RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 15, 2007

NOTA BUAT SEORANG SAHABAT

Terima kad jemputan daripada seorang sahabat lama. Entah kenapa hati saya rasa sayu dalam gembira...

Masih ingat lagi kamu pada saya,orang yang banyak mengecewakan kamu dalam diam. (Menurutnya,saya orang pertama yang diberitahu mengenai berita ini) Terima kasih banyak-banyak!! Terharu...

Akhirnya, kamu berjumpa juga dengan seseorang yang terbaik untuk diri kamu. Saya tumpang gembira. Sangat-sangat gembira. Mahu juga saya terbang menghadiri majlis kamu, tapi mungkin belum ada rezeki untuk saya ke negeri di bawah bayu itu sekali lagi buat masa sekarang. Bagaimana agaknya rupa si dia ye? :)

Maafkan saya..
Sungguh saya tak pernah berniat mahu lukakan hati kamu dulu. Tapi,entah kenapa hati saya sangat berat untuk fahami hasrat kamu tika itu. Telahan kamu yang saya sedang menunggu seseorang memang tepat walaupun saya tidak tahu siapa yang saya tunggu masa itu. Saya tidak mahu kamu terus membina harapan yang akan saya musnahkan akhirnya.Saya tahu hati kamu menangis pedih walaupun dalam masa yang sama kamu bergelak-ketawa dengan saya.

Apapun, kamu memang seorang sahabat yang baik. Saya hargai setiap masa dan kenangan dengan kamu. Entah bila masa begitu akan berulang kembali.Hey, saya rindu mau bergaduh dengan kamu bahhh! :(

Doa saya dari kejauhan.....semoga kebahagiaan itu milik abadi kamu dan dia...:))

p/s: Nota untuk 'seseorang' yang kamu tulis buat saya tu..masih belum ada yang 'fill in the blank' la :P Doa kamu belum menjadi kenyataan,hehehe

Afterthought: Hati saya masih di sini, entah untuk siapa.....

No comments: