RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, July 03, 2006

Letih!

Saya letih..benar-benar letih!
Pagi tadi bertolak balik dari Ipoh. Dengan kelajuan maksima pecutan lebuhraya saya memandu dengan keadaan yang tidak fokus. Banyak pulak la lori ala-ala bawak simen kat highway tadi. Terasa begitu kerdil diri ini,hehe. Bila sampai aje kat R&R Ulu Bernam saya berhenti kerana benar-benar dah 'weng'. Rasa cam terlelap kejap pon ada masa drive td (huh, giler!) Lepas pekena nescafe, baru la cam ok sket (walaupon saya elergik minuman tu sebenarnya).

Rasa hilang serabut bila balik umah. Ntah kenapa hati saya macam kena tarik-tarik aja balik umah minggu lepas. Mungkin rindu sangat dengan kucing kot,ahaha..besides, mak pun tak berapa sihat. So, saya berkobar-kobar nak balik (sebelum ni tak penah balik Ipoh weken).

Masa kat umah, mak ngan abah kuar soklan cepumas yang dah lama kena peram. Rasa saya dah lama giler soklan ni tak kuar. Siap mak ngan abah bertolak-tolak nak tanya saya pasal soklan tu. Adeh! saya yang pada mulanya tak tau apa-apa jadik pelik plak tengok diorang,ehehe.

Saya ingat bila balik persoalan tu tak timbul, sebab kat sini saya dah memang serabut dengan mende-mende camtuh! Bukan nak hampakan niat baik orang-orang yang begitu prihatin dan sayang dengan saya, tapi saya benar-benar sudah letih! Saya dah penat nak hadapi keegoan manusia. Saya dah tak larat nak bersangka baik dengan manusia. Saya dah menyampah menjadi seorang yang 'terlalu baik'.

Jadi, biarlah saya 'berehat seketika'...(Maafkan Along !Maafkan Saya!)

** Susah jugak bila ramai sangat orang sayang nih...ehehe. Tak pasal-pasal kene korban hati sendiri,huhu**

2 comments:

Anonymous said...

u need to give some rest to your own self laa dow..rest put it aside first ;)

Anonymous said...

i'm giving myself a full rest now..ehehe...