RSS
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, October 20, 2006

DARI SERPIHAN HATI YANG PALING DALAM

Salam Aidilfitri untuk semua.
Dari hati yang paling dalam...maafkan saya andai ada perkataan yang mengguris rasa dalam setiap entri saya selama ini. Maaf juga jika ada yang tidak suka, muak, jengkel, marah atau pun menyampah dengan apa yang saya catatkan. Anda berhak berasa demikian, dan anda jugak berhak untuk tidak kembali lagi ke ruangan ini.

Untuk K.Sely & Bae
Mintak maaf banyak2 kalau ada yang perkataan mahupun perbuatan yang menyakitkan hati. Terima kasih sebab menjadi pendengar setia selama ni. Bukan tidak mahu melupakan, tapi berilah masa untuk mengikis perasaan itu sedikit demi sedikit. Saya tahu kamu sayang saya.

Untuk Nora
Akak mintak maaf juga atas segala salah silap. Seronok berkongsi rasa dengan awak. Semua itu pengalaman kan?

Untuk Amin
Akak sudah mengakhiri apa yang akak mulakan..semoga ini adalah pengakhiran yang indah..Maaf juga kerana membebankan awak dengan sesuatu yang tak patut awak fikirkan. Kamu matured sebenarnya, Min!:)

Untuk Pakcikensem
Terima kasih atas segala komen...selamat hari raya maaf zahir batin dari kejauhan :)

Untuk silent readers yang lain
Salam Aidilfitri dan salam kemaafan juga dari saya. Semoga catatan di sini dapat memberi sesuatu yang baik buat semua.

Dan untuk **dia**
Saya minta maaf kerana menulis tentang awak di sini. Saya hanya manusia biasa yang punyai banyak kelemahan. Setiap kali saya menulis tentang awak, saya rasa lega.Sekurang-kurangnya saya telah lepaskan apa yang saya rasa (walaupun dengan atau tanpa pengetahuan awak)
Saya tahu awak setia dengan prinsip F.R.A.N.C.E . Saya bukanlah manusia yang sanggup gadaikan sebuah persahabatan demi kerana rasa yang tidak berbalas. Tapi mungkin kerana rasa yang ada ini tidak pernah padam (sejak dari hari pertama saya kenal awak ) hingga saat ini menjadikan saya benar-benar tidak mampu untuk berhadapan dengan awak lagi buat masa sekarang. Saya sendiri tidak tahu apakah yang patut saya lakukan setiap kali saya teringatkan awak sedangkan awak tidak merasai pun rasa itu.
Saya tidak pernah membenci apalagi melupakan awak yang pernah mendapat tempat yang paling istimewa dalam hati saya selama ini.Saya masih lagi tidak mampu untuk berbuat demikian.
Ikatan persahabatan yang ada antara kita terlalu kuat hinggakan saya rasa tak mampu untuk lari jauh dari awak. Saya pun tak tahu, apa hikmahnya Allah temukan kita dalam keadaan begini. Terlalu banyak yang saya ingin nyatakan dengan awak, tapi lidah saya kelu dan hati saya menahan daripada melakukan semua itu. Saya tidak mahu terus menjadi beban kepada awak.
Saya terima kemaafan itu jika itu yang lahir dari hati awak yang ikhlas.Sebenarnya, saya sendiri pun sudah lama memaafkan awak sehinggakan saya sendiri tidak tahu apa rasa memaafkan dan dimaafkan.
Semoga awak bertemu dengan kebahagiaan yang dicari dan dinanti.Salam Aidilfitri buat awak dan keluarga.

Last but not least, Selamat Hari Raya untuk semua (once again). Selamat bertemu dengan orang tersayang. Reminder untuk yang drive balik (diri sendiri jugak) don’t drink and drive :) (sebab bulan pose tak leh minum)
Adios!

** Hari raya tahun ni tak semeriah dan bermakna macam dulu untuk daku dan mak..hmmm**

10 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya juga utk akak.. minta maaf kalau ada keterlanjuran perkataan dan perbuatan.. kita berkongsi pengalaman yg menyakitkan, tp sangat bermakna :)sayang akak!

Jeketbiru said...

sayang awak juga! :)

Anonymous said...

pastikn pengakhiran ini sesuatu yg akak xkn menyesal kemudian hari... thanks kak utk segala perkara yg telah kita kongsi.. akak lah yg menjadikn sy lebih matured dari sebelum ni...
SAYANG AKAK!!!

Anonymous said...

haa..lupa...selamat hari raya utk akak dan family dan juga kepda smua org kenal diri sy ini...hehehheh

Jeketbiru said...

I feel a lil bit relief now..
selebihnya biarlah masa dan keadaan yang menentukan

p/s: eh Min,jemput datang umah :)

Anonymous said...

Selamat Hari raya juga untuk cikgu Emi. Maaf banyak2 kalau ada salah silap esp gurau2an yang melampau tu, hehe..

p/s: Terusik hati aku baca entri ko kali ni :) jgn sedih2 raya ni.

Jeketbiru said...

Aku dah maafkan segalanya.Kan aku ni baik hati:)

p/s:Terusik kah?..x berniat nak usik hati sesiapa :)

Anonymous said...

to my dearest friends emi,

walaupon dah lama tak lepak ngan ang, aku tetap mengikuti perkembangan mu..aku tetap geram bile mendengar 'tentang itu'..walau pon aku sebuk processing kat opish ang tetap diingatan ku..kerana bile kamu sedeh aku turut sedeh bebeh!!..walau ape2 pon..aku sentiasa ade untuk kamu..kerana kite sudah seperti isi dan kuku..dan yang lebeh penting kite adelah kepala ekoq yang sangat superb!! (aku takleh laa kalu tak wat lawak ehhe)..

sahabatku, percayalah, kesedihan itu pasti akan hadir namum sampai satu masa kegembiraan pasti akan tibe..kerana bumi ini berputar..ade malam ade siang..sometimes you will be at the bottom, somehow you will be at the top as well..there are two option only cuz real life is not a reality sms show..

akhir khalam, selamat menyambut hari raya and mohon maap dari ujung rambut hingga ke ujung kasut pink ku ehehhe..whatever it is, you are my best buddy!!!..ever and ever!!..luv yaa so much!! :)

p/s: makan lemang ketupat ingat aku tau!!

Anonymous said...

sedih2! Pakcik ensen available kan, tekel aja cikgu emi tuh. Sayangi la dia seperti kamik menyayanginya. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin..

Anonymous said...

pakcik juga yang kene...hehe

p/s: how's ur hari raya cikgu? senyap ja..