RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, March 29, 2007

ADA BEZA KE?

Aku dan saya?
Ada beza ke?
Aku- seperti sudah tiada jurang. Bebas menjadi diri sendiri.
Saya- seperti masih di awal pertemuan. Masih ada yang tersimpan dalam hati.

Pening juga memikirkan laras bahasa yang sesuai digunakan dalam entri blog saya ni. Dulu saya pernah menggunakan 'aku' ,kemudian bertukar kepada 'saya', sekejap sahaja bertahan dengan 'daku', kemudian beralih semula kepada 'aku', dan sekarang kembali kepada 'saya'.
Saya faham, blog ni kepunyaan public, boleh dibaca oleh sesiapa saja walaupun pembaca itu takde kaitan dengan hidup saya.Jadi kalau boleh, biarlah bahasa yang digunakan tu tidak menyinggung hati sesiapa walaupun ini blog saya :)

Dulu, saya pernah menukar url blog.Dan sejak akhir-akhir ni, terlintas di hati untuk saya menukarnya sekali lagi. Sebabnya??...Biarlah rahsiaaa :P

Dulu,saya pernah juga hibernate kan diri beberapa kali.Tidak menulis sebarang entri, malah kadang-kadang ada antara entri yang saya delete setelah di publish kan atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan (eceh!)

Ada yang meyelami apa yang saya tulis. Memberi nasihat dalam komen yang panjang berjela.Ada yang sekadar menghiburkan hati. Mengisi masa lapang dengan membaca kisah saya yang tak pernah habis.Ada juga yang hanya diam membisu. Cuba-cuba untuk tidak faham walaupun kadang-kadang cerita itu ada kaitan dengan hidupnya. Dan ada juga yang teruja nak tau mengenai kehidupan saya, sampaikan setiap hari tanya "bila nak apdet?" :) haihh..macam-macam kan ragam manusia.

Tapi, samada saya menggunakan aku atau saya, menukar url blog atau tidak, delete previous entries atau tidak, update atau tidak....ada beza ke? nobody cares rite? Saya tetap juga dengan kehidupan saya dan anda tetap dengan kehidupan anda...tiada beza.

Afterthought: Baca dengan hati, mungkin ada antara kamu yang mengerti

No comments: