RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 12, 2006

...HATI ITU...


Hati itu ibarat air dalam gelas. Tak perlu terlalu penuh dan tak boleh pula dibiar kosong.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cuba perhati semasa anda menuang air dalam gelas. Berapa banyak air yang anda tuang? Penuh..separuh..atau hanya suku?
Mungkin ada antara anda yang menuang air berdasarkan keperluan. Maknanya, kalau anda tersangat dahaga, mungkin anda akan menuang sepenuh-penuh gelas. Jika sebaliknya , anda mungkin menuang sekadar cukup-cukup untuk basahkan tekak sahaja...

Pernah tak terjadi air yang anda tuang tu tak habis diminum?Tambah-tambah bila air yang anda minum itu tidak menepati selera , misalnya terlalu manis atau terlalu pahit.
Apa tindakan anda seterusnya? Secara amnya, anda akan buang sahaja. Betul kan?

Bagaimana pula jika anda berasa dahaga, tetapi anda tidak mahu menuang air? Anda biarkan gelas itu kosong. Anda harap ada seseorang yang sudi tuangkan untuk anda. Rasanya, tentu tersiksa jiwa raga menunggu, kalau takde seorang pun yang mahu tuangkan air untuk anda :)

Begitulah halnya dengan hati.
Apabila tiba masa anda memberi hati anda kepada seseorang, berilah seadanya sahaja.
Anda mungkin boleh memberi sepenuh hati, tapi adakah pasangan anda akan menghargai dan menjaga hati anda seperti mana anda?
Hati itu hanya satu. Bila hancur, payah untuk anda kutip serpihan itu dan cantumkan ia semula.Malah, ada kemungkinan serpihan itu tidak dapat dicantumkan semula sampai bila-bila.

Sebaliknya, jika hati anda masih belum dimiliki , jangan pula anda biarkan hati anda kosong. Tandus dan sepi tanpa diisi dengan rasa bahagia. Bukankah cinta dan bahagia itu boleh diperolehi dari pelbagai cara dan rupa?
Carilah bahagia itu kerana anda berhak untuk merasainya.
Renung-renungkan.......

p/s: ( ya ampunnn...betul ke saya yang tulis nehhh..hadeh..pasni leh mintak keje ngan Yusof Haslam la,hehe)

**Jika kamu menyayangi seseorang, tinggalkanlah sedikit rasa benci..dan jika kamu membenci seseorang, tinggalkanlah secebis rasa sayang.Bukankah begitu lebih baik? :) **

9 comments:

Anonymous said...

..hati ini pernah hancur dan belum berupaya utk cari pengganti.. anyone?? >:)

p/s: sungguh terer akak menulis.. thumbs up! ;)

Anonymous said...

ermm....mendalam sungguh maksud air ye..bukan setakat penghilang dahaga tapi bleh meluahkn perasaan..hehheheh


p/s: wawawa..baik punya ayat akak tulis

Jeketbiru said...

...mencari pengganti itu susah..tapi mencari bahagia itu mungkin boleh :)...

p/s:sungguh ku jua tidak menyangka boleh tulis entri jiwang tahap dewa neh..ahahaha

Anonymous said...

inikah dia cikgu Emi yang aku kenal masa kat Sabah? huhuhu...

p/s: tinggal kita 2 org aje yang avaiiable ler...yang len sumer dah bz ngan anak bini,hihihi

Jeketbiru said...

masa kat Sabah awak tak kenai saya bebetul lagik,mueskeskes :P

p/s: eleh..bukan awak pun bz gak ke..ehem.ehem..bila masa saya cakap saya available? ahahaha

Anonymous said...

hehe..yer la tuh..
cikgu yang mempunyai instict yang kuat dan selalu tepat..(sampai aku nyamar pon ko leh track ek? hihihi)

p/s: dah tak available ke? wah..wah..

Jeketbiru said...

dia tepat bila track ko je..hehehe
dah biasa sangat dah ( x ingat ke peristiwa sms? hahaha..;P)

p/s: i'm alwiz available...mueskeskes

Anonymous said...

nape musti isi lam glaih..isi lam cawan ngan kole bleh tak? ehhee

wah wah pakcik encem ngan cikgukiut..cinta sudah berputik kah? ;)

Jeketbiru said...

sebab glaih itu unik..ehehe
tp aku slalu tuang ayanq dlm mug aje,ahaks

ahaha..baru ngedet dlm neh dah kene gossiping...pakcikensem tlg jawab :P