah lagi dalam sejarah ade budak kasik gula2 kat aku utk besday ayah dia. Besanya untuk besday dia.Adeh la!

Dan natijah daripada aku tahan gelak tadi, aku telah gelak sensorang secara berfasa bila teringat peristiwa tu sampai saat ini...ekekeke

p/s: moral of the story : Ingatlah besday setiap ahli keluarga anda dan org2 yang rapat dengan anda ;)

Monday, February 20, 2006

Sahabat

Ambillah Masa Untuk Memahami Hati Dan perasaan SAHABAT,
Kerana Dia Juga Seorang Manusia
Dia Juga Ada Rasa Takut,
Ada Rasa Bimbang,
Sedih Dan Kecewa,
Dia Juga Ada Kelemahan
Dan
Dia Juga perlukan Kawan Sebagai Kekuatan.
Kita Selalu Melihat Dia Ketawa,
Tetapi Mungkin Sebenarnya
Dia Tidak Setabah Yang Kita Sangka....

** sebenarnya sukar untuk kita tafsirkan hati manusia walaupun dia adalah seorang sahabat yang paling rapat dengan kita. Untuk menyelami hatinya,kita perlu jadi seorang sahabat yang rela memberi dan menerima tanpa syarat, peka dengan perubahan perasaannya dan cuba menjadi penguat semangat di kala dia memerlukan**

p/s: Siapakah yang sudi menjadi sahabat seikhlas itu buat aku? Dan dimana akan ku temui dia?

Sunday, February 19, 2006

Hari ini punyer cerita

Ari ni aku ke Lowyat lagi..tukar installer yg aku beli last week...
Memula ingat nak parking kat Times Square. Tapi, disebabkan ade satu keta polis baekk punyer wusha kitaorg, terus tak jadik nak belok kiri after trafic lite depan Times tuh! dah pandang sambil senyum2..aku plak rasa bersalah...ingatkan salah lorong ke, ape ke...lama plak tu dia wusha kitaorg...(dalam ati aku siap ngutuk lagik "bleh tahan gatal jugak mamat polis nih!) senyum penuh seribu makna! Siap adjust keta waja polis dia rapat2 ngan kitaorg.

After settle aktiviti kat Lowyat, aku ngan k.sely singgah makan ayam golek besh kat kerinchi...camner ntah bleh teringin nak makan ayam golek plak,huhuhu. After blasah ayam golek aku ingat nak singgah mid valley. Gie MPH carik buku revision untuk subjek Science, tapi x jadik sebab tersesat sampai Jln Klang Lama...siap terjumpa TUDM Sg Besi lagik, hehehe..cuak x hengat aku! Kot la jalan tu leh pi Singapore ka...haru jadiknye...ahahha..first time la sampai kat situ sebab sesat! kalau tak sesat, xdenya aku ngan k.sely sampai TUDM tuh.

Bila dah x jadik pi Mid Valley tu, aku ingat nak pi bukit raja la coz kat situ pun ade MPH. Lagipun k.sely nak amik duit kat HSBC. Maklumler, tadik kat Lowyat, minah ni dah blasah beli thumb drive coz ingat after this mmg tak gie lowyat dah. Siap tong-tong duit ngan aku, hehehe...giler arr ding dong...dalam purse cume ade 20 hengget ja...bleh gie makan ayam golek plak pastu. Alhamdulillah, dengan baki 5 hengget dalam purse kitaorg slamat sampai S.alam, ahaks..

Dah tak bleh kuar duit, malas la nak masuk bukit raja. Kitaorg balik umah terus. After maghrib, gie Plaza Shah Alam plak. Kebetulan k.sely nak kuar duit kat area situ, bleh la trus carik buku kat kedai buku Smart dalam plaza tuh. dah penat2 carik dan abiskan baki duit terus aku balik layan Smallville..ari ni awek dia mati plak, huhuhu...si Alicia tuh...
Takper abg Clark..aku ade...hehehe

Thursday, February 16, 2006

Bintang Di Surga

::Bintang Di Surga by Peterpan::

masih ku merasa angkuh
terbangkan anganku jauh
langit kan menangkapku
walau kan terjatuh
dan bila semua tercipta
hanya untuk ku merasakan
semua yang tercipta
hampa hidup terasa

* lelah tatapku mencari
hati untukku membagi
menemani langkahku
namun tak berarti
dan bila semua tercipta
tanpa harus ku merasakan
cinta yang tersisa
hampa hidup terasa

bagai bintang di surga
dan seluruh warna
dan kasih yang setia
dan cahaya nyata
oh bintang di surga
berikan cerita
dan kasih yang setia
dan cahaya nyata


** Mungkin aku dah penat mencari...dan kini aku biarkan diriku dicari....(jiwang sehh!) ;)**

Wednesday, February 15, 2006

thumbs up!

Alhamdulillah...aku telah menjalani interview dengan jayanya:)

Gerak dari umah dalam kul 8.30 pagi dan sampai kat Putrajaya after half an hour. Aku mintak jasa baik Zita untuk tunjukkan aku bangunan JPM kat parcel B. Sib bek dia dapat permission kuar opis (thanx Zit!)
Ramai jugak orang sampai nak carik parking pun susah. After settle urusan pas masuk, Zit terus bawak aku ke kompleks B3 (tempat interview). Ari ni rupanya ada 10 lembaga SPP yang bertugas. So, ramai la cikgu-cikgu yang dipanggil interview. Rasa cam tempat kumpul pendatang asing pun ada, hehe...coz kitaorg berkumpul kat tengah2 tempat interview tu.

Tetiba ati aku terdetik hairan...
" Apesal sumer org pakai baju batik ni?"
Fikir punyer fikir baru lah aku teringat ari ni 15 hb. Orang gomen kena pakai baju batik setiap 1 dan 15hb.
Adeh! camner la bleh terlupa ni?? Aku siap melaram ngan baju raya lagik, huhuhu..
Kang tak pasal ja dato kat dalam tu cakap aku tak alert....kot la kene potong markah. Haru camnih!
Apa alasan aku nak kasik ni?
tetiba datangla idea 'jahat' aku...kalau dato tu tanya kenapa tak pakai baju batik, aku nak jawab camni...
" Pagi tadi saya seterika baju batik, tapi waktu iron tu, terbakar plak. Jadi, saya pakai baju lain"
hehehehe...kreatif tak alasan aku?

Lepas lebih kurang 3 jam jadik arca kat luar, barulah aku dipanggil masuk.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancarnya. Dalam kepala aku dah berserabut dengan nama2 menteri kabinet baru yang diumumkan semalam, plus isu banjir, isu jambatan,isu karikatur Nabi Muhammad, isu JE etc.Aku dah rasa cam Utusan Malaysia bergerak plak aku neh, ehehe. Tapi, alhamdulillah nasib menyebelahi aku, dato tu tak soal pun aku pasal sumer tu...
dia just tanya pasal aktiviti bimbingan dan kaunseling kat skulah ja :)) then ada la 2-3 soalan yang aku rasa cam tak berkaitan pun untuk pengesahan jawatan PPPS ni. Contohnya....
" Cikgu, dalam kelas cikgu di sekolah dulu, berapa ramai yang tak ambil kursus agama sewaktu di universiti?"
Hah...tercengang2 aku....(tapi control kiut la depan dia, ehehe)
mana la aku nak ingat...zaman skulah2...
" boleh dikatakan separuh daripada kelas tu ambil kursus perakaunan, dato".
Aku men balasah ja, ehehe
" Cikgu ni batch ke berapa ye masa sekolah menengah dulu?"
Aku senyum jaa...(soklan camni pun bleh ekk?)
"batch pertama dato, tahun 1993"
Muka dia cam puas hati ja ngan jawapan aku...(tapi dia tegur aku cakap laju sangat!)
Tersegan sebentar aku..ahaks. Nak wat camner, idea banyak sangat!;)

After 10 minutes, aku pun 'dilepaskan' oleh dato tu. Cikgu-cikgu kat luar semua muka terkejut. Eager nak tau kenapa kejap sangat.Masing-masing korek soklan dari aku. Aku bagitau diorang, jawab ja kak apa yang ditanya coz tak semua orang akan disoal dengan soalan yang sama. Yang penting kita confident di samping beberapa protokol interview yang perlu dipatuhi. Apepun, syukur sangat2 sebab aku dah 'selamat'! Skang ni just tunggu resultnya ajela. Thumbs up for me! eheh..Alhamdulillah..

Insyaallah, after dapat lantikan tetap, aku banjer la orang-orang yang banyak tolong aku tuh, eceh!

To whom it may concern - thanx a lot for the good luck msgs. It makes me more confident and energetic for the whole day! ;))

Tuesday, February 14, 2006

Aku gerak awal ke skulah ari ni. Ingatkan nak settlekan kertas soklan untuk monthly exam budak2 Khamis ni. Ade error sket dalam kertas tu yang aku nak kene betulkan. Nak stapler, then nak kira jumlah. Pastu nak kene bungkus plak. Banyak keje tu coz aku kene betulkan error tu untuk beratus2 kertas. Maklum la, budak standard one ni cepat ja confuse kalau ade error walaupun sket.

Kebetulan nak amik laporan sulit daripada Gb untuk interview SPP esok kat Putrajaya. Huhuhu...esok aku ada interview pengesahan jawatan. Kalau lulus, after this aku berjawatan tetap dan layak la dapat semua elaun dan kenaikan gaji yang sepatutnya aku dapat :)) Aku sms kawan semaktab aku dulu yg dah kene interbiu bulan 12 ari tu. Tanya dia tips2 la kan...dia cakap suh hafal lagu sekolah, ekeke....mak aiiii! nak kene nyanyi ke?? Dah la lagu sekolah aku in english. Dari last year sampai lah skang, aku hafal serangkap ja,ahaks. Mepek ja bunyi interbiu nya...tapi itu lah realiti. Dia dah pun lulus dan dapat surat tawaran baru...(congrats yaa!)

Yang nyatanya skang aku rase cuak giler. Tak sempat wat ape2 preparation pun. 2 ari lepas ade la aku selak2 buku ilmu pendidikan, tapi otak cam tak leh terima ja. Baca pun tak lekat...nak hafal balik Falsafah pendidikan negara, laporan2 dalam pendidikan. Adeh! tak terhafal nye aku. Pastu ditambah lagi dengan nama-nama menteri kabinet...mau tak tido aku malam ni. Alhamdulillah, kak fadilah kasik aku excuse tak payah attend tuisyen malam ni. Leh la aku wat preparation sket!ahaks
Beberapa orang cikgu2 kat skulah yang tau pasal aku kene interview ni dah pon wish me the best of luck.. Huhuhu, terharunya! sob..sob...
Caring gak diorang kat aku...siap concern lagi pasal preparation.Rasa cam dapat suntikan semangat plak nak gie interview esok pagi,hehe.
Tapi, ade satu ucapan 'Good Luck' yang aku tunggu....If I get the msg, I'll be more energetic dan confidence :)) hehehehehehe......
Itu pon kalau dia alert laaaa....
sapa ekkkk???? hmmm...;)
Whatever it is...plz pray for me ya! Doakan aku dapat jawab dengan tenang dan baik. I'll try my best insyaallah..

Monday, February 13, 2006

Survivor

7.30 pagi

Aku dapat urgent call dari skulah suh attend meeting MSSM kat SK Yuk Chai, PJ. Adeh! ceruk mana la plak tuh, huhuhu. Kak Khamisah kasik address suh carik sendirik. Aku cam blur2 ja. Address skulah tu kat Taman Megah. Tanpa membuang masa walau seminit pun, aku trus call K.sely tanya kot2 dia tau. Hmm..dia tatau plak. K.imah pon tlg sibukkan diri gak tanya member2 dia. Sumer tatau. Aku sms beberapa contact, jawapan..negatif! Sumer tatau kat mana Taman Megah. camner ni?? meeting mula kul 9.30 pagi ni.

8.30 pagi

Aku gerak dari umah ngan K.Imah. Aku 'pakse' dia ikut coz aku rasa takkan 'lepas' nya carik skulah tu sensorang dalam keadaan kalut camnih. Maunya aku gie meeting kat Amcorp Mall plak, huhuhu. Aku tau area PJ kat situ ja la, ahaks. Federal highway memang jammed tak hengat le time nih. Aku stucked kat depan Carefour Subang hampir 30 minit. Keta gerak cam semut! Tambah tensen ja!

9.15 pagi

Sampai kat area Kelana Jaya dengan jayanya..(aku ikut instinct ja..tatau camner tetiba leh tembus kat situ, hehe) Nak kene carik Taman Megah plak. Aku rase takde petunjuk langsung kat situ yang bleh diikuti. Kedai-kedai pun tak bukak lagik. Kot2 la aku nak tanya. Cuak gak le bila jadik camni coz aku terpakse main drive ja, huhu.Tetiba aku ternampak lambang Shell...
"port baik ni nak tanya"
Aku pun terus drive pi sana. Rupanya orang tu tatau skulah ni kat mana. Tapi, Tmn Megah dia tau. Tu pun kira ok la.Terus tuju Tmn Megah.

9.30 pagi

Aku sampai kat satu area perumahan. "Cam end of the road ja ni"...
Tak nampak skulah pun. Aku pusing balik. Tetiba K.imah ternampak satu 'suspect' baik untuk digunakan khidmatnya,hehe.
Ce teka sapa??
Bukan makcik jual nasik lemak tapi apek jual sayur!!..ehehehe
"apek pon apek la....blasah ja"
Apek tu mmg dah stok atuk2. nampak macam tak leh nak reliable ja.K.imah pon turun lalu menuju kat apek tu. Aku nampak apek tu senyum2 ja. Tangan dia tunjuk jalan dengan confident nya.
"Bleh percaya ke apek ni"...aku still ragu-ragu.
Masuk ja dalam keta terus K.imah kasik direction. Rupanya dah dekat.Apek tu giler concern, siap jadik cam polis trafik time kitaorg nak reverse keta. Thanx apekk!!!hehehe

9.40 pagi

Sampai dengan selamatnya kat SK Yuk Chai. Alhamdulillah! After minum pagi, barulah meeting start bih kurang kul 10.30 pg. Aku ingat lama la sangat, rupanya 20 minit ja. Kul 10.50 pg dah abeh, ehehe. Nak gie tempat meeting punyerla dekat sejam lebih,huhu. Tak kisah la kan..janji terjumpa ramai plak cikgu encem kat situ, uhuks.Ilang rase bengang aku sebab kene pergi urgent meeting tetiba. Ade sorang cikgu tu nama dia Khairi. Tersenyum2 kat kitaorg sambil tunduk2 malu.Terpaksa la berkenalan ngan dia pasni time pertandingan renang nanti, ekeke.
Ari ni aku rase cam tak keruan dok kat umah satu hari. Otak rasa cam beku, kaki rasa cam kaku, lidah rasa cam kelu (eceh)...aku pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena. Duduk kat bilik buhsan, ngadap TV tak best, nak online malas. At last, aku tidooo....ehehee. Itu je aktiviti bermanafaat yang aku bleh buat. Sumer housemate aku arini muka cam blur ja. Nak kluar sumer takde mood.

Dua tiga ari ni member2 aku cakap muka aku nampak ceria lain macam, ahaks. Senyum ja sepanjang masa. Tengah2 makan KFC kat Sunway Pyramid aku bleh karaoke lagu peterpan depan diorang, ahahaha....aku pun tatau naper aku jadik camtu?hmm.....naper ekkk??? Hepi ke aku?? ye kot...bila hati tgh gembira jumpa orang tak kenal pun rasa nak senyummmmm jaaa...
Tapi yang jadik soklan cepumas kat aku...ape sebenarnya yang wat aku hepi sangat 2-3 ari neh??? ahaks...ce korang wat spekulasi sket.....;))

Saturday, February 11, 2006

Semalam aku telah diminta oleh Kak Fadilah untuk ganti tempat Cikgu Abi coz dia balik kampung nak celebrate Thaipusam. So, after skulah aku terus siap2 gie ngaja tuisyen. Cikgu Abi ni ajar Maths dengan essay writing. Jenuh jugak aku fikir nak wat ape ngan budak2 ni coz tatau Cikgu Abi dah ngaja sampai mana. At last, aku decided nak wat tajuk 'My Family' untuk essay writing. Budak2 tahap 1 takde la suruh diorang wat essay panjang lebar. Cukup diorang faham konsep tajuk dan wat ayat2 simple.

After some explanations, nampaknyer budak2 ni cepat faham. Maklum la, tajuk senang kan. Tapi bila tang buat ayat tu yang haru sket. Macam2 ayat yang keluar. Masing-masing nak tunjukkan yang diorang tu kreatif la kunun. Sampaikan nak wat ayat My mother is working at Toyota, terus jadi My mother Toyota (hahahaha...)
Aku suruh budak2 ni bina ayat dengan menggunakan words yang ada dalam family such as mother, father,sister, brother, grandmother etc. Ada la pulak seorang makhluk Allah ni datang kat aku
" cikgu, atuk saya dah takde. macam mana nak buat ayat? "
Muka siap blur2 lagi..
Aku dah tergelak dah, hehehe. Then, aku pun jawab,
" ala, awak buat je ayat untuk atuk orang lain. Takpe, boleh ja"
Budak ni pun angguk2 faham..ekeke. kelakar tul!
Adeh! mentang2 la aku wat contoh ayat My father is a teacher, abeh sumer words dia nak guna 'My'.
Itu la realiti tahap english anak-anak melayu zaman IT. Aku tak salahkan diorang la. Mungkin skang ni diorang still tahap 1, so x nampak sangat kelemahan tu. In fact, aku yang dah 26 years old ni pon bukannya bagus sangat english. So, I'm taking this oppurtunity to help them especially anak bangsa sendiri. That's why aku accept offer untuk jadi cikgu english kat pusat tuisyen ni.Walaupun rojak english, at least diorang ada input. yelah, languange ni nak kene practice everyday. Practice makes perfect! Aku pun still dalam proses learning jugak.

Erm..ari ni nak pi LP ngan kak Sely lagi. Dia nak tukar thumb-drive plak. Ade problem. Ingat nak drive ja. Malas nak naik komuter coz ari ni kan Thaipusam. So, mesti 'gelap' komuter tu nanti, hehehehe.......

Sunday, February 05, 2006

Teman tapi mesra

- Teman Tapi Mesra - ::by Ratu::

aku punya teman
teman sepermainan
kemana ada dia selalu ada aku

dia amat manis
dan juga baik hati
dia selalu ada
waktu untuk membantuku

namun aku bingung
ketika dia bilang cinta
dan dia juga katakan
tuk ingin jadi kekasihku

cukuplah saja berteman denganku
janganlah kau meminta lebih
ku tak mungkin mencintaimu
kita berteman saja
teman tapi mesra

aku memang suka pada dirimu
namun aku ada yg punya
lebih baik kita berteman
kita berteman saja
teman tapi mesra

erm..korang penah dengar tak lagu nih? eheh..mesti penah kan...dinyanyikan oleh one of the Indonesian duo band.

naper ade lirik tu yang aku bold kan ek? kuang..kuang..kuang..(korang teka lah sendiri...hehe) Ha..ha..Jangan nak wat gossip ala-ala Melodi lak ;P Actually, this is the favourite song of one my councillor members. Kisah dalam lagu nih memang jadik kat dia la...sebab tu dia suka lagu nih, hehe. Now, tengah stuck 'in a bottle'. Tatau nak explain camner ngan ' teman' dia tu. Aku jugak lah jadik kaunselor bergerak dia, ahaks.
To her - Hope u can make the best decision ya! hehehe....all da best!
p/s: aku batuk dan selsema disebabkan anjakan paradigma cuaca akhir-akhir nih, huhuhu...ni rase cam nak mintak MC esok. Tamau pi skulah..isk..isk..