RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 06, 2006

SESUATU YANG PERLU KAMU TAHU

Memang seronok bila kita tahu sesuatu,
Lagi seronok bila orang lain tak tahu apa yang kita tahu itu,
Tambah seronok bila kita tahu sesuatu, tapi buat-buat tak tahu.

Mungkin kamu fikir saya tak tahu.
Bila kamu rasa kamu tahu apa yang saya tak tahu.

Tapi sebenarnya..
Saya sudah lama tahu apa yang kamu fikir saya tak tahu itu.
Setiap yang kamu tahu sebenarnya saya juga tahu.
Cuma saya yang buat-buat tak tahu.
Dengan harapan satu hari nanti kamu akan tahu sendiri.
Malangnya, kamu tak pernah nak ambil tahu.

Kamu tahu tak,
Perkara yang kamu tahu dan cuba ambil tahu selama ini
adalah perkara yang tak perlu kamu tahu?

Sekiranya kamu masih belum tahu,
Biarlah saya beritahu sesuatu yang mungkin kamu tak tahu selama ini:

“Saya perlukan ketenangan itu. Harapnya kamu tahu dan tidak lagi cuba untuk ambil tahu apa yang tak sepatutnya kamu tahu. Tiada apa lagi yang perlu kamu tahu tentang saya”

Adakah ini sudah cukup utk membuat kamu faham dan tahu?

Untuk **dia** --> Saya tahu kamu ada di sini. Cukuplah dengan apa yang telah kamu tahu.Padamkan saja rasa ingin tahu kamu itu.Tak takut ke saya salah anggap pula nanti?

** Mata bisa menipu dan lidah bisa berdusta. Tapi tidak hati..Adakalanya kita perlu percaya pada kata hati. Ya Allah, berikan aku ketenangan itu **

6 comments:

Unknown said...

hahaha.....cakap kat sape tu? ahaaaa,tak tau!

Anonymous said...

huhuh...berapa byk "tahu" la...

Anonymous said...

..semoga dia tahu :)

Anonymous said...

Semoga cikgu beroleh ketenangan itu..

p/s: bila nak wat gath neh?

Anonymous said...

hello!!! sape lak pakcik hensem ni??

Anonymous said...

wowowo!!! sori pakcikensem... sy ingatkn org yg xsepatutnye tahu td...sori tau..hehehe