RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, August 31, 2007

ANAK MERDEKA



Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke 50, Malaysia!

Semoga jiwa anak-anak merdeka ini juga 'bebas' daripada genggaman pengaruh-pengaruh negatif.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Afterthought: Mid nite sale lagik tahun depan? erk...takmo dah! :P

Thursday, August 30, 2007

PENANG : FINALE

Our last day kat Penang, uhuks...
Pepagi dah bangun sebab memasing dah berniat nak terjun laut malam tadi. Alhamdulillah cuaca ok. Then, after breakfast kami gerak menuju ke pantai...orang Penang duk sibuk pegi keje, kami sibuk tuju pantai, hehehe..

Our destination is Pantai Miami..nak naik atas lagi macam tak larat...summore dah pegi semalam. Saya fenin la jalan pusing-pusing ala genting nih.Semalam tu pun dah loya-loya,ihiks. Sambil drive sambil tutup mulut.

Orang tak ramai time ni...wah, best ni kalau terjun laut! hehe...
Tapi, bila turun je dari keta, saya dengar bunyi ombak yang kuat. Isk, cuak le plak...mula la teringat peristiwa tsunami! Nauzubillah...hati dah seram-seram sejuk. Tapi kaki tetap jugak melangkah tuju pantai.

Pakcik kat pantai tu inform yang skang tengah air pasang...ombak memang slalu camtu. Dia kata lam kul 12 tengah hari baru ok. Hadeh, cam malap je impian nak mandi camni :( Kitaorang pon jalan-jalan sambil main kejar-kejar ngan ombak...(ombak jahat! ombak jahat! teringat iklan raya tahun lepas,hehehe)

Tengah-tengah syok layan ombak, tetiba ujan rintik-rintik...uwaaaa!!! hancus berkecai terus impian nak mandi laut,huhuhu.Maka,dengan muka sedehnye, kami pun naik le balik. Nak pegi pantai lain pon macam dah takde mood.Dalam perjalanan balik hotel, hujan terus turun dengan lebatnye. Macam tau-tau ja kami tengah frust,uhuks.

Sampai hotel, kami siap-siap packing barang. tak dapat mandi laut, mandi lam bath tub pon jadik la..hehe. Dalam kul 12 pm kami turun check out. Cam sedeh plak nak balik. Rasa tak puas sebab tak dapat jalan abes.
Anyway, this is the most valuable vacation for us. Memang survivor la mai Penang ni. Dengan tatau satu habuk...siap drive sendirik sumer.Pengalaman yang takde jual kat Plaza Gurney, ehehe. Hopefully, I'll come back again to Penang, Insyaallah!:)
Sayonara the pearl of the orient!
For more piccas pls hit my fotopages ya!

Dan sebenarnya, kedatangan saya ke Penang mungkin akan jadi lebih bermakna kalau kamu ada...ke mana kamu menghilang??

Wednesday, August 29, 2007

PENANG: PART 3

Tepat 6.20 pagi..jam henpon bunyi. Bangun subuh pastu kejut makcik 2 orang tu. Terus siap-siap sumer. Owh,berjaya juga kami bangun pagi!ihiks

After breakfast free, kami mula bergerak menuju ke destinasi pertama- Bukit Bendera!Masa sampai tu takde la ramai sangat orang sebab awal lagi...dekat aje rupanya dari hotel. Tu pun sebab tak sesat,hehe

After turun dari Bukit Bendera, kami berhasrat (eceh..hasrat tu) nak wat lawatan sambil belajar ke P.Ramlee House, ihiks. So, tengok kat map macam dekat aje...tapi pusing punya pusing punya pusing lepas tu u-turn punya u-turn tetap la tak jumpa-jumpa. Yang kami duk jumpa signboard pi Hospital Pulau Pinang! Isk...hangin sekejap. Udah le kami tanya orang kat Esso takmo jawab...sombong hangpa nooo! Takpa..takpa

Agak-agak dah penat tawaf kat jalan yang sama..akhirnya kami telah terlajak ke Batu Feringghi..hahaha. Hebat sungguh! Malas nak pusing balik, so kami teruskan aje perjalanan tanpa arah tujuan hingga ke Taman Rama-Rama!! yehuuu...sungguh ilmiah vacation kitaorang, ihiks.

After abes main-main ngan rerama, kitaorang singgah kejap kat tepi pantai. Having a lunch dan main-main air lak kat Teluk Bahang tu. Panas dow! Tahan aje la sebab ade orang tu dah excited sangat bila nampak laut,uhuks.Senyum sampai telinga :))

Then, we all gerak ke town semula untuk carik jeruk dan t-shirt untuk bawak balik. Buah tangan le kekunun. Sebelum tu, singgah Fort Cornwallis dulu. Mencari jejak-jejak sejarah, ihiks.Best juga bergambar sakan kat sini. Nak buat kajian sejarah memang sesuai la kann...

Hahaha...poyo giler makcik kat atas neh! Sib bek tak jadi pegang senapang,ihiks. K.Sely kata malu kat orang,hihihi.
Lepas abes aktiviti sesat sambil mencarik jeruk, kami pun mula pening kepala nak cari tempat dinner Nak makan seafood tatau nak terjah kat mana. At last, makan kat Gurney Drive aje. Lepas pekena laksa ngan koeytiow kami pun amik-amik angin kat tepi pantai tu. Acara bermain bubble sambil melihat pantai yang surut, ahahaha.Jadik bebudak sat*wink*

Lepas puas main acara main tiup bubble yang berharga RM1.50 dan Rm2.90 kami pun bergerak pulang ke hotel. Badan keletihan yang amat! Rasa lembik pusing-pusing separuh pulau sambil sesat. Tu belum kira tersalah queue sebab nak car park kat depan jeti,uhuks. Ingatkan depa queue tunggu parking, rupanya nak nek feri, ahahaha. Wat malu kat abang polis aje.
Erm, esok our last day here,uhuks! Acara bermandi-manda kat pantai belum disempurnakan lagik ni....esok harus bangun awai cecah kaki kat pantai before check out.
Dah..dah..tunggu next entry lak...penat dah menaip,hihihi

Tuesday, August 28, 2007

PENANG: PART 2

(Owh..lupa nak inform awai-awai...cerekarama saya ni memang panjang dan berjela-jela..ni baru part 2...ahaha)

K.Sely teruja seh bila nampak keta putih tu...hati berbunga-bunga riang gituuu...hehe. Tetiba rasa cam takmo gie kenduri sebab nak follow keta tu. Isk..hati dah berbelah bagi ni...nak pi kenduri ke nak follow perdana putih tu...

Fikir punya fikir...at last kitaorg decided follow la keta putih tu...opss! Korang nak tau ke keta sapa tu? hehehe
Official car City Bayview Hotel aje pun!Hotel tempat kitaorang akan menginap untuk 2 hari tu, hehehe.Ni sumer gara-gara tak paham map yang Ismail Rafik lukis! Gamble follow keta tu dengan harapan mesti keta tu nak balik hotel! harharhar.
Pergh, rasa macam polis kejar penjenayah je masa follow keta tu. Mak aihh, laju bebenor keta putih tu pecut! Saya pun kelam-kabut track dia jangan sampai ilang dari pandangan, hahaha. Betul-betul cam dalam drama Gerak Khas! ahaks. Akhirnya, sampai jugak kami ke hotel nan indah itu. Mekasih uncle keta putih sebab telah membawa kami menuju ke hotel dengan jayanya tanpa disedari, ihiks.

After urusan check in hotel selesai, baru la kami gerak ke destinasi sebenar- rumah kenduri kawen!!! Perut pon dah mula menyanyikan irama dangdut minta nasi kenduri, hehe. Dengan berpandukan map kat kad kawen kami pun blasah pegi Tanjung Bunga. Seperti biasa, episod sesat tetap la ada sebelum berjaya sampai kat sini. Terlajak sampai Batu Feringgi gara-gara teruja tengok pantai daripada tengok landmarks umah pengantin, hahaha!

After selesai acara makan dan bergambar, kami pun gerak balik ke hotel sebab memasing tersangat la penat plus tatau nak tuju mana sebab takde tourist guide,uhuks. So, kitaorang decided malam nanti kene gak pi beli map. Tadi on da way nampak Plaza Gurney. So, bleh la carik kat MPH situ. Ada rezeki leh tengok Ratatouille skali, hehehe. Sampai aje kat bilik hotel kitaorang terus zzzzzzzzz....especially cik driver yang telah keletihan memecut ninja nye,hihihi.

Malam tu, kekunun nak memulakan pengembaraan la kan. Lepas beli map dan dinner kat Laksa Shack, ingatkan nak jalan-jalan kat Gurney Drive. Tapi, bila kuar aje dari parking hujan telah turun dengan selebat-lebatnye,uhuks. Maka, destinasi pengembaraan kami seterusnya balik semula ke hotel aje la...sambung tidooo...hehehe! Esok pepagi kena bangun untuk memulakan our journey. Dah sesiap tanda kat map tempat-tempat yang cam ok nak pegi! Isk,giler berkobar, ahaks.Tak penah lagi berkobar camneh,hehe.

Tapiii....berjaya kah kami bangun awai pagi esok? hahaha...tungguuuuu!!!

Sunday, August 26, 2007

PENANG: PART 1

Seawal pukul 8.30 pagi, saya ngan K.Sely dah gerak dari Ipoh. Nak kejar timing, sebab si Ismail Rafik suh sampai before 11.30...hehe..cam la jauh sangat pun. Singgah Kuala Kangsar amik Yanie dan pastu perjalanan diteruskan dengan jayanye hingga tol Juru. Tunggu si Mail ni sket punyer lama....naik berpeluh duk dalam keta walaupun aircond terpasang. Dekat sejam tunggu tuu...hangin la weh! Baru bangun tido apa mamat neh..
Dalam kol 10.30 si Mail ni call..suh saya carik dia tepi highway lepas Auto city...disebabkan saya ni "terer" sangat jalan kat Penang, maka kitaorg telah sesat untuk kali pertamanye di Autocity nih, hehehe...ikut sangat direction yang ala-ala pening dari encik Ismail Rafik...memang failed la kalau kaum Adam ni kasik direction...uhuks!Temparature makin naik la time tu...rasa macam nak cekik-cekik ja dak Mail ni..huh!
Eleh, kunun je tu nak cekik...bila kuar je Ismail Rafik ni dari keta dia...terus semua terpana!hahaha...siap speechless tu..betui la kata cik Cibil...encem giler mamat ni!! seriyes...saya pun ala-ala control ayu la pi jumpa dia (ayu sebab pakai baju kurung, hahaha) After sesi penerangan serba ringkas, kami pun follow la keta si Mail ni sampai ke Jeti. Nak tau dak...Encik Ismail ni siap lukiskan map untuk kitaorg sampai ke hotel nanti! peewiitt! Jatuh chenta seploh menet! ihiks...baik hati betui...dah la encem...isk..isk..anak sapa la nii! :)
Sampai kat jeti,kami pun berpisah ikut haluan memasing...Mail nak ke Butterworth sebab ade keja. Tq Ismail Rafik!
Yahuuu!! At last dapat juga kami naik feri!!

First time naik feri memang excited! hehehe...syiann saya kan? Dah 27 tahun baru dapat naik feri *grin*
Owh..masa dalam feri ni, kami terserempak ngan satu keta yang dikenali,hehe...nampak tak keta kaler putih depan keta saya tu?
Haa..jeng..jeng..jeng....sapakah???

To be continue....

Saturday, August 18, 2007

CUTI...CUTI...CUTI

Muahhhhsss kat Aiman ;)

Cuti 1:
Cuti skulah kali ni penuh dengan undangan majlis kawen,uhuks. Berderet kad ade atas meja ni. Yang wangi yang tak wangi sumer ade,hehe. Tak tau nak pegi mana satu. In fact, today pun ade. YM ngan calling berderu-deru masuk duk tanya saya pegi ke tak. Sori sangat-sangat guys, especially ngan pengantin sbb tak dapat attend. Kalau ada kenduri belah laki next week,Insyaallah saya cuba attend. Apapun, saya doakan korang bahagia selamanya- Rohani& pasangan, Shafinas& Fariz, Mariah&Zaki, Zuraina&Khairul, Aziah&Azry dan tak lupa untuk pasangan belated- Suhaizi&Suhaila, hehehe (Sori weh, tak dapat pegi ari tu...neway kad hang mmg lawo.Tq) Jangan plak korang balas dendam, masa kenduri saya mogok takmo datang, ahahaha.

Cuti 2:

Penang Island....I'm coming!!!! teruja kah saya??? hahaha...

Afterthought:
Jumpa lagi seminggu akan datang...daaa!

Thursday, August 16, 2007

>:)

Today mood: becomes better. Alhamdulillah!

Hari ni tak pegi skulah lagik *grin*
Opss...bukan escape yee...
Me and Yanie got an urgent job to be settle. Our G.B appointed us as a committee for SPR. Hmm...cam gempak je bunyi nye,hehe. So, tadi kene attend briefing yang sangat-sangat TAK BEST kat MPK, Klang. Bila pilihanraya nye pun ntah la...tapi dia dah brief la apa yg patut kitaorg buat based on job scope masing-masing masa hari pilihanraya tu nanti. Haaa...korang dah register ke blum untuk ngundi nehh?? hehehe..

Next is update to Penang :)
Cik Cibil introduces to me sumeone that will help me this Sunday *wink* He will escort me from Juru Tol till to the jetty.Hm..rasa lega sket bila ada orang bleh tolong tunjuk jalan. Quite kalut jugak kalau nak redah sendiri coz nak pegi kenduri then nak check in hotel at the same day. Tak sabar plak nak sampai Penang sbb menurut cik cibil orang nye ini sangat la hensem..hahahaha >:) Moreover, he's still single! ahaks...
Haipp,dah..dah...cam lari topik je ni...hahaha.

Erm,ada orang pesan suh beli map siap-siap before pegi,hehe...then, siap kasik briefing pasal tempat-tempat best nak pegi.Pastu, ada hati lagi nak ikut. Sib bek saya pegi hari keje...kalau tak, kena hire dia plak jadik tourist guide!hehehe...Mekasih la banyak2 Encik Sham Survey...jasamu dikenang ;)

Dah la..beta sangat mengantuk! Nak mimpi pi Aussie...lama dah tak pi sini, ihiks.Daaaa!

Afterthought: Segalanya mungkin!

Tuesday, August 14, 2007

EXPECT THE UNEXPECTED

Cuaca diri yang tidak menentu..
I'm still shocked...stunned..and feeling lost too (sumtimes)

Tak tau apa rasa yang saya nak interpreted..
Sedih?
Kecewa?
Marah?
Confuse?
atau Suka?

Maybe I need to talk with my mom as soon as possible...
Susah nak didik jiwa terima kenyataan walaupun dah banyak kali berlaku dalam hidup.

Sumtimes, life doesn't turn out as planned...but I believe that He will never neither abandon me nor send something that I cannot cope with...rite?

Afterthought: Tak suka rasa begini :(

Saturday, August 11, 2007

THAT'S IT!

That's it!
At last...siap juga 'bunting' kemerdekaan setelah 4 hari berhempas-pulas membanting tulang, ihiks.

Al kisahnye, my school kene siapkan 10 'bunting' (lebih kurang banner le) untuk sambutan kemerdekaan peringkat daerah tahun ni. So, every teachers involved. Guru Besar dah divided kitaorang ikut group. Dan pic kat atas tu adalah hasil titik peluh (siap escaped kelas..malah makan dan minum juga untuk menghasilkannye) my team...the Sengals team...hahaha!

Penat tau...dari hari Selasa lagik...lukis...kaler...touch up...uhuks. Sakit abes pinggang plus blakang plus kepala nak buat yang terbaik. Dah la saya ni bukan tangan seni...so bila kaler pon lembap cam siput, ihiks.

Apepon, dengan bangganye di sini nak jugak saya kasitau bahawa most of the colours yang ada dalam 'bunting' ni adalah idea cikgu Emi! ehem...ehem.... senyum sampai tinge :)) so, amacam? cun dak? *wink*

p/s: kalau nak nampak dengan lebih jelas, sile la click kat pic tersebut. sekian, tima kasih.

Afterthought:
Dalam pic tu hanya saya saja yang available...ahahaha ( eh ade kaitan ngan entry ke?) hihihihi...

!!

Esok skulah...uhuks
Malasnyeee..
Penat la 3 minggu berturut-turut kene attend skulah hari Sabtu...
Nak buang-buang masa pun tak bleh...hahaha (ada hati tu nak buang masa)

Aha...urusan hotel kat Penang dah pun settle..alhamdulillah! :)
Ingatkan nak carik hotel kat area Tg Bungah atau Batu Feringgi..tapi dapat kat town.Tak kisah la..janji tak kene camping bawah jambatan...ehehe.

Eh,esok tengok pakwe saya berlakon jum!
Hehehe.....

Afterthought: :-)

Friday, August 10, 2007

??

Sabar lah wahai, hati...
Tenang lah wahai, jiwa...

Afterthought: Hadapi dengan senyuman..terima kasih banyak-banyak!

Wednesday, August 08, 2007

RUNGGENG CIK KIAH..

Hadeh..penatnye hari ni berunggeng sehari suntuk!
Masa apply cuti semalam kasik alasan nak settlekan pasai pinjaman PTPTN kat UIA...alih-alih pi shopping kat Mid Valley,ahahaha!

Dah la camtu...siap heret si Yani untuk berunggeng skali. Semalam dia sakit perut...terus saya bawak pi klinik...suh dia MC hari ni.,hehe...
Natijahnya ari ni, dua orang cikgu telah berunggeng cik Kiah ke KL,ihiks.
Kak Sely ade interbiu KPLI kat Bangi...ingat nak temankan..tapi tatau jalan. Better dia pegi naik komuter...selamat sket.

Ni sumer si Izah la ni (eceh..siap nak salahkan orang lain tu) Sibuk sangat nak siapkan tesis master dia. Kene submit plak ari ni. So, cancel la plan nak pegi Finance Unit kat UIA tu. Cuti dah approved baru kasitau tak jadi. So, saya pun gunakan la cuti yang ada tu to the fullest orang kata...ahaks.

Tapi, takpe la...at least dah settle urusan baju raya yang bertemakan purple...next week balik mesti mak dah senyum simpul tengok ade kain baju raya dia.Pegi la jugak bayar PTPTN tadi kat KL Sentral. So...ok la tuuu...bukan escapism kan? :)

Afterthought: Urusan hotel kat Penang tak settle lagi nehhh!!! uhuks

Tuesday, August 07, 2007

JIWA KACAU

Tak bole tido...hati risau...risau sangat-sangat,uhuks.

Last 2 days, my mum called bagitau dia tak nak makan nasi...dah 2 ari. Selalu kuar malam, then esok pagi baru balik...isk!
Suara mak risau giler!
Saya yang dengar ni lagik la risau+ cuak.
Saya suh Angah bawak dia pegi klinik...alih-alih abah yang bawak ( Abah saya anti spesis dia dulu) Tapi skang, sayang gile...ihiks. Thanx abah bawak dia gie klinik!
Malam tu mak call...cakap dia tak nak makan jugak...asik tidoooo aje la plak.
Haihh...hati makin risau...tapi tenang-tenang aje..maybe effect ubat kot coz doktor kata dia just demam (sedapkan hati sndiri sebenarnya)

Dan lepas maghrib tadi abah called lagik. Kata condition dia tak berubah. Still tanak makan..apa pun tanak. Isyhhh, risauuu nye! 5 hari tak makan...kang mati kebuluran plak. Abah kata, dia asyik termenung aje....rindu kat saya kot?

Nak sangat balik tengok dia...tapi minggu ni saya ade 2 days seminar kaunseling kat uia. Harap next week aje...hopefully dia tak apa-apa! Jangan la jadi apa-apa yang bleh buat saya kehilangan dia...uhuks.

Weh, korang...doa-doa la kucing saya ni cepat-cepat sembuh...risau giler!!Hati pun tak tenang:(

Afterthought:Kalau ade sayap...dah terbang dah malam ni balik umah...tak pun tumpang Superman...ihiks.

Sunday, August 05, 2007

UPDATE DAN UPDATE

Update 1:
Memang susah nak satisfied kan hati semua orang. Kita manusia yang serba kekurangan. Selama ni, saya menulis apa yang saya rasa saya nak tulis. Daripada hal ehwal kehidupan harian, suka duka sampailah pada soal hati yang jiwang suam-suam kuku...ye saya mengaku kadang-kadang apa yang tertulis kat blog ni adakalanya menampakkan kelemahan saya. Perkara yang tak sepatutnya saya ceritakan pada public. Tapi, pada saya tujuannya hanya untuk meluahkan apa yang terbuku di dada. Adakalanya, ada beberapa perkara yang tidak dapat kita nyatakan secara lisan, tulisan yang akan menjadi perantaraan. Saya mintak maaf, kalau ada readers di luar sana yang terasa atau menyampah dengan apa yang saya tulis. Senang cerita, kalau rasa tak suka, tak payah la masuk lagi blog jeketbiru ni. Dan tolong sangat-sangat, jangan buat spekulasi yang bukan-bukan bila baca entry-entry blog saya ni kalau tak kenal betul-betul siapa diri saya yang sebenarnye.

Update 2:
Saya dah decide ngan K.Sely dan Yanie untuk ke Penang 19hb ni...Insyaallah..attend kenduri kawen housemate kat Tg Bungah, then nak spend 2-3 days holidays...yahuuu!!! Pening kepala carik hotel tadi. Hotel yang ok semua dah fully booked. Hotel so and so ade laa..cuak pulak nak booking.Hmm...kalau tak dapat hotel, terpaksa la camping bawah jambatan Pulau Pinang,ahahaha...bleh ke? Owhh..orang Penang, plz help me!

Update 3:
Apa effect jangkamasa panjang bila kita tak minum susu? atau suka escape bab-bab penjagaan kesihatan?
Jawapannya adalah SAKIT!
Dan sekarang saya sedang mengalami effect jangkamasa panjang itu,uhuks.

Afterthought: Lepas ni kena jumpa doktor hari-hari....erk!

Thursday, August 02, 2007

AUGUST=OGOS

August has coming!
Saya suka bulan Ogos..(macam cik Cibil gak,ahaks)
Kenapa saya suka Ogos?
Sebab bulan Ogos ada cuti skulah!!! yahuuu....
Lagi?
Sebab bulan Ogos anniversary kawen Datuk Siti,hahahaa...bleh gitu??

Oppss...ada entry yang telah di delete for some security reasons.
Isk,do they care?? Nak delete blog pun takpe...huahuahua.

Afterthought: When you read this blog means you wanna share with me...haha...bleh gitu?? People says - sharing is caring :)