RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 30, 2006

Dia...

Baru-baru ini saya dapat offline msg dari seorang sahabat yang baru dikenali...

Cik emi..cik emi..rajinnyeh awak nih
carik2 siape saya n biodata saya sme....
cik emi berminat ker ngan saya??Heheh...


Hehe..saya ketawa sensorang. Rajin ke saya? Niat saya hanya untuk mengetahui serba-sedikit info tentang sahabat baru saya ini. Kalau lah dia tidak menipu identiti dirinya, mungkin saya tidak serajin ini menjejak nya hingga ke friendster (malah website tempat kerjanya juga)

Sahabat saya ni pelik orang nya. Tidak mahu dirinya dikenali. Malah skang jejaknya di friendster telah pun hilang,ehehe (awak lari ye!)Katanya, nak remain anynomous dengan saya (saya hormati keputusan awak).

Untuk awak (saya tau awak membaca catatan ini)...
* awak x invade pon privacy saya
* saya dah maafkan awak ( even cam terkilan sket,hehe)
* thanx for all ur advices
* rasanya tak payah la nak lari dari saya kot..hehe
* best gak sekali-sekala ada secret admirer ni,muehehe...
* saya jawab soklan awak kat atas tu ----> saya memang berminat nak kenal 'pemerhati' saya ni,ahaks

Hmm..esok saya akan balik ke lubuk..ehehe..Hibernate kan diri selama 2 minggu di Ipoh. Dah 2 bulan tak balik neh...rindunyeee! Jadi, blogs ini juga mungkin akan di hibernate kan juga buat sementara waktu.Doakan saya selamat sampai:)

** Ape nak wat cuti 2 minggu ni ek? Attend kenduri kawen? huh...**

b.u.h.s.a.n

It coming again!!! Holidays..holidays..and holidays...
Saya masih di Shah Alam.Rabu ni baru gerak balik ke Ipoh.Besh nyer cuti 2 minggu. Kepada mereka yang tidak berkenaan--->jgn jelesh! ehehehe...

List of tasks to do pagi esok:
1. Gie skulah antar borang untuk pengesahan jawatan
2. Gie servis keta
3. Bank in duit sewa umah n bayar bil air
4. Pegi Mydin beli barang yang abah pesan (huhuhu...x ske g sini)
5. Kemas bilik n umah (ececeh..)
6. Kasik abis mark paper exam budak...uwaaaaa! help! help! anyone? banyak giler seh!
7. Attend tuisyen...hmmmm...

Banyaknyer task nak kene settle esok...ntah-ntah satu pun tak wat..ehehe..tido lagik best! ahaks

** dah dua ari saya jadik loner kat umah...ehehe...pastu gi jenjalan sensurang kat Giant..(angin mengong mai dahh!)hehe....cepat la hari Rabu..**

Sunday, May 28, 2006

Mission Failed!

Misi explorace saya dan kak Sely telah gagal..huhu
Nampaknye ini kali pertama kami gagal dalam mencari tempat makan,hehe.Misi dinner ni bermula jam 7 petang dan berakhir jam 10 malam di Tesco Shah Alam.

Nak tau tempat makan apa yang kami cari?? UNKNOWN...betul tak tau nama tempat makan tu apa. Yang saya tahu, ia berhampiran dengan Taipan USJ dan Projet.Menurut cerita Kak Ipah dan orang-orang yang penah sampai ke sana, makanan kat situ best! macam-macam ada..besides happening! Jadi, kami berdua ni teruja untuk mencari di manakah gerangan tempat makan yang disebut-sebutkan.

Keadaan yang sesak di Taipan menyebabkan semangat saya mula merudum.Setelah berpusing hampir 3 kali saya mula kehilangan punca. Petunjuk dari Kak Ipah memang tak buleh pakai,hehe.Akhirnya saya mengambil keputusan untuk balik saja ke Shah Alam dan pekene JM Beriani kat Tesco.Rasa tak puas hati tu tak usah ceritala..sebab saya rasa dah dekat tapi tak tahu kat mana (dah la tak familiar dengan area sana).Sedihnye coz kami tak pernah lagi gagal dalam setiap misi. Takpe...lepas cuti akan ku tebus kekalahan ni,ehehe (beria betul cikgu nih!)

**nasib baik tak bawa hati yang lara ke Bukit Jalil. Tak pasal-pasal leh dinner ngan geng my team,ehehe**

Saturday, May 27, 2006

KLIM06



Pergh..superb!KL International Motorshow 2006 memang best!
Kira berbaloi la dengan harga tiket (ingatkan free admission,ehehe).Tempat exhibition masih tidak mesra pengunjung, tapi teratur berbanding Pesta Buku yang lepas.The committee members were quite friendly and all the exhibitors were quite good in promoting their new models.

This is my first experiences went to this sort of exhibition. Penuh dengan jejaka-jejaka,huhuhu. Kalau ada pompuan pun, mesti datang dengan either suami,tunang, pakwe, kawan atau family.Tak jumpa lagi dua orang pompuan poyo yang berjalan dengan selambanya kat situ except me and kak sely.Kak Sely siap kata saya buang tebiat,ehehe.Tak kira la kan..yang penting saya dapat tengok kereta dan ambik gambar,ahaks. Lately,I'm quite addicted to cars.A new hobby maybe( besides taking pics),hehehe...

For me, the best exhibitor is Honda. Simple..coz diorang tak pamerkan semua model. Just yang latest sahaja. So, I cannot found my dreamz car there,huhu (Honda Jazz). Then, ada Asimo! Soooo cute dan pandai! Robot yang pandai menari,ahaks. Memang sesak tak hengat la kat situ time Asimo ni kuar. Bukan budak-budak aje yang teruja. Mak budak, bapak budak, bakal mak budak dan bakal bapak budak, semua excited tak hengat!hehe..

Apapun, KLIM give a new experience for me. Dapat tengok cars, dapat tahu sket2 pasal enjin, dapat tgk gelagat orang yang 'gile' ngan keta dan model-model keta ni, dan juga yang 'gile' bergambar dengan keta idaman diorang,ehehe..

Plz don't hesitate to visit my fotopages ya!

** Apa ye relevan perempuan dengan kereta??hmmmm....kalau takde model pompuan berdiri kat keta tu, takde orang nak beli ke??huh!**

Thursday, May 25, 2006

secret admirer..

Semenjak dua menjak ni, saya rajin memerhati 'peminat-peminat misteri' yang singgah di blog ini.Ada yang berani meninggalkan komen dan ada yang hanya menyibukkan diri di shout box,hehe.Terima kasih banyak-banyak pada mereka yang sudi singgah dan membaca catatan saya ni.Mungkin ada juga yang sekadar menjenguk tetapi tidak meninggalkan apa-apa.Juga ucapan terima kasih dari saya.

Sebenarnya, saya suka berkongsi rasa dengan kamu semua.Bila saya gembira, saya mahu orang lain turut rasa kegembiraan itu. Begitu juga bila saya bersedih,saya mahu berkongsi rasa sedih itu dengan orang lain walaupun saya tidak kenal siapa kamu dan di mana kamu berada.Tapi, saya tahu ada yang membaca catatan itu.

Baru-baru ini saya mengenali seseorang melalui YM.Menurutnya, dia teringin nak mengenali saya setelah teruja dengan catatan-catatan saya dalam blogs ini. Lalu dia pun ambil id YM saya.

Memang tak sangka apabila ada seseorang yang begitu mengambil berat tentang catatan-catatan saya ini.Pada saya, semua yang saya tulis disini hanyalah luahan rasa yang busan dan tidak menarik langsung untuk diikuti perkembangannya.Tapi tidak rupanya bagi sahabat saya ini.Macam kelakar pulak bila dia cuba mengorek siapa **dia** yang saya maksudkan hampir dalam setiap entry,hehehe.

