RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, April 02, 2006

Book Fair 2006

Akhirnya berjaya juga saya dan my councilor members mengunjungi Book Fair di pwtc Sabtu yang lalu (hasrat yang terpendam sejak minggu lepas).Dalam lautan manusia,dapat juga kami menyelit sambil menghabiskan duit (hehehe).Tak tau kenapa Book fair kali ini agak kelam-kabut. Pengurusan tempat yang tidak sesuai dan sistematik(pada pandangan saya).Sesiapa yang pegi mesti tau betapa teruknya keadaan terutama pada hujung minggu. Sampai ada yang pitam disebabkan berebut nak masuk ke pameran tersebut.Kami yang muda dan bertenaga ni pun rasa 'hangin' ja bila disuruh masuk melalui pintu dewan TR di Jalan Ipoh, sedangkan tempat pameran yang diiklankan terang-terang tulis PWTC! Apatah lagi yang bawak anak-anak dan keluarga bersama.
Hopefully pihak pengurusan yang akan datang lebih peka dan sensitif dengan keadaan ini. Biasanya tak pernah jadik macam ni. Ntah 'angin' ape plak tahun ni jadik camtu..

Apa yang saya beli??
hmm..dapat juga saya capai 3 buah novel,2 buah buku latihan dan satu rujukan English Grammar. Tak tahu la bila nak abis baca novel-novel tu sebab tebal-tebal belaka.Buat masa sekarang ni, masa mcam tak mengizinkan aja untuk saya mengkhatamkan novel-novel tersebut. Terlalu banyak kerja yang perlu diuruskan. Nak mark paper budak, nak uruskan pasal sukan sekolah dan macam-macam lagi kerja-kerja tambahan yang boleh buat saya rasa tak nak datang sekolah untuk seminggu!

erm..Jumaat lalu, saya berjumpa secara 4 mata dengan seorang sahabat baru (pertemuan yang tidak dirancang sebenarnya) Sebelum ni, hanya berbicara melalui emel dan sms aje. Hmm..satu pertemuan yang menarik saya kira. Asyik tergelak ja sepanjang satu jam tu, hehe (banyak betul stok lawak awak ye!).Apapun, it nice to meet u!

Bila kenangkan esok ari Isnin,MALAS nye saya rasa...Monday Blues...hmmmmmmmm...

**frust nyer rasa bila tak dapat jumpa dengan Ahmad Fadzli Yusof Sabtu lepas. Ni semua gara-gara tersekat di pintu masuk Book fair la nih**

5 comments:

Anonymous said...

amboi!!! suka2 aja letak nama ahmad fadzli yusof kat dlm tuh. patutnya gue yg rase kempunan (lama tuh tak jumper...)

Jeketbiru said...

hehehe...takper..universal nama tuh..;p
at least,kita dapat jumpa Faisal Tehrani kan? ahaks

Anonymous said...

peminat novel ek?

Anonymous said...

wah wahhh jumpe sape wehh..gile arr besh..tak citer kat aku pong :p

Jeketbiru said...

tak sempat nak citer kat ang smlm..xpress rakyat ja nak balik, hehe