RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, January 29, 2006

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah untuk semua. Semoga kedatangan tahun baru kali dapat menjadikan kita seorang yang lebih baik dalam semua aspek. Hijrah kan diri anda!

Selamat bercuti gak untuk semua. Skulah aku extend cuti till seminggu. Petang ni baru aku nak balik Ipoh. Saja balik lambat coz semalam bz p Putrajaya. Survey tempat interbiu. Lagipun, bawak adik aku jenjalan. Sian plak tak bawak dia pi mana2, hehe. Esok-esok dia dah kawen, takde chance la nak jenjalan ngan aku lagik.

Jumpa lagi seminggu dari skang. To bae - jangan rindu entry aku, ahaha
daaaaa....

Friday, January 27, 2006

Majulah Sukan Untuk Negara!

This week is the busiest week for me, sampai nak wat entry pun tak sempat. Everyday aku datang skulah awal. Kul 11 am ja aku dah gerak coz kene attend macam-macam meeting. Takde la orang penting pun lam meeting tu, tapi kalau dah be in one of the MGS teacher memang meeting ja la kerja nya, huhuhu.

Selain daripada meeting dan meeting dan meeting, aku bz siapkan question paper untuk montly test. Punyerla detail giler ketua panitia aku, sampaikan takde margin pon soklan kene reject! Before this, aku just ade experiences setting questions paper untuk subjek BM dan Moral ja. Simple ja. Takdela nak kena letak margin kat tepi2 paper tu. Aku ni dah la ‘jahil’ pasal msword. Tau pun basic2 ja la. Yang lain tu ade blaja zaman SLG dulu, tapi dah lama tak guna lopa la plak! Naik jammed otak aku fikir malam tadi camner nak wat margin tepi tu., hehe.

Then, ari ni skulah aku adakan merentas desa. So, semua cikgu kena datang pagi. Adeh! Aku paling nyampah kalau kena pegi skulah pagi. Bukannya pasal malas nak bangun, tapi kena berebut2 dengan org nak pegi keja. Jammed kat Klang satu hal plak. Panas ja hati aku, walaupon pagi2 sejuk, ahaks.

Tugasan aku waktu merentas desa ni ialah menjaga check point tempat budak2 ni akan lalu. Disebabkan aku ni cikgu yang ala-ala atlet, so kenala jaga 2 check point, huhuhu. Terkejar-kejar aku. Kebetulan pulak ari ni semua skulah kat area berdekatan buat juga merentas desa.-MGS menengah, ACS dan MGS rendah (skulah aku la tuh).Maka, bila dah jadik camni, bersepah-sepah la budak-budak ni kat sekitar jalanraya tu, hehehe. Aku ni dah la tak brapa nak hafal route yang patutnya budak2 skulah aku lalu, pening nak detected anak murid sendiri. Semua cam nampak sama ja except budak ACS coz diorang summer students lelaki. Cikgu-cikgu daripada 3 buah skulah ni pon bersepah-sepah. Sampai orang yang lalu-lalang pun naik heran, eheh.

Dah settle merentas desa ni lega sket. After this nak concentrate ngan sukan tahunan plak. Tapi apepun, aku mmg tengah serabut dengan macam-macam tugasan dan pressure ngan orang-orang sekeliling. Cuti seminggu ni aku nak hibernate kan diri. Susah kalau di kelilingi dengan orang yang pentingkan diri sendiri. Boleh sakit jiwa dibuatnya! Hmmm, this is the reality of life. I have to accept, rite? Yang penting “Hidup Aku Tak Susahkan Orang Lain�. Enuf!

Sunday, January 22, 2006

Bila Hati Belum Bersedia...

In our life, there are so many unexpected things that happened to us. Sometimes it can be the happiest things, sometimes it can be the saddest ones. It depends on how we handle all those unexpected things. So, we must always be prepared. Although, we are not strong enough to face it, we MUST dare to take the challenge.

Tapi, bila sampai ‘feeling’ aku memang surrender. Dare to take the challenge but afraid to face the reality. Too many unexpected things happened bila masuk bab hati dan perasaan nih. Sememangnya aku tak mahu jadi seorang yang kejam dan pentingkan diri sendiri. Tapi, pada masa yang sama aku tak mampu untuk berpura-pura demi satisfied kan others peoples. Serba salah aku dibuatnya! Aku cuba cara yang paling halus untuk tidak sakitkan hati orang lain. Nak buat macam mana kalau hati kita masih belum bersedia. Kadang-kadang dah jumpa the rite person, tapi wrong timing plak. Kadang2 plak rite time, tapi wrong person. Subjek hati dan perasaan ni mmg very complicated. Lagi susah daripada subjek Add Maths kot, hehehe.
Am I too selfish? Have I got no chance to make my own choice?

Most of my buddy say that I’m too rigid with my own feeling. Diorang cakap aku tak pernah nak cuba buka pintu hati untuk orang len. Hm..ntah la. Aku pon tak pasan. Apa pun, kalau hati belum bersedia, there’s nothing we can do…. Semua tu terpulang pada ketentuan NYA rite??

Thursday, January 19, 2006

hari ini....

adeh, penin kepala eden ari ni duk merekacipta soklan exam untuk budak2 ni. Diorang akan ade first monthly test starting 14 February. So, untuk first test ni, it is my turn to set a question for mathematics. Alhamdulillah kene set untuk year one ja. Year two will be in the next test.

Ari ni dah la kelas full start from 1.05 pm till the school end at 6.25 pm. It such a tiring day for me! Muke pon dah macam ape ja bila dah nak last period tadik. Pantang budak bising sket aku 'hangin' ja! Yerla..tensen aku. cakap sekali dua tanak dengar. Nak kene ulang berkali-kali. Aku cakap buat latihan sampai siap, ade gak 'umat' bijak bestari wat derk ja. Siap boleh kacau-kacau kawan dia. Bila aku tanya, alasan dia buku tertinggal kat umah. Wah..wah...sesuka hati sahaja. kalau ikut hati nak je aku jemur dia kat tengah padang...nasib baik kesabaran aku masih di tahap minimum....sabarrrrr je la...
Aku gie skulah lone ranger ari ni coz housemate aku tu kene attend skulah pagi. Dia kene ajar kelas pemulihan. So, bila dah sensorang, aku pon pecut tak hengat la bawak keta,hehehe..plus penat tak terkira. Takde orang nak bising kat sebelah;))

First period tadik ade budak nangis takmo masuk kelas. Waktu tu masa aku ngaja P.Moral. Budak ni tahun 2. Dak Cina. Memang kes nangis dia ni lama dah. Start Tahun 1 lagi, tapi cam ok sket coz dia ade kakak Tahun 3 last year. But, this year akak dia dah kene sesi pagi. Tinggal dia sensorang. Asyik la menangis ja.kalau sket2 takper gak, ni siap ngamuk2 dalam kelas. Sampai aku naik takut, hehehe. Mak dia amik pendekatan berani punyer, berdiri sebelah anak dia sampai abeh waktu aku ngaja, bih kurang sejam gak la. Teresak2 budak cina ni wat latihan sambil mulut ngomel2 tak puas ati coz kene marah ngan mak dia, hehehe. Aku?? hanya wat tatau ja. Malas nak layan coz ade 39 orang lagik dalam kelas tu yang aku nak give attention,huhuhu...biar mak dia settlekan! Malas nak masuk campur...lagipon budak tu tak bleh di tegur, abeh ngan cikgu2 skali dia ngamuk, hehehe...
Moral of the story: jangan manjakan sangat anak anda...haru cikgu jadinye!

Wednesday, January 18, 2006

takde title

sejak akhir-akhir aku suke sangat layan lagu nih...masuk jiwa la kiranya, hehehe...

Tak Bisakah -Peterpan-
hatiku bimbang namun tetap pikirkanmu
selalu selalu dalam hatiku
kumelangkah sejauh apapun itu
selalu engkau di dalam hatiku
ku berjalan berjalan memutar waktu
berharap temukan sisa hatimu
mengertilah ku ingin engkau begitu
mengerti kau di dalam hatiku

tak bisakah kau menungguku
hingga nanti tetap menunggu
tak bisakah kau menuntunku
menemani jalan hidupku

ku berjalan berjalan memutar waktu
berharap temukan sisa hatimu
mengertilah ku ingin engkau begitu
mengerti kau di dalam hatiku
dara kau menjadi hidupku
kemana kau tahu isi hatiku
tunggu sejenak aku di situ
jalanku jalan menemukanmu


p/s: sape ekk yang bisa tunggu aku? ahaks

Tuesday, January 17, 2006

Terpakse la percaya...ehehe


Take The Quiz Yourself!


ehehe...aku pon dah lame gak tak wat quiz mende2 camneh..
amacam??? leh percaya tak outcomes nih?? ahaks...terpakse la percaya :))

2 ari neh memang very hectic for me. Aku terima offer dari seorang cikgu untuk jadik guru kat pusat tuisyen dia. Aku diminta ajar BM ngan Sains. Actually, it such a good oppurtunity for me. Besides dapat income, dapat gak gain some experiences. Cuma, my life become a little bit hectic coz it started at 7.45pm. After sampai umah ja dalam 6.50pm camtu, terus siap2 nak gie ngajar tuisyen plak. Tak sempat dinner pon. Kalut gak la dibuatnye. Penat semacam ja..huhu. Sapa kata jadik cikgu rilex ja??? penat wooo....sebab kita dealing ngan manusia. jadik paham2 la...kalau dealing ngan mende yang mati cam komputer ke, mentally senang sket walaupon physically letih kan. Otak tak penat nak tackle manusia.

So, untuk sementara waktu neh aku kene attend tuisyen malam Isnin ngan Selasa. Till pukul 10pm. After that, barulah bleh rileks, nak makan ke...tgk TV ke...online ke...
besh gak ngaja budak2 tuisyen nih. Macam2 karenah ade walaupon diorang sikit. Yelah..kat skulah sumer budak pompuan, karenah dah bleh hafal....tapi, kat sini ade boys..so, karenah diorang lagi hebat2...especially yang tahun 6. Leh tahan lawak bodoh diorang! lam kelas asyik nak kene kan aku ja, huhuhu..mentang2la aku ni kecik, rendah dari depa. Muke sumer suke giler dapat cikgu English cam aku. Depa kata aku ngaja senang..eceh! maklum la, cikgu BM depa laki. garang semacam...dah tu cam dah berumur sket. Mula la pelajaran pon rase susah.Psikologi sumer tuh, ahaks

Kat skulah lain plak citer.Minggu nih penuh ngan meeting dan meeting dan meeting, sampai aku pon dah naik muak. Sibuk ngan Merentas Desa sebelum cuti raya cina neh. tak pasal-pasal tahun ni aku kene jadik naib s/u sukan. kelakar tul! Jadik atlet la aku pasnih..ahaks. Itu lum masuk monthly test budak2 ni bulan 2 nanti. Aku kene wat soalan untuk Maths Year 1. Ada cikgu yang nak ubah format soklan. Nak wujudkan objektif plak...tambah sakit la kepala aku fikir alternatif jawapan untuk set kan soalan nih. Bz..bz..bz..
Hmm..lupe lak nak habaq, tahun ni aku jadik cikgu Maths, bukan cikgu kaunseling dah aku nih. Conquer ajar Maths year 1 and 2. Abeh la anak murid aku....cikgu tak bertauliah mai dah..ekeke...31 jam ngaja aku tahun neh...mula la cakap pon nak gune nombor ja pasni...takde language dah...:)) Apepun..redha ja la....

Sunday, January 15, 2006

A Journey To Lowyat

Ari ni aku ngan K.Sely telah men'jihad'kan diri pergi ke Lowyat. Ntah 'angin' ape yang rasuk aku semangat giler nak pi sana. Padahal nak carik Cd-r ja, hehehe. Mungkin semalam dah terperap kat umah kot. So, kene la bawak si kuning tu jalan2 amik angin. Tapi, kitaorg decide nak naik komuter ja pi sana. Tinggalkan si kuning kat komuter 18. Aku maleh nak tempuh jammed plus tatau jalan, ahaks. Kitaorg gerak lam kul 12.30 pm bih kurang. Siap lunch dulu kat umah coz perut dah lapar giler. So, daripada pengsan dalam komuter better kitaorg isi perut dulu.

Dalam perjalanan nak pi Lowyat tu, ade la dua tiga peristiwa yang telah berlaku. kat komuter memang orang ramai tak hengat la kan...tapi alhamdulillah kitaorg dapat duduk. Aku cam excited gak la coz dah lama tak naik komuter. Siap tengok pemandangan dengan begitu khusyuk skali, ehehe. After half an hour kitaorg pun sampai kat KL Sentral. Kene transit naik monorail plak. ramai la umat manusia yg nak naik train nih. standard la ari Ahad kan. Walaupon tengah bulan, tapi aku tengok amoi2 ni shopping cam baru dapat bonus lak. maybe sebab nak raye cine neh kot.

Time dalam monorail ni aku ternampak la sorang mamat tu. Berdiri sebelah aku ja. Aku tak berniat pon nak belek baju dia. tapi sebab dah takde apa nak wat kan, plus kaler baju dia menarik perhatian, aku pon wusha la baju dia. Cam unik la corak baju mamat ni (aku cakap lam hati). Tapi awat aku rase cam familiar ja ngan corak2 kat baju dia tu ek...hmm...rase cam penah tengok..setiap ahad jam 10 malam kat TV3....kuang..kuang..kuang....laaaa..rupenya lambang Superman!!!!!!!!!!!!!.....ekekekeke....saat aku cam ja corak tu, terus otomatik aku ketawa sampai k.sely pon heran. kalau satu ja lambang 'S' tu aku cam heran la sangat. Ni tak, penuh weh satu baju...kecik2 cam corak batik lak....dah la background baju kaler merah, hehehe...giler semangat mamat neh! Itu la first time aku tengok orang umo 7 tahun ke atas pakai baju camtu. kalau bawah 7 tahun aku cam tak kesah...besa la kanak-kanak kan...hehehe (jahat aku nih ketawakan baju org) Tapi satu, aku respect ngan mamat tu sebab muke dia cam selamba ja. Dia tak kesah pon org wusha2 baju dia. Kire dia cam ade his own identity la. Tak kesah la matching ke tak (ntah2 baju adik dia...dia pau kot) hehehe. Bile aku tengok SmallVille tadik, mula la aku ketawa sensorang teringat baju mamat lam monorail tu :))

After membeli-belah kat Lowyat, trus kitaorg pi Times Square carik surau. Then, pi Mc D, ingat nak makan coz lapar giler tour kat Lowyat 2 jam. cam nak pengsan coz ramai org. Penin wooo!! padehal carik Cd-r ngan mouse pad MU ja..hehe (lawo nye mouse pad aku! ) bae, jangan jeleshh!!! :P Actually nak carik Liverpool nyer tapi takde plak.. terpakse la convert sekejap p MU, hehehe
Tak jadik makan kat MC D sebab full house. Then, kitaorg decide makan kat KL Sentral ja. Nak try burger Fish kat KFC yang baru tuh. cam hebat ja iklan. Sib bek cam sedap gak. Lepas settle makan2, terus balik ke S.Alam dengan mengharungi umat manusia yang ramai dalam komuter tuh...maka, tamat la journey aku dan k.sely ke Lowyat,hehehe

Saturday, January 14, 2006

Winter Sonata

Dari malam tadi till tengahari aku duk terpacak depan TV layan Winter Sonata..hehe..siap tido depan TV lagi kunun2 nak stay up till cd 20...tapi tahan till cd 3 ja, ahaks. tak larat seh mata ngantuk. Then, pagi tadi sambung plak cd 4 till 7. Penat nangis! huhuhuhu...ade 13 cd lagik to go..chaiyok-chaiyok!!

Sebenarnya ini bukan la kali pertama aku layan Winter Sonata neh, dah nak masuk kali ke brapa ntah. Tapi last aku tgk time kat UIA dulu la...gune pc roomate aku. Sanggup tido after subuh sebab nak abehkan tgk citernya. Pastu mata bengkak-bengkak coz tak cukup tido plus nangis tak hengat punyer...ekekeke.

Naper aku suke tgk citer neh? hmmm..mesti org kata aku jiwang kalau layan citer nih. Ade la sket kot, hehehe...tapi yang sebenarnya aku suke moral of the story citer ni. Pertama, kalau dah jodoh tak kemana dan kedua, kalau takde jodoh nak wat camner....ehehehehe...ye lah, camner U-Jinn cuba nak lupakan Jun Xiang yang kunun2 dah meninggal, tapi bila jumpa ngan Min Zhiang (JunXiang yang hilang ingatan) terus tak bleh nak kata ape..cam org sasau sebab memang selama ni dia tak pernah lupa kat mamat tuh. Lagipun first love kan...not so many peoples can forget their first love just like dat. Walaupon mase tu U-Jinn dah bertunang secara tak rasmi dengan bestfren dia, si Siang Chi. kebetulan, si Min Zhiang ni pon dah ade awek. Tapi, punyerlah jodoh kuat, akhirnya dapat gak mereka bersatu. Min Zhiang pon dapat ingatan dia balik. Means dia jadik Jun Xiang balik.

Memang sedih la time U-Jinn jumpa semula Jun Xiang yang dah hilang ingatan tu...yelah, layan dia cam org asing sedangkan dia separuh mati rindukan mamat tuh. Walaupon dah dipercayai mati, tapi dia memang tak boleh nak lupa kenangan diorang mase bercinta time skulah2 dulu. Sampaikan peristiwa pakai kasut pon boleh ingat...pastu nangis...huhuhu. Punyer la pompuan ni setia.

Hmm..cukupla kot citer pasal Winter Sonata, cam pengulas filem lak..ehehe...satu ayat besh yang aku suke dalam citer tu " memang susah kita nak lupakan orang yang sentiasa ada dalam hati kita".....huhuhuhu...so, check it out...sape yang ade dalam hati anda sekarang ni?? :))

Ari ni tak wat per...duk umah ja..ingat nak antar cpu umah si su, tapi cam malas lak nak gerak besides member pon takde neh...nak ngedet takde calon lak...ekekeke...so layan U-Jinn ngan Jun Xiang ja la.....hehehe...

Wednesday, January 11, 2006

alahai anak muridku!

2 minggu sejak naik skulah ni, aku gie skulah agak awal dari besa..dapat route baru ikut bukit raja. so free, tak yah tol tapi agak jammed la coz byk lori n traffic lite. lagipon sejak naik skulah ni mmg aku bz tak hengat la coz jadik temporary class teacher standard one...huhuhu..
alhamdulillah anak-anak murid aku sumer baik-baik belake...first day tu takde la yg menjerit-jerit nak balik atau ter'buang' dalam kelas...hehehe (selamattt aku)

Memang banyak karenah diorang yang boleh wat aku rase nak ketawa. Diorang ingat syle cam tadika kot..masuk kelas suke2 ja nak minum air...pastu men babai-babai aku bila aku lalu kat tepi kelas depa...hehehe...kelakau tul! dah la muke sumer cute-cute...aku nak marah pon tak jadik.

Tapi, dalam banyak-banyak kerenah depa, ade satu kesah kelakar yang aku ingat sampai ari nih. Al-kesahnya dalam kelas aku ade sorang anak murid India yang cute- Priyangga nama dia. dari ari first masuk skulah sampai Jumaat last week asyik la menangis. Memula tu nak gak la aku pujuk (ala-ala guru mithali la kunun) hehehe...dah masuk ari kedua ketiga, hangin gak la aku asyik-asyik sebut "amma...amma".....huhuhu...
aku warning dia " kalau awak terus menangis, saya kurung awak dalam toilet".....hehehe...terus dia nangis lagi kuat...kekeke (jahat aku)..ingatkan dia nak la berenti nangis. Aku wat derk ja pastu..lantak hang la nak nangis...
So, satu ari tu, aku masuk kelas time Maths..takde la ajar ape coz diorang still dalam minggu orientasi..just kasik worksheet mudah-mudah ja. Ari tu aku ajar nyanyi lagu 'Kalau rasa gembira'...muke dak Priyangga tu gembire gile...hehehe..tatau arr dia paham ka dak ape yang dia nyanyi..hehe
Pas abeh nyanyi, aku kasik dak2 ni worksheet suh kaler-kaler. tetiba budak ni datang kat aku. Muka dia cam cuak-cuak ja. Dia berdiri tepi meja aku...senyap ja...aku heran gak, so aku tanya la dia nak ape?... lalu dengan bestnyer dia pon cakap #@**&+^*%$#
aku tanya skali lagi...kot la aku yang pekak tak dengar...tapi dia still ulang ayat yang sama...cuma ade word last yang aku paham "toilet"
Rupenya dia speaking Tamil baekkkk punye kat aku mintak izin nak pi toilet, huhuhu...aku rase cam nak nangis....apesal la dia cakap Tamil ngan aku???? huwaaaaa.......
harus la aku blaja cakap Tamil lepas neh....
Bila masuk bilik guru aku pon tanya la kawan aku "eh kak, ade ke tadika Tamil ekk?"
Akak tu bantai gelak tak hengat punyer...ekekeke....coz aku cam konpius awat la dia masuk skulah tak pandai cakap melayu or english...
adehh! macam-macam.....

Saturday, January 07, 2006

Aku dan hari Sabtu

Ari nih seharian aku duk kat umah...dalam kul 12.00 pm tadik ade rumbungan minang datang, ekeke...takde la..rumbungan tuan rumah ngan buyer baru umah nih...huhuhu...memang cam runbungan minang coz uncle ngan auntie tu bawak anak-anak dia skali..alahai dah dewasa belake...siap ade sorang yang dah kawen..2 orang anak dia lelaki...memang sah2 cam rumbungan meminang...penuh ruang tamu umah...hehehhe..siap anak dia yg laki tu sorang patah tangan...tapi sanggup daki villa aku kat tingkat 5 nih semata-mata nak survey umah...huhuhu...(ker nak tgk cikgu yang duk nyewa sini) ahaks..so selaku 'tuan umah' aku bawakla diorang survey..termasuk la bilik aku yg baru aje kemas tuh..eceh.. siap auntie tu puji
" orang pompuan yg duduk..bersih ja umah"....aisehhhhhh....kembang kempis sehhh! ahaks
Then, after bertanya seba sedikit pasal umah, diorang pon balik...Resultnya samada kitaorg stay or kene pindah tatau lagik. Buyer tu lum dapat decide lagik..muke pon cam blur2 ja bila kene panjat nek tingkat 5 kan..ahaks..sian!

So, aktiviti seterusnya ari ni aku ke PJ.. tetibe windu kat pakapau..huh! Kebetulan antar barang kak Sely kat Vista, then angkut dia skali pi pekene pakapau kat PJ...lokasinye berdekatan dengan pusat matriks uia (kire tempat main2 aku la dulu)ahaks
Besh seh....kelazatan tak terkire...di tambah dengan kehadiran 3 org jejaka encem kat depan meja kitaorg....hehehe...terpaku sebentar aku..eceh! Skali dengar dia cakap,kuar slang Sabahan daaaa.......adehhhh! boleh bahh!!!!! cam besh ja aku dengar coz dah lama tak dengar...a year dah rupenya aku tinggalkan bumi Sabah....isk..isk...

Hmm..esok pagi aku balik Ipoh. Kali ni aku naik bas ja...malas nak drive coz cuti kejap ja. Lagipun, baru ja lepas balik dari cuti 2 bulan last month. Tak berbaloi balik sensorang naik keta.
k la..to all Selamat Hari Raya Aidil Adha..semoga ketibaannya membawa seribu pengertian pengorbanan buat kita :))

My First Entry

huh..at last! dapat jugak aku kembali ke dunia blog..hehehe..this is my first entry by my new pc from my sweet villa at shah alam..:)
first of all..i wanna congratulate myself for doing all these...eceh...(abeh bonus aku!)
a trillion thanx to mr xpert for preparing this nice pc for me...to mr johan (TM staf) my lovely housemates, ehehehe...not forgetting..my 'lepak' geng..miss bae and miss sely..ahaks...u all had make my dreamz come true babeh!

welcome emi to the world of blog....WORLD!!!