Menurutnya lagi, catatan-catatan saya puitis.Kalah bahasa filem Yusuf Haslam. Ehehehe...rasa nak ketawa guling-guling macam icon dalam YM tu.Bukan puitis la awak...mungkin itulah luahan rasa dari hati yang terdalam, ahaks.
Saya adalah seorang yang paling tidak pandai menyembunyikan emosi. Kalau saya suka, maka saya akan tonjolkan rasa suka. Begitu juga sebaliknya. Mungkin inilah kelemahan saya.Sebab itu apabila berhadapan dengan orang yang saya tidak suka, mimik muka menyampah saya tak dapat disembunyikan,ehehe.Tak pandai langsung nak cover line.

Apapun...hidup mesti diteruskan!( eh, apa saya merepek ni??) hehe..
Apapun, terima kasih la pada semua yang sudi menjadikan blog saya ini sebagai link wajib untuk dilawati setiap hari,ahaks(perasan saya ni!) Bagi yang memahami dan menyelami apa yang saya rasa, terima kasih atas pengertian yang diberikan.Semoga catatan-catatan saya ini akan memberi 'sesuatu' yang baik buat anda.

** kan bagus kalau **dia** juga macam awak...dapat memahami dan menyelami apa yang saya catatkan disini..hmmmm**

Monday, May 22, 2006

tikus makan keju,cikgu

Anak murid saya buat lawak antarabangsa ari ni.Waktu kelas tuisyen Sains tadi, saya ajar topik the groups of animals. Kan haiwan ni ada 3 kelas utama - herbivor,karnivor dan omnivor.Saya buat small quiz untuk uji ingatan budak-budak ni (saya memang suka bab-bab kuiz ni,ehehe)

" Ok, tigers. What do they eat?"
" Animals...meat!"
" So, they are carnivors,rite?"
" Yeahhhh.."
Bersemangat ja diorang jawab.

" Ok, chicken?"
" Dunno teacher. Diorang makan cacing..."

Hehehe...saya senyum ja...betul la lurus anak murid saya ni.
" Cacing tu animal le sayang!...Ok, letak chicken kat Omnivor."
" Omnivor? Tapi chicken tak makan sayur,teacher!"
Anak murid saya yang bernama Aqillah tidak puas hati.
Emm...saya pun jawab camni..

" Mana awak tau dia tak makan sayur? Dia cakap kat awak ke?"
Si Aqillah ni senyum-senyum.Dia geleng-geleng kepala.Jawapan saya mematikan rasa tidak puas hatinya,ehehe (jahat tul cikgu ni!)

"Ok, next is rat. What do they eat?"
Suasana kelas senyap sunyi. masing-masing tunduk ngadap meja (tak tau jawapan ler tuh)

Tiba-tiba....
" tikus makan keju,cikgu"
Anak murid saya bernama Luqman memberikan jawapan yang sungguh bernas,huhuhu..
Terus ketawa saya meledak. Bebudak dalam kelas tu pun sama.Muka si Luqman ni selamba aje. Tak rase bersalah pon.
" Luqman, where did u get that answer?"
"Dalam tv, cikgu. Selalu nampak diorang makan keju"
Hahahaha...besar betul pengaruh TV pada si Luqman ni. Ni mesti kes suka tengok citer katun.Luqman...Luqman...sampai berair mata cikgu ketawa tau sebab awak!ahaks

Ha..korang tau ke rat tu belongs to which group? ehehehe....

**Betul la kanak-kanak itu dilahirkan seperti kain putih. Kita la yang bertanggungjawab untuk mencorakkan mereka**

Sunday, May 21, 2006

Songs in memoirs

Hmm...entry kali ni saya citer pasal lagu-lagu dalam kenangan,ehehe.

Kau Yang Satu-Wow
Lagu ni masa saya darjah 6. Suka betul dengan lirik dia. Kunun jadik tema kisah saya dengan seorang mamat tu,ehehe. Depan umah aje pun. Bila dengar lagu ni sah-sah teringat kat dia (dulu laaaa!) kecik-kecik dah bercinta...hahaha! Cam bagus je.Tapi skang dia dah kawen,anak tiga.Dia letak nama anak sulung dia -Emilia!huhu

Tunduk Mengalah-Data
Lagu ni jadik faberet masa saya sekolah menengah (jiwang seh) Ntah-ntah korang tak tau pun kewujudan lagu ni. Ni pun lagu tema gak la kiranya. Senior yang saya admire suka kat kawan sendiri,uhuks.Disebabkan saya ni baik hati, biarlah saya mengalah,hehehe.

Emilia -KRU
Suka sebab ada nama saya,ehehehe. Tak sangka ada gak lagu guna nama saya yang glamer ni,ahaks. Masa tu tengah fanatik giler ngan KRU. Bila tau aja diorang cipta lagu ni, terus ati kembang-kuncup, ekekek. Rasa cam terbang kat awang-awangan aje.

Seperti Dulu - Exist
Lagu karat lagi..ahaks. Suka giler ngan lagu ni masa saya blaja kat U. Tiap-tiap ari mesti carik cenel radio yang putarkan lagu ni. Lirik dia mengingatkan saya pada seorang sahabat yang menghilangkan diri secara tiba-tiba.Plus sebenarnya saya suka suara Ezad yang lemak merdu tu. Kalau masuk tilawah sure menang!

Hero- Mariah Carey
Ni lagu motivasi masa saya belajar dulu. Kalau dengar lagu ni mesti rasa macam ade motivation injection. Mata mengantuk pun, terus boleh ngadap buku,hehe.Tapi skang kalau dengar, saya mesti rasa terus ngantuk.

You Are My Everything- Santa Esmeralda
Suka lagu ni lepas tengok satu cerekarama tu. Tajuk dia Melarik Mimpi. Dilakonkan oleh Azhar Sulaiman dan Aida Rahim.

Dekat Padamu- Yusry
Ni bukanla lagu faberet saya. Tapi ada orang pernah tujukan lagu ni untuk saya satu masa dulu, hehe. Masa tu saya kat Sabah dan dia kat KL. Kunun la nak dekat dengan saya. Hmm...tak bleh pakai sumer tu, ehehe. Si dia pun dah nak kawen cuti skulah bulan 5 ni. Dah pun antar kad jemputan kat saya. Tak tau la nak pegi ke tak...Kalau pegi saya nak upah sumone jadik pakwe tipu-tipuan saya, ahahaha!Anyone?..

Jangan Pisahkan -Deddy Dores& Mayang Sari
Yang ni takde kaitan dengan tema kisah saya,hehe. Suka lagu ni sebab lagu ni telah menjadikan saya juara karaoke masa Hari Keluarga,ehehe. Masa tu saya duet ngan Angah.Dia jadik Deddy Dores, saya jadik Mayang Sari la kire nya,ehehe.Tak sangka sore kitaorg ni sedap gak ye....;)

I Lay My Love On You- Westlife
Masa tu Westlife tengah glamer. Saya siap beli kaset dia lagi.Hari-hari dok putar sampai dah tak jadik sore Westlife,hehe. Besides, kenangan terindah dengan Westlife ni.....ade laaaaa...hehe. Saya dan seorang sahabat baik saya sama-sama meminati lagu-lagu daripada diorang (masa tu la) Tak tau la skang dia still minat atau tak.

Menanti Sebuah Jawaban -Padi
Isk...isk...isk..a very meaningful song for me.Kena sangat dengan kisah hidup saya masa tu (dan skang gak kot). Ntah sapa la yang saya tunggu tu ye.....hmmm. Plus ni kan lagu tema untuk filem Ungu Violet. Best tengok citer ni sebab ada Dian ;)

My Immortal - Evanescence
One of my favourite sad song. Bila dengar lagu ni terkenang kisah hidup saya yang tak berkesudahan.Dah la..takmo citer lebih-lebih.Nanti ngalir.Hayati lirik aje dah cukup...sob..sob.

Blind- Lifehouse
Dah lama suka lagu ni. Tapi baru-baru aje tau tajuk nyer,hehe. Tiap-tiap hari jadik lagu wajib yang mesti saya dengar kat winamp pc saya ni.Bila dengar lagu ni, teringat kat Mr Clark Kent! ahaks.

** Kalau ikutkan, cam banyak aje lagu-lagu yang saya suka. Tapi just list out yang ada kenangan aje la kan..hehe. Nanti jadik macam Tower Records plak,hehe**

Saturday, May 20, 2006

Women

:: SESUATU TENTANG WANITA::

1.Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,
tetapi dia tidak menitiskan airmata,
itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,
lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya
semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang,
sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan.

4.Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,
lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun
ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!....(ye ke??)

6.Wanita memang sukakan pujian,
tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut,
jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita
yang kamu tak akan tahu,
bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8.Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,
biarkan dia untuk seketika.
Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,
cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.
Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah
mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,
misalnya menghubunginya melalui telefon,
si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,
tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak
sampai sepuluh minit,
semua rakan- rakannya akan tahu berita tersebut.

13.Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.
Jadi jangan senyum sebarangan.....(hahaha!)

14.Jika kamu menyukai sorang wanita,
cubalah mulakan dengan persahabatan.
Kemudian, biarkan dia mengenalimu dengan lebih lagi.



**Qoutes from reliable sources,hehe**
Yang baik jadikan pengajaran, yang buruk pi buang jauh-jauh

Tuesday, May 16, 2006

epi teacher's day!

Sebelum saya tulis apa-apa...saya nak wish pada diri sendiri....
HEPI TEACHER"S DAY EMI!! Semoga saya akan terus tabah dalam mengharungi liku-liku karier sebagai seorang guru dan dapat jadi guru cemerlang,gemilang dan terbilang...cewahh!

Hari ini sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Seperti biasa, kami dikehendaki datang pada sebelah pagi.Tahun ini guru-guru diminta mengadakan persembahan. So, guru-guru sesi petang telah memilih tarian medley (cam ayat karangan plak)

Sebut pasal menari ni, memang kelakar giler! Teringat saya zaman tadika dulu..itulah kali terakhir saya menari. Itupun cikgu suruh saya menari tarian endang coz gerakan saya kaku dan keras untuk menari joget,huhuhu. Maklum ler, tarian endang just duduk dan main gerakan tangan aje.Punyer la saya ni takde bakat menari,ehehe.

Dan ari ini, antara percaya atau tidak, saya telah menari 4 jenis tarian di hadapan kira-kira 1000 anak murid saya dengan jayanya! Adeh, saya sendiri rasa macam mau pengsan nak hafal setiap gerakan yang telah diajar.Alhamdulillah..everything done. Sampai sakit-sakit pinggang saya belajar twist,ahaks. Untung anak murid saya...tak pasal-pasal ari ni dapat tengok cikgu-cikgu dia menari...spesel tu! Ari lain takde,hehe.Sporting abis la kiranya ari ni...muka senyum aje walaupun penat. Simpan marah kat umah :)

Satu lagi kalau tiba hari guru ni, tak sah kalau tak dapat present. Hmm..nak kata banyak tu takde la...tapi sekotak penuh la saya kutip hadiah hari ni..ahaks.masih tak sempat nak buka semuanya. Lagipun, saya sayang pembalutnya...cantik-cantik!
Kalau zaman saya skulah dulu, takde la kasik hadiah grand-grand macam bebudak sekarang. Paling-paling kasik sabun,ehehe (mesti korang pon camtu gak kan??) Pastu balut guna kertas minyak yang kaler cokelat tu aje. Maklum ler sekolah kampung macam saya ni mana la reti nak belikan frame gambar untuk cikgu,ehehe.Sabun tu pon guna duit mak. Jenuh pujuk mak...kalau tak dapat, 'pau' sabun mak kat umah,ehehehe

Apapun, sambutan Hari Guru tahun ni memang best! Tambah-tambah bila kitaorg dapat makan hi-tea di Hotel Prescot selepas majlis sambutan berakhir di sekolah. Best tau jadik cikgu ni, dapat hadiah, dapat makan free, dapat menari, dapat menyanyi..ehehe...agak-agak engineer, accountant, lawyer or doctor ade camtu tak? ahaks

Seperti biasa, gambar-gambar kat fotopages ye..

** Terima kasih banyak-banyak pada semua yang hantar sms wishing me Hepi Teacher's day :)**

Saturday, May 13, 2006

a dedication for someone...





I was young but I wasn't naive
I watched helpless as he turned around to leave
And still I have the pain I have to carry
A past so deep that even you could not bury if you tried

After all this time
I never thought we'd be here
Never thought we'd be here
When my love for you was blind
But I couldn't make you see it
Couldn't make you see it
That I loved you more than you'll ever know
A part of me died when I let you go

I would fall asleep
Only in hopes of dreaming
That everything would be like is was before
But nights like this it seems are slowly fleeting
They disappear as reality is crashing to the floor

After all this time
I never thought we'd be here
Never thought we'd be here
When my love for you was blind
But I couldn't make you see it
Couldn't make you see it
That I loved you more than you'll ever know
A part of me died when I let you go

After all this time
Would you ever wanna leave it
Maybe you could not believe it
That my love for you was blind
But I couldn't make you see it
Couldn't make you see it
That I loved you more than you will ever know
A part of me died when I let you go
And I loved you more than you'll ever know
A part of me dies when I let you go

** agak-agak sampai maksud tak nih?ahaks**

Friday, May 12, 2006

and at last...

Dia : Awak tak payah le tulis kat blog
Saya : Why not? Ok ape..
Dia : Ok boleh...tapi biar after hari kejadian...
Saya : Promise..:)






Dan akhirnya..inilah dia yang saya nanti-nantikan...:) any comment??


**tak puas hati ek? ce tengok kat fotopages,hehe**

Wednesday, May 10, 2006

aku berdebar..

Saya berdebar menanti tarikh 12 Mei 2006 ini...
Entah apa yang akan berlaku....tungguuuuuu!!!! :)



** Maaf,saya tidak dapat ceritakan dulu apa yang akan berlaku atas permintaan seseorang**

Tuesday, May 09, 2006

aku ari ini

Saya ke klinik untuk menjalani medical check up...ingatkan kejap je bleh settle. Tunggu tuan doktor datang hampir dua jam! Berakar saya kat situ. Kalau la saya ada penyakit kronik masa tu, mesti dah.....

Then, saya diminta ke DEMC untuk menjalani x-ray pula. Alhamdulillah proses nye cepat. Layanan pun bagus!(plus doktor-doktor kat situ encem2..hehe)

Kemudian saya ke PKNS untuk berjumpa dengan pesuruhjaya sumpah.Ni pun kes sama gak ngan klinik tadi. Mak aiii..lunch time tuan haji ni lama betul! Ada sorang mamat cina tu siap bersila kat lantai tunggu,hehehe...

Lepas ambil report di DEMC saya kembali semula ke klinik tu.Saya mintak MC sebab dah tak pegi mengajar ari ni. Ade ke patut doktor tu cakap...

" awak heret saya sekali menipu ye?"

Huh..saya peduli apa...sebab tunggu tuan doktor la saya tak pegi sekolah (nak aje saya jawab camtu)

" bukan nyer tipu...saya memang tak berapa sihat le..lagipun saya dah call sekolah tadi, saya MC"

Tuan doktor senyum-senyum sebab saya menolak untuk diberikan time slip. Pada saya, takde guna time slip tu kalau datang sekolah dah pukul 4pm! Baik MC ja terus...

Dan sebagai balasan kepada MC saya tu, dia bersoal-jawab dengan saya mengenai isu pengajaran matematik dalam bahasa inggeris..ada ke patut?? menyesal pulak saya bagitau dia saya cikgu maths..
Terpaksa la buat sesi diskusi ilmiah dengan doktor tu sebelum saya keluar,huhu....(sian saya kene dera dengan tuan doktor,huhuhu)

** banyak betul prosedur nak confirm jawatan nih...lepas ni,kalau tak dapat anugerah guru cemerlang tatau la saya,hehe**

Sunday, May 07, 2006

entry karat

Mungkin,
Saya ingin menulis sesuatu,tapi takut tiada yang sudi membaca,
Mungkin,
Saya ingin bicarakan sesuatu, tapi takut tiada yang sudi mendengar,
Mungkin,
Saya ingin lakukan sesuatu, tapi takut tiada yang sudi bersama-sama,
Mungkin,
Saya ingin menangis, tapi takut tiada yang sudi memujuk,
Mungkin,
Saya ingin ketawa, tapi takut tiada sudi ketawa bersama,
Mungkin,
Saya ingin meminta sesuatu, tapi takut tiada yang sudi memberi,
Lantas....
Saya ingin pergi jauh dari sini........

** Apa yang ingin saya katakan sebenarnya????? Mungkin saya mula merindui **dia** semula,huhu**

Wednesday, May 03, 2006

jum tgk badak ni..

Lately, saya macam dah addicted dengan video clip ni.Hari-hari mesti nak tengok buat hilang stress kunun. Pastu, ketawa sensorang depan pc,hehe.




Saya masih lagi rasa kurang bermaya dan tidak bersemangat untuk mengajar. Mungkin penat menguruskan sukan dan trip ke Kelantan membuatkan badan saya penat di tahap maksima. Belum lagi sempat saya recharge balik energy yang telah diperah.

Masa mengajar baucar tuisyen di sekolah tadi, boleh plak saya terlelap sekejap. Wat malu dengan anak murid je, hehe. Nasib baik saya pandai cover line:)) Struktur mengajar minggu ni pun agak slow.Saya rasa macam tak larat nak berdiri lama-lama.Hopefully, saya dapat bertahan sehingga hari Jumaat...

** Mungkin saya perlukan motivation injection nih**

Monday, May 01, 2006

a trip to kelantan



Memang best saya dapat ke Kelantan dengan councillor members hujung minggu lepas.Walaupun penat dalam perjalanan, namun kami masih mampu bergambar sakan di majlis perkahwinan che su dan bershopping dalam kepanasan di Kota Bharu, hehe.Pengalaman menaiki train selama 13 jam tak mungkin saya akan lupakan,huhuhu.

Majlis perkahwinan che su dan Irwan berjalan dengan lancar.Berkuranglah seorang councilor members saya nampaknya. Moga mereka berbahagia ke akhir hayat.

Tak puas rasanya menghabiskan masa cuma 2 hari di Kelantan.Tak sempat nak ke mana pun. Cuma berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu saja. Itu pun tak pusing abis sebab tak sempat. Kami berkejar balik ke hotel untuk megemaskan barang sebab hendak bertolak balik ke Shah Alam malam itu.Thanx a lot pada tourist guide tak rasmi kami- k.Wani dan kak Ina (jangan serik nak bawak saya jalan-jalan lagi) hehe..

30 April lepas adalah Hari Lahir saya yang ke 26...bertambah lagi setahun usia saya,huhu. Semoga ianya seiring dengan kematangan:)
Thanx pada kawan-kawan yang ingat dan wish through sms.Ingat juga korang ye!terharu...sob..sob..
Saya belum terfikir nak celebrate di mana sebab dah pun sambut secara tak rasmi masa di Kelantan ari tu.

Apapun, cuti minggu ni memang best! It will be the sweetest memories for me!Terlalu banyak peristiwa yang hendak diceritakan sampai saya sendiri tak tahu hendak mula dari mana, hehe..

**Walaupun tiada ucapan besday yang istimewa, tapi saya gembira kerana ada orang lain yang lebih menghargai erti sebuah persahabatan dalam hidup saya**