Saya masih tidak mempunyai mood untuk apdet..minggu ini saya rasa semangat saya hancur bersama dengan berita yang saya terima pada penghujung minggu lepas.Bercampur-aduk perasaan yang saya rasa sekarang.
Perlukah saya bersedih dengan jawapan yang sudah saya jangka kan?
Sebenarnya tak perlu. Saya cuma rasa sangat terkilan kerana jawapan itu masih tidak berubah setelah 2 tahun.Saya sangkakan usia akan mematangkan tahap pemikiran seseorang.Tapi rupanya tidak bagi dia. Selama ini, saya terlalu berfikiran positif terhadap dia. Malah turut terlalu mudah meletakkan kepercayaan pada seseorang,hingga memberi peluang untuk hati saya dilukai dengan sesenang nya.
Kata orang..kita hanya akan hargai seseorang itu setelah kita kehilangannya.
Mungkin selama ini saya terlalu 'dekat' dengan dia, hinggakan he's take granted for everything. Maka, biarlah 'kejauhanan' ini membuatkan dia rasa kehilangan saya ( itu pun kalau lah benar..)paling tidak, hargai rasa yang saya ada ini.Biarlah...biarlah saya jauh dari dia..dari kehidupan dia..dari segala-galanya tentang dia....! Kalau boleh untuk selamanya..(mampu kah saya? huhuhu)
**kadang-kadang saya pelik dengan orang yang masih tidak tahu membezakan antara kerja dan personal life...hmmmm...apa yang mereka fikirkan sebenarnya?**
4 comments:
esh..esh...esh...
kesian...
nmpaknye lain macam je apa yg ditulis..rasa macam dpt hidu sesuatu je..
awak hidu bau apa?hehehe
usah di kenang org yang menjauh cewah..
takmo dah..ahaks
Post a Comment