RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, January 04, 2008

MEH BACA MEH..

1.Perkataan Indonesia pertama yang saya dengar semasa sampai di Jakarta ialah 'kanker' yang bermaksud 'kanser'. Masa tourist tu cakap "ini ialah rumah sakit kanker" saya bayangkan tempat orang gila sebab tatau makna kanker tu apa..hahaha!

2. Setiap kali kereta berhenti kat traffic light. Mesti ada puak-puak pengemis yang lalu dan tadah tangan tepi tingkap kereta. Tak kurang jugak yang jual makanan, newspaper dan hasil tanaman dari kereta ke kereta. Pergh, bisnes baek punya diorang neh kan?

3. Kat Indonesia ada 16 chanel TV tau! Tu belum masuk siaran berbayar macam Astro. Sampai tatau nak tengok siaran apa masa kat hotel. Dah berlambak-lambak citer ada.

4. Setiap kali nak kuar dari parking keta, akan ada parking attendant yang tak bertauliah muncul ntah dari mana. Masa tu, terpaksa la kita kasik tip paling kurang 1000 rupiah. Kalau masa hujan plak, akan datang bebudak kecik yang bawak payung yang akan payungkan kita. Ha..yang tu pun kena kasik tip. Kalau tak kasik memang nampak sangat la kita orang Malaysia...hehehe!

5. Masa kat Bandung saya kena attack ngan encik asthma, hehe. Wat malu kompeni jek. Saya yang sihat walafiat tetiba kena astma lepas je balik dari Gunung Tangkuban Parahu. Ingatkan sesak nafas sebab terhidu banyak sangat belerang masa kat situ. Sebabkan sakit, saya dah tak larat nak berpoya-poya kat Rumah Mode. Semua risau especially my tourist guide. Siap belikan ubat yang namanya "Napacin" , panadol sepapan dan minyak angin.Tapi, tak makan pun kecuali sapu minyak angin je. Saje nak bawak balik ubat-ubat tu buat kenangan, hahaha.

sebelum kena attack ngan encik asthma..hehe

6. Jakarta dan Bandung adalah syurga makanan. Memang berlambak-lambak orang jual makanan kat tepi jalan. Malangnya kami tak berpeluang nak makan kat tepi jalan, sebab bila time makan aje kami dibawak ke restoran yang ala-ala orang kaya, huahuahua! Paling best bila dapat makan bakso original masa kat Bandung! Kerennn banget seh!!

ce korang tengok betul2 nama makanan diorang tu, hehe..

7. Akibat terlalu asyik shopping untuk diri sendiri, akhirnya saya tak beli barang-barang pesanan kengkawan akibat kehabisan rupiah, hehe. Buruk tul perangai! Saya sempat beli kain batik yang dipesan makcik dan baju kebaya aje. Yang lain tu, saya blasah souvenier untuk family dan diri sendiri - t-shirt, baju kurung, baju kebaya, jeans, kasut dan beg! ngehngehngeh...tu la pompuan :)

Pening kira kosong masa nak beli barang kat sana. Siap kira pakai calculator, ihiks

8. Tiap kali makan kat Jakarta atau Bandung, kami akan dihidangkan dengan teh yang dikenali sebagai teh botol.Rasanya sangat pelik, sampaikan saya pening kepala! Pagi petang siang malam asyik minum teh aje. Bila saya pesan air suam, diorang cam pelik je...uhuks. Naper ye?

9. Sepanjang perjalanan dari Jakarta ke Puncak dan Bandung, saya hanya menjumpai satu sahaja stesen minyak Shell. Yang lain semua Pertamina, kerajaan Indonesia punya la. Bagus diorang ni...tak guna barangan import.Tapi klon barang import pandai! hehehe..

10. Teksi kat sana guna Vios! Mantap betul...kat Mesia teksi seburuk-buruk kenderaan melainkan yang guna keta Malaysia la kan. Pastu Honda Jazz kat sana cam keta mainan. Melimpah-ruah atas jalanraya. Stress!!!! Keta idamanku itu leh jadik murah ke kat Indon? Cess, tak aci tul!

11. Kat Indon, Toyota Unser dikenali sebagai kijang. Dan ade satu lagi jenis keta Toyota dikenali sebagai Kuda. Sib baik keta proton kat sana tak tuka jadik Naga, hikhikhik.

12. Haa...lagi satu. Flight kami ke Jakarta delayed sejam gara-gara pintu pesawat tak bleh ditutup. Kelakar kan? Tambang murah..cam tu la. Kami siap amik express boarding pegi balik sebab takmo berebut-rebut ngan orang lain. 2 orang minah poyo queue bersama-sama dengan lelaki-lelaki macho bussinessman, hehehe :)

kami bersama-sama bisnesman dalam express boarding.Suka-suka saya je cop diorang bisnesman based on briefcase dan coat depa, hahaha!

13. Walaupun sampai KL malam 19hb, tapi saya tetap tak beraya gara-gara tahap keletihan yang melampau. Janji ngan mak nak balik lepas Subuh kunun, akhirnya saya gerak jam 11 pagi dari KL tanpa solat raya, huhuhu. Best woo cover tido kat umah kak Sely, ahaks.

Akhir kata tuan2 dan puan2, saya dan kak Sely sangat terharu kerana telah berjaya bercuti secara duet ke obersea dengan poyonye,hehe. Sampaikan tourist guide tu pun heran kenapa kami tak risau berjalan berdua ke oversea (eceh!). Dia plak yang tolong risau :) ekceli bukan tak risau dan takut, tapi kena la buat-buat berani...macho di khalayak ramai itu penting! hikhikhik. Bila lagi nak realisasikan impian kalau asyik takut je. Hidup mesti berani, beb!Wachaaaa....

Lepas ni,ramai yang tanya nak bercuti ke mana lak...saya jawab Mekah, hehe. Pesanan tourist guide suami isteri- pegi la mana pun, tapi yang penting jejak ke Mekah dulu.....huhu, insaf sebentar...

Owh, cukupla merepek. Pasni nak readykan peluru berpandu ngan bom atom plak...nak pi bom TM! huh!

Notes: Sori, geng! Piccas saya dah transfer ke flickr. Fotopages mengong lak skang ni. Click here flickr

Afterthought: Lepas perabih duit, makan bihun Pama aje la pasni, uhuks

No comments: