RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, June 29, 2006

stalker?

Pernah dengar perkataan 'stalker'?
Menurut Oxford Pocket Thesaurus -stalk mean follow, hunt
So , saya wat kesimpulan sendiri...stalker means follower, hunter :)

Nak tau ciri-ciri seorang stalker yang berjaya? Here...
i - Sentiasa nak tahu apa yang orang tu buat

ii - Sentiasa nak tahu perkembangan semasa orang tu.

iii- Kalau orang tu ada blogs or personal website, sanggup masuk tiap-tiap hari. kadang-kadang sampai 6 kali sehari biar pun entry orang tu tak di apdet2,hehe

iv - Stalker besanya akan menyurukkan diri seboleh mungkin.So, dia akan guna nick@id yang pelik bila masuk blogs@ personal website orang tu.

v -Stalker suka buat orang tu tertanya-tanya. Dia akan rasa suka bila orang tu respons. Tapi, bila tiba tang soklan " awak ni sapa?" terus si stalker akan menghilangkan diribuat sementara waktu.

vi - Stalker akan rasa tak keruan bila tiba-tiba orang tu hilang dari pandangan dia. Contohnya: Bila tiba-tiba blogs orang tu tak boleh bukak atau network down sehari suntuk, ehehe

vii - Paling best sekali, bila stalker ni tau orang tu tetiba ada pakwe@ nak tunang@ nak kawen. Mula la rasa tak senang duduk,ahaha. Makan tak kenyang, tido tak lena, keje tak wat...duk terpikir2 apa langkah seterusnya.

Kesimpulannya, tak payah la jadik stalker. Penat tau! ( cam ada experiences aja, ekeke). Stalker ni sebenarnya adalah seorang manusia yang takut hadapi risiko. Hidupnya penuh dengan denial.Mengapa perlu memerhati dari jauh andai orang tu sudah berada depan mata?? Jangan nafi dan abaikan hak perasaan anda untuk menyayangi dan disayangi!;)

** Saya dah retired jadi stalker ni...nak jadik observer ja pasni,ehehe..tengok sapa yang lebih terer!**

mencari kebenaran

TAURUS ( Me and Kak Sely)
Elemen tanah memberikan kekuatan kepada Taurus. Struktur tanah yg padat berkait rapat dgn usaha membina kehidupan yg stabil. Seorang yg tenang dan penyabar. Namun kerana sedar akan diri sendiri memiliki kekuatan teguh, Taurus ada kalanya bersikap degil dan keras kepala

CAPRICORN ( Sapa ekk??)
Workaholic! sentiasa bekerja keras utk mencapai apa yg diingini. Namun tanpa keseimbangan pasti ia tak akan berjaya. Mereka punya personaliti yg menarik dan sesiapa saja bisa terpikat dgn mereka.

ARIES ( My Osmet)
Semangat penuh membara serta berapi-api. Si Aries sememangnya dilahirkan dgn semangat api dan ia menjadi trek dalam perjalanan mereka dlm mencapai apa yg dihajati.Sikap berkobar-kobar Aries membuatkan mereka selalu mencapai apa yg dihajati.Api yg membara pelu diredakan dgn sikap lemah-lembut pasangan nya

GEMINI (Bae)
Elemen udara dlm diri Gemini menunjukkan betapa mereka bersemangat dlm banyak perkara, malah melambangkan kepantasan dlm komunikasi, juga aspek intelek. Gemini bukan skadar byk bercakap tapi juga seorang pendengar yg setia. Mereka tidak suka kelewatan dan sentiasa menguruskan hal-hal penting sebaik boleh

Saya mencari kebenaran dalam pernyataan-pernyataan di atas. Betul ke apa yang ditulis ni atau sekadar kebetulan? Bagi saya, keterangan Taurus itu betul-betul sebijik kene atas batang hidung sendiri, ehehe.Saya akui memang saya agak degil dan keras kepala (pengakuan eksklusif ni!). Saya tak akan puas hati selagi tak dapat apa yang dihajati. Contoh terdekat...tetibe rasa nak minum StarBucks kul 11 malam. Sanggup tu drive pegi Plaza Masalam carik StarBucks,ahaha (ni kes malam Ahad lepas le ni) Relevan ke ekk? ahaha..

Ahaa..kalau korang nak tau lebih lanjut sile la beli In-Trend terbaru, ekeke...

** Saya rasa kenyataan untuk Capricorn itu memang tepat lagi benar! ahaks**

Tuesday, June 27, 2006

ari yang paling tensen..

Huhuhu..sedihnye ari ni. Secara tidak sengaja saya telah menghilangkan fail karya untuk majalah sekolah :( Semuanya berlaku tanpa saya sedari. Kenapa lah jari saya gatal sangat click button YES tu. Tak pasal-pasal saya telah me replace kan fail yang lama dengan fail baru. Elok-elok ada 30 mukasurat, tinggal 2 aje (document yang baru di save oleh tangan saya yang gatal ini)isk..isk....

Niat asalnya nak tolong orang, alih-alih saya kene tolong diri saya sendiri..huhu..kalut saya mencari semua back up files daripada disket cikgu-cikgu yang bertugas di sebagai jurutaip majalah sekolah. Dan tak pasal-pasal saya juga terpaksa menjadi jurutaip tak diundang lepas aje balik sekolah tadi. Macam nak krem jari saya menaip ari ini :(( Salah sendiri pun..padan muka!

Sebenarnya saya tak kisah kalau kene taip balik 50 mukasurat pun untuk karya-karya tu. Tapi, yang membuatkan saya rasa hangin dan sedih giler bila ada orang yang tak bleh terima kenyataan pulak. Tak puas hati dengan saya dan pegi kecoh dengan sumer orang (memang dari dulu pun asyik treat saya like an idiot) Seronok la dia kali ni sebab kebetulan dia memang ketua jurutaip. Memang tahan telinga aje la pasni. Sure jadi isu sensasi kat skulah. Tajuk dia ---> Emi hilangkan karya majalah sekolah.

** Takper..go emi go! Light saber kan aje mana-mana cikgu yang tak puas hati tu,muahaha**

Monday, June 26, 2006

peristiwa di hari sabtu

Sabtu yang lepas saya dan K.Sely telah menghabiskan satu hari yang best kat Mid Valley. Ada 3 perkara yang telah kitorang buat kat sana..

Pertama ---> pegi Career and Education Fair
Sesaja teman si pengganggur terhormat (k.sely) untuk carik job baru. Banyak gak la company yang k.sely apply. Abeh la 10 resume,ehehe. Yang best nyer, ada pulak orang offer saya untuk jadik psychology teacher kat sebuah kolej swasta. Suka benar dia bila tahu saya ni psychology graduate. Kata mamat ni.."too many 'students' but lack of teacher! get my idea?"..Dia senyum-senyum (saya memang tau lama dah ramai orang mental kat Malaysia neh,ekeke)

Kedua ----> Sesi autograf bersama UNGU
Abes aje tour kat booth2 career fair tu, kitaorg lalu depan Rock Records. Nampak poster pasal UNGU. Ada sesi autograf kul 3 petang. Wah..wah ape lagik, terus teruja! K.sely dah tau pasal ni, tapi saya yang tak ingat. Padan la dia suruh saya bawak kamera. Ingatkan nak posing kat mid valley, ahaks. Giler arr ding dong...berbaris dan berebut-rebut nak mintak autograf kat diorang neh. Encem2 gak diorang ni rupanya, ehehe ( pls dun hesitate to visit my fotopages)

Ketiga ----> Makan Kenny Rogers.
Dah penat-penat beratur dan tangkap pics UNGU, kitaorg pekene Kenny Rogers kat bawah mid valley tuh. Bukan la teruja pasal Kenny Rogers, tapi ade citer best masa makan kat sini,ehehe.
Kak Sely ni mintak la black pepper sauce pada one of the staf sebab dia buh sikit aje atas ayam tuh. Tak best plak nak makan. Lama gak kitaorg tunggu dia nak antar sos. Then,tetibe ada sorang staf lalu kat meja kitaorg, dia letak paper bag. Saya dan K.sely tercengang-cengang. Siap saling berpandangan lagik,ehehe.
" Ni gift ke apa?" saya tertanya-tanya dalam hati.
Staf tu nampak akan kekonfiusan kami. Terus dia tanya...
" akak mintak paper bag kan tadi?"
Hah! Bukan black pepper sauce ke? paper bag = black pepper sauce? (sama ke?)
" eh tak la. black pepper sauce dik!"
ehehehe....kami ketawa tak hengat. Staf tu memalu kucing dah...
Tak lama lepas tu dia antar sauce tu dalam mangkuk besar dengan kuantiti banyak tak hengat! ekekek...(cover malu ler tuh)

Hehe, itulah kesah seharian di mid valley. Sampai aje umah dalam kul 8 mlm terus ngadap AF online...AFUNDI FARHAN!ehehe

** alhamdulillah..2-3 hari ni emosi saya kembali stabil. Saya sudah mula mengutip semula semangat saya yang hilang :)**

Thursday, June 22, 2006

hari ini..

Saya masih tidak mempunyai mood untuk apdet..minggu ini saya rasa semangat saya hancur bersama dengan berita yang saya terima pada penghujung minggu lepas.Bercampur-aduk perasaan yang saya rasa sekarang.

Perlukah saya bersedih dengan jawapan yang sudah saya jangka kan?

Sebenarnya tak perlu. Saya cuma rasa sangat terkilan kerana jawapan itu masih tidak berubah setelah 2 tahun.Saya sangkakan usia akan mematangkan tahap pemikiran seseorang.Tapi rupanya tidak bagi dia. Selama ini, saya terlalu berfikiran positif terhadap dia. Malah turut terlalu mudah meletakkan kepercayaan pada seseorang,hingga memberi peluang untuk hati saya dilukai dengan sesenang nya.

Kata orang..kita hanya akan hargai seseorang itu setelah kita kehilangannya.
Mungkin selama ini saya terlalu 'dekat' dengan dia, hinggakan he's take granted for everything. Maka, biarlah 'kejauhanan' ini membuatkan dia rasa kehilangan saya ( itu pun kalau lah benar..)paling tidak, hargai rasa yang saya ada ini.Biarlah...biarlah saya jauh dari dia..dari kehidupan dia..dari segala-galanya tentang dia....! Kalau boleh untuk selamanya..(mampu kah saya? huhuhu)

**kadang-kadang saya pelik dengan orang yang masih tidak tahu membezakan antara kerja dan personal life...hmmmm...apa yang mereka fikirkan sebenarnya?**

Tuesday, June 20, 2006

jeket biru?



Jaket biru?

Kenapa ye?

Apa kaitan dengan url baru saya? takde apa-apa la..ehehe

Maaf sebab terpaksa 'menjauhkan diri' buat seketika. Tunggu la sehingga semuanya selesai, mungkin saya akan kembali.....

** to my frenz----> sori la korang kene edit links memasing ngan url baru nih..:)**

Saturday, June 17, 2006

petunjuk atau kebetulan?

Malam tadi saya bermimpi tentang seseorang..
Tidur saya jadi tak lena kerana mimpi itu. Banyak kali saya terjaga.Bila terlelap semula, saya tetap mimpikan orang yang sama. Seolah-olah mimpi itu bersambung pula (dah macam slot Samarinda pulak,hehe)

Kenapa tiba-tiba saya mimpi kan **dia** ?
Adakah ini petunjuk atau sekadar satu kebetulan?
Selepas maghrib semalam, saya berteleku di atas sejadah memikirkan kisah kami.Ntah apa kesudahannya? Saya benar-benar buntu, lalu saya memohon pada Yang Maha Esa untuk berikan saya petunjuk agar saya dapat buat keputusan yang sewajarnya.

Dan mimpi itu....
adakah ia petanda Allah menjawab rintihan saya selama ini? atau ia sekadar kebetulan dan hanya mainan tidur.

Kalau benarlah mimpi itu merupakan satu petunjuk, maka saya mesti teruskan dengan apa yang saya lakukan sekarang.Tapi, kalau lah ia cuma mainan tidur, saya tetap gembira kerana untuk pertama kalinya ** dia** memberikan jawapan yang saya harapkan selama ini.

** saya dikenalkan dengan seseorang hari ini? adakah ini juga kebetulan atau satu petunjuk?**

Friday, June 16, 2006

dan kenangan itu...

Memang seronok kan bila kita ingat-ingat balik zaman muda-muda dulu.Banyak kenangan ada kat situ. Tak kira la kenangan tu pahit atau manis, tapi memang seronok untuk mengenang sesuatu.Kadang-kadang ia akan buat kita tersenyum sendiri, malah ada pula yang buat kita mengalirkan air mata secara tiba-tiba.

Bagi saya, zaman yang paling saya tak dapat lupakan untuk terus dikenang adalah zaman belajar kat UIA. Masa tu memang seronok sangat! Walaupun tertekan dengan macam-macam asemen, test dan presentation, tapi saya masih boleh bergelak-ketawa dan buat macam-macam mende yang saya suka dengan kawan-kawan.

Kalau nak bandingkan dengan masa sekarang ni, jauh la sangat bezanya. Walaupun, masih berkawan dengan orang-orang yang sama,tapi kenangan yang saya ada pada masa ini tidaklah segembira dulu.

Saya memang suka mengenang sesuatu, tambah-tambah peristiwa yang banyak memberi impak dalam kehidupan saya. Bila saya teringat zaman-zaman belajar dulu, secara otomatik semangat saya untuk selesaikan hal-hal skulah yang tak pernah abis ni menjadi kuat! Kiranya, saya seperti menyuntik semangat kepada diri sendiri (nak harap org lain?? hmmm..takde la kot)

Adeh..naper tiba-tiba saya bercakap pasal kenangan ni??? huhuhu

Sebenarnya, otak saya telah tepu dengan pelbagai kenangan mengusik jiwa sejak akhir-akhir ini.Saya perlukan seseorang untuk melepaskan rasa sedih ni...(akak...cepat la balik dari Kuantan,huhu)

** kenapa la dalam banyak-banyak kenangan gembira, kenangan sedih jugak yang saya nak kenang?**

Thursday, June 15, 2006

Berdua Lebih Baik -Acha Septriasa- OST My Heart

Lihat awan di sana
Berarak mengikuti ku
Pasti dia pun tahu

Ingin aku lewati
Lembah hidup yg tak indah
Namun harus ku jalani

Berdua denganmu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu

Bila sendiri
Hati bagai langit
Berselimut kabut

Berdua denganmu

Lihat awan di sana
Berarak mengikuti
Pasti dia pun tahu

Ingin aku lewati
Lembah hidup yg tak indah
Namun harus ku jalani

Nice catchy song from Acha.Biasa la saya..suka lagu sebab liriknye :). Betul ke berdua lebih baik? ehehe...Mungkin ya bagi mereka yang sedang 'berdua'. Tapi bagi mereka yang 'seorang' mungkin tidak kot.

Dan bagi saya 'berseorangan' buat masa sekarang mungkin adalah yang terbaik. Tak perlu nak beratkan kepala dengan komitmen yang belum tentu kita dapat bagi 100%. Tapi bila tiba masanya 'berdua' nanti, tentu saya akan cuba beri 101% komitmen,hehehe.

** Bila la agaknyer masa 'berdua' tu akan tiba ye? skang ni duk berlima aje,ehehe..**

Tuesday, June 13, 2006

world cup!

World cup fever huh! Nampaknya saya la yang terlambat wat entry pasal world cup neh..ahaks. Tapi takper, fever dia kan sebulan ;)

Nak kata minat sangat bola ni takde la kot. Tapi bila dah kene tempiasnya, basah la jugak kan...ikut perkembangan semasa orang kata..ecece!

Pengetahuan am saya pasal bola ni pun sangat la general. Tau at the surface je la. Kalau pasal tempatan nyer team maybe lebih sket kot. Penah gak la gie tgk bola kat stadium (masa Perak nyer game aje la).Kalau EPL laks, reti gak la nak sukung Liverpool (u'll never walk alone! yeahhh..)Then, kalau World Cup ni, banyak sangat faberet team. Senang citer saya sukung aje la sapa yang menang, ahaks. Tapi, kalau ikut kan saya sukung Brazil la kot (kot???) ahaha...no regret! Tapi cam sukung gak Italy n England,muehehe (ape daaaa!)

Sukung pun sukung gak, tapi takde la sampai hati nak bangun kul 3 pagi tengok game (tak kuase eden!) Sebab jarang giler nak bangun wat qiyamulail, jadi macam tak fair plak nak bangun semata-mata tengok bola,huhuhu....

So, pagi neh ade plak Brazil lawan Croatia..rasa cam rugi plak tak tengok...siap ade org offer nak kejut lagik,hahaha. Tapi rasenya lagik rugi kalau saya tak layan tido...lagik besh ye tak!ahaks...apa pun, saya nyer crystal ball dah nyala2 bendera kaler kuning hijau tuh, so dah tau dah Brazil menang punyer! ehehe ( cam bendera Kedah la plak) all da best babeh!

**nampaknya sebulan ler saya kene tido tutup telinga coz bebudak kat level bawah ni jadik histeria tiap2 kul 3 pagi,heheh**

Sunday, June 11, 2006

I'm back!!

Saya sudah kembali....

Masih takde mood dan idea untuk apdet entry sebenarnya..tapi memandangkan dah ada yang bertanya, maka saya gagahkan jugak menaip entry yang ntah ape-ape nih..

Camner cuti?
---> besh giler! teruja..ehehe..(macam tak penah cuti pulak)

Watper cuti?
---> duk umah, tolong jaga kedai, main ngan kucing,makan, tido, tgk tv dan pegi majlis kenduri kawen orang.

Apesal tak online masa cuti?
---> kat umah takde pc.Nak pegi CC malas dan tak berkesempatan.

Takde citer best ke masa cuti?
---> banyakk....tapi malas nak citer,ehehe

Tak teringat kat sapa2 ke time cuti?
---> ade! teringat kat orang-orang yang baca blogs saya,muahaha( gelak orang jahat)

Satu lagi....soklan last...
Takde orang masuk minang ke cuti ni?
---> ermmm...tunggu jugak..tapi tak sampai-sampai...sesat kat planet zargus kot,ekeke

Ekekeke....adakah saya telah menjawab soalan-soalan anda semua?

p/s: saya dah mula rindukan baby dan putih...huhuhu......