RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, March 13, 2006

ntah

Dalam hati saya pernah tumbuh satu cinta. Cinta yang saya sendiri tidak tahu mana mula dan mana akhirnya, tapi masih terus bercambah dalam hati ini. Biar lamanya sudah seusia kanak-kanak yang sudah laju berlari dan petah bercakap, saya masih tercari-cari di mana uniknya cinta yang tumbuh ini.

Kerana dia, yang tidak pernah menjadi milik saya walau untuk seketika, masih terus tersirat wajahnya dalam hati saya. Kerana dia, yang pernah memberi secebis harapan dahulu, masih jua saya mengharap hingga saat ini.

Kerana saya telah menjadi manusia yang paling setia pada cinta yang bukan milik saya. Saya tidak pernah sesal mencintainya dalam diam meskipun hanya saya yang merasai perasaan itu.kerana saya percaya pada pepatah inggeris..
“ If you love someone, let them go. If they return to you, it was meant to be. If they don’t, their love was never yours to begin with�

Saya hanyalah manusia biasa yang masih mengharap. Kiranya dalam renyai hujan, dalam hangat mentari, dalam harum bunga, dalam indah pelangi, masih ada tersimpan secebis harapan untuk saya.

Semoga masih ada jalan terbuka di hadapan saya. Semoga masih ada bayu berdesir di belakang saya. Semoga masih ada bulan bintang menyuluh kegelapan saya. Semoga masih ada mentari sudi memanaskan saya tika kirai hujan baru sejenak berhenti. Semoga saya belum sesat dan hilang diri dalam mencari cinta yang hilang.

Kerana saya masih mahu menunggu dan terus mencari. Masih mahu mengharap dan menanti walaupun saya tahu hakikat penantian yang belum pasti itu amat menyakitkan.

Andai kiranya saya berpatah sebelum menjumpainya, pohon agar ada yang sudi mengingatkan saya untuk tunggu seketika.kerana saya percaya cinta yang tumbuh dalam hati ini, tanpa sebab, tanpa alasan, adalah cinta sejati saya.


p/s: Nukilan di atas ini tiada kaitan dengan penulis blog ini (ye ke?? hehe)
**Buat kenang-kenangan sebelum aku meninggalkan dunia blog ini untuk sementara waktu**

2 comments:

Anonymous said...

jgn sampai kesetiaan memakan diri awak sendiri :))

Anonymous said...

ishh leh wat poem laa kawan aku neh..

sapekah geranan yang menghantarmu ke stesen bus semalam?! sungguh sweet sekali ;)