Semalam buang-buang masa kat Pyramid. Tetiba rasa nak makan aiskrim. So, saye ajakla orang Singapore try Yogurberry...macam menarik je kan kedai dia..pink kaler! Pergh, taste dia memang pelik tapi sedap...kira-kira macam kita makan aiskrim dari yogurt la. Ada rasa masam-masam sket, lemak-lemak sket. Yang uniknye, kita bleh pilih topping daripada pelbagai jenis buah-buahan. Then, ade dry topping macam nuts, cocoa balls yang kita bleh add on gak. Pastu ade plak syrup dia yang kita leh tambah...bukan tambah sesuka hati oke..kene tambah duit gak, huhu.
So, our menu semalam snow yogurt ice cream with dragon fruits,mango and tropical punch. Dry topping kitaorg pilih cocoa balls with blurberry syrup...hehehe. Total untuk 2 menara aiskrim tu ialah RM18.00...kira murah la sket dari Baskin Robin kan..tapi tetap la mahal dari aiskrim Walls yang iklan muka Dafi tu...ahaha.
No comments:
Post a Comment