RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, September 30, 2007

17&18 RAMADHAN

The most tiring weekend for me! Hadeh..

Sabtu petang pegi PKNS...servey harga baju sambil menyesakkan diri bersama orang ramai..haha. Takde yang berkenan di hati...kalau ada pun harganye mahal.
Then, berbuka reramai kat Kelana Seafood ngan yanie, wan (yanie's cousin), kak Aya dan sorang anak sedaranya yang lagi tinggi dari saya, ihiks. The food was superb! Tak sempat nak hit the food piccas. Syok giler makan sampai tak ingat! :) The total for 6 pax of us was RM344.31...haiyo! fenin masa nak bayar,ahaha.

Nak makan ketam ni kene queue almost 20 minutes..huh!

Today pegi pulak Jalan Masjid India. Nekad kena beli jugak baju melayu dan tudung Angah. Tak kira la ramai ke..sesak ke..apa ke..mesti redah gak beli,hehehe. Lepas belek-belek, at last dapat la jugak belikan baju melayu abah kaler purple. Siap mintak jasa baik sorang pakcik kat kedai tu ukur baju kat badan dia. Kekunun saiz badan dia ala-ala ayah saya,wahahaha! Segan seh ngan masa nak mintak tolong pakcik tu tadi...hihihi.

After abes tour kat Jalan Masjid India, kitaorang gerak ke Sogo. Wah...wah..orang kat Sogo shopping macam esok Sogo nak tutup! Hadeh la, pening tengok orang ramai sangat. Terus ilang mood nak shopping.Kitaorang terus gerak balik.

On da way balik, singgah Subang. Carik tempat berbuka. Duit dah abes shopping neh..tatau la leh lepas berbuka ka dak,ahaha. Pusing punya pusing, last-last mai idea bernas dari saya nak pi Sri Ayutthiya..ehehe. Merealisasikan hasrat terpendam sejak sekian lama, ihiks. Memang best giler la food kat sini. Waiter n waitress dia pun friendly tak hengat! Thumbs up for their services dan tomyam :) Dalam takde duit tu leh plak blasah makan kat sini...apalagi, bayar guna duit plastik la jawabnye, hehehe. Yani ngan K.Sely siap stunned tamau turun dari keta. Tak caya yang saya nak makan kat sini tetiba. Tak masuk lam plan langsung, ahaks. Itu la cikgu Emi..expect the unexpected! hahaha..poyo!

Orang kat IPPD Dang Wangi kata kami adik beradik...isk...sama ke? Bukan saya cute lagik ke? wahahahaa......


Afterthought: I dunno but I believe...there's sumthing are meant to be...

Thursday, September 27, 2007

:-(

Pagi semalam hati saya rasa tak best...otometik mata terus tengok tangan kanan. Hmm..macam ada yang tak kena..macam ada yang tak ada..
Huwaaa!! My bracelet was gone!
Isk..isk.. kelam kabut carik dalam bilik. Tak jumpa :(
Yanie cakap, dari hari Isnin lagi dia perasan tangan kanan saya kosong masa tengah drive,uhuks. Awat la tak habaq awai-awai! Dah 3 ari saya baru pasan gelang tu dah takde.

Sedih plus terkilan. Kali ni memang bukan rezeki saya agaknya. Hilang tanpa saya sedari. Sedih sangat-sangat sebab tu adiah besday dari mak ngan abah. Bracelet tu siap ada engraved nama tau! uhuks.Hampir 4 tahun dia duk kat tangan kanan saya.Tak penah tanggal :( sayanggg sangat!
Apa agaknya reaksi mak kalau dia tau?? Ya ampunnn, mak!:(

Afterthought: Orang kata patah tumbuh hilang berganti...huhu. Ganti??? gelang emas tuuu!

Tuesday, September 25, 2007

NAK?

Semalam...jalan-jalan kat Jalan Masjid India&TAR...sesaja survey harga. Carik baju melayu..isk,boleh tahan mahal! Tunggu ujung minggu ni la kot baru beli.

Saya tercari-carik sumthing kat sana semalam. Ingat-ingat nak beli kalau ada yang menarik.Carik punya carik tak jumpa lak.Rasanye tahun lepas cam ade. Tau apa dia?
Kad Raya!!!

Susahnye nak jumpa kad raya skang neh...kalau ada pon zaman tok non nye kad. Yang pattern ngan wording tak best langsung.Tiba-tiba mai mood nak beli dan kirim kad raya. Lama giler tak buat keje ni. Asik-asik virtual card ngan sms aje. Ni terjangkit ngan encik13may kot,ihiks.

I've already got my first card last week :) Ni nak tunggu kad yang kedua,ketiga, keempat dan seterusnya. Ewahhh! Cam confident je ada,hahaha...

Psstt...- ada sesapa nak kad raya dari saya?? *wink*
Cepat! Cepat! Sementara mood masih ada...hehehe

Afterthought: Kad raya berbentuk kalendar dari sumone yang masih di simpan...buat kenangan di hari tua...hahaha ;)