RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 29, 2007

PENANG: PART 3

Tepat 6.20 pagi..jam henpon bunyi. Bangun subuh pastu kejut makcik 2 orang tu. Terus siap-siap sumer. Owh,berjaya juga kami bangun pagi!ihiks

After breakfast free, kami mula bergerak menuju ke destinasi pertama- Bukit Bendera!Masa sampai tu takde la ramai sangat orang sebab awal lagi...dekat aje rupanya dari hotel. Tu pun sebab tak sesat,hehe

After turun dari Bukit Bendera, kami berhasrat (eceh..hasrat tu) nak wat lawatan sambil belajar ke P.Ramlee House, ihiks. So, tengok kat map macam dekat aje...tapi pusing punya pusing punya pusing lepas tu u-turn punya u-turn tetap la tak jumpa-jumpa. Yang kami duk jumpa signboard pi Hospital Pulau Pinang! Isk...hangin sekejap. Udah le kami tanya orang kat Esso takmo jawab...sombong hangpa nooo! Takpa..takpa

Agak-agak dah penat tawaf kat jalan yang sama..akhirnya kami telah terlajak ke Batu Feringghi..hahaha. Hebat sungguh! Malas nak pusing balik, so kami teruskan aje perjalanan tanpa arah tujuan hingga ke Taman Rama-Rama!! yehuuu...sungguh ilmiah vacation kitaorang, ihiks.

After abes main-main ngan rerama, kitaorang singgah kejap kat tepi pantai. Having a lunch dan main-main air lak kat Teluk Bahang tu. Panas dow! Tahan aje la sebab ade orang tu dah excited sangat bila nampak laut,uhuks.Senyum sampai telinga :))

Then, we all gerak ke town semula untuk carik jeruk dan t-shirt untuk bawak balik. Buah tangan le kekunun. Sebelum tu, singgah Fort Cornwallis dulu. Mencari jejak-jejak sejarah, ihiks.Best juga bergambar sakan kat sini. Nak buat kajian sejarah memang sesuai la kann...

Hahaha...poyo giler makcik kat atas neh! Sib bek tak jadi pegang senapang,ihiks. K.Sely kata malu kat orang,hihihi.
Lepas abes aktiviti sesat sambil mencarik jeruk, kami pun mula pening kepala nak cari tempat dinner Nak makan seafood tatau nak terjah kat mana. At last, makan kat Gurney Drive aje. Lepas pekena laksa ngan koeytiow kami pun amik-amik angin kat tepi pantai tu. Acara bermain bubble sambil melihat pantai yang surut, ahahaha.Jadik bebudak sat*wink*

Lepas puas main acara main tiup bubble yang berharga RM1.50 dan Rm2.90 kami pun bergerak pulang ke hotel. Badan keletihan yang amat! Rasa lembik pusing-pusing separuh pulau sambil sesat. Tu belum kira tersalah queue sebab nak car park kat depan jeti,uhuks. Ingatkan depa queue tunggu parking, rupanya nak nek feri, ahahaha. Wat malu kat abang polis aje.
Erm, esok our last day here,uhuks! Acara bermandi-manda kat pantai belum disempurnakan lagik ni....esok harus bangun awai cecah kaki kat pantai before check out.
Dah..dah..tunggu next entry lak...penat dah menaip,hihihi

No comments: