RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 15, 2006

thumbs up!

Alhamdulillah...aku telah menjalani interview dengan jayanya:)

Gerak dari umah dalam kul 8.30 pagi dan sampai kat Putrajaya after half an hour. Aku mintak jasa baik Zita untuk tunjukkan aku bangunan JPM kat parcel B. Sib bek dia dapat permission kuar opis (thanx Zit!)
Ramai jugak orang sampai nak carik parking pun susah. After settle urusan pas masuk, Zit terus bawak aku ke kompleks B3 (tempat interview). Ari ni rupanya ada 10 lembaga SPP yang bertugas. So, ramai la cikgu-cikgu yang dipanggil interview. Rasa cam tempat kumpul pendatang asing pun ada, hehe...coz kitaorg berkumpul kat tengah2 tempat interview tu.

Tetiba ati aku terdetik hairan...
" Apesal sumer org pakai baju batik ni?"
Fikir punyer fikir baru lah aku teringat ari ni 15 hb. Orang gomen kena pakai baju batik setiap 1 dan 15hb.
Adeh! camner la bleh terlupa ni?? Aku siap melaram ngan baju raya lagik, huhuhu..
Kang tak pasal ja dato kat dalam tu cakap aku tak alert....kot la kene potong markah. Haru camnih!
Apa alasan aku nak kasik ni?
tetiba datangla idea 'jahat' aku...kalau dato tu tanya kenapa tak pakai baju batik, aku nak jawab camni...
" Pagi tadi saya seterika baju batik, tapi waktu iron tu, terbakar plak. Jadi, saya pakai baju lain"
hehehehe...kreatif tak alasan aku?

Lepas lebih kurang 3 jam jadik arca kat luar, barulah aku dipanggil masuk.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancarnya. Dalam kepala aku dah berserabut dengan nama2 menteri kabinet baru yang diumumkan semalam, plus isu banjir, isu jambatan,isu karikatur Nabi Muhammad, isu JE etc.Aku dah rasa cam Utusan Malaysia bergerak plak aku neh, ehehe. Tapi, alhamdulillah nasib menyebelahi aku, dato tu tak soal pun aku pasal sumer tu...
dia just tanya pasal aktiviti bimbingan dan kaunseling kat skulah ja :)) then ada la 2-3 soalan yang aku rasa cam tak berkaitan pun untuk pengesahan jawatan PPPS ni. Contohnya....
" Cikgu, dalam kelas cikgu di sekolah dulu, berapa ramai yang tak ambil kursus agama sewaktu di universiti?"
Hah...tercengang2 aku....(tapi control kiut la depan dia, ehehe)
mana la aku nak ingat...zaman skulah2...
" boleh dikatakan separuh daripada kelas tu ambil kursus perakaunan, dato".
Aku men balasah ja, ehehe
" Cikgu ni batch ke berapa ye masa sekolah menengah dulu?"
Aku senyum jaa...(soklan camni pun bleh ekk?)
"batch pertama dato, tahun 1993"
Muka dia cam puas hati ja ngan jawapan aku...(tapi dia tegur aku cakap laju sangat!)
Tersegan sebentar aku..ahaks. Nak wat camner, idea banyak sangat!;)

After 10 minutes, aku pun 'dilepaskan' oleh dato tu. Cikgu-cikgu kat luar semua muka terkejut. Eager nak tau kenapa kejap sangat.Masing-masing korek soklan dari aku. Aku bagitau diorang, jawab ja kak apa yang ditanya coz tak semua orang akan disoal dengan soalan yang sama. Yang penting kita confident di samping beberapa protokol interview yang perlu dipatuhi. Apepun, syukur sangat2 sebab aku dah 'selamat'! Skang ni just tunggu resultnya ajela. Thumbs up for me! eheh..Alhamdulillah..

Insyaallah, after dapat lantikan tetap, aku banjer la orang-orang yang banyak tolong aku tuh, eceh!

To whom it may concern - thanx a lot for the good luck msgs. It makes me more confident and energetic for the whole day! ;))

3 comments:

Anonymous said...

Thumbs up for u ;)

Anonymous said...

masa ang ckap separuh amik perakaunan tu ade ang tingat aku tak? eehhee

cogrates my dear!! chaiyo2 ;)

Jeketbiru said...

sebab tingat kat ang la aku ckp camtu, ehehe...masa aku habaq tu terbayang muke2 geng kita yang amik accounting;))...huhuhu..windunyer